Ifa Raziah Sah Sembur Safura, Pengikut Twitter Dia Pun Kena Sembur Jugak!!!

Hiburan

Ifa Raziah Sah Sembur Safura, Pengikut Twitter Dia Pun Kena Sembur Jugak!!!

safura disembur

Dalam entri sebelum ini, Abang Nara tanya siapakah artis yang disembur oleh Ifa Raziah dalam Twitternya. Ramai yang bagi jawapan artis tersebut ialah Safura. Dan sememangnya tekaan anda tepat sekali. Nak tau sebab apa Ifa Raziah sembur Safura sampai begitu sekali? Ini sebabnya.

Advertisement

[note]Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya. Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai? Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi. Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai [/note]

Kalau korang tak ingat, meh Abang Nara ingatkan semburan yang dikeluarkan oleh Ifa kepada Safura.

safura disembur

Dan untuk pengetahuan korang, bukan Safura je yang kena sembut, pengikut-pengikut Twitter Ifa Raziah yang cuma menasihatkan dia pun kena sembur. Tak percaya? Baca kat bawah nie:-

safura disembur

Sampai peminat pun kena sembur dengan si Ifa ini. Tapi Ifa ada jawapan yang baik kenapa dia berbuat begini.

[note]Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka. Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya. [/note]

Jadi untuk korang semua, jangan tegur si Ifa ini. Biarkan je. Kalau boleh pujilah lagi. Mana tahu dengan pujian-pujian korang Ifa takkan menyembur lagi di Twitter. Tak gitu? Abang Nara ada serangkap pantun untuk Ifa Raziah.

Tahi anjing tahi kucing
Tahi orang tahi babi
Panggil orang lain gelaran anjing
Kalau sendiri kena tak panas hati ?

Sekian terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...