Written by Bella | August 13th, 2015

Sedang terlantar sakit di hospital dan dikejutkan dengan berita menghidapi penyakit kanser usus bukanlah satu perkara yang mudah untuk penyanyi Hazami terima saat ini, apatah lagi ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya beliau sudah meninggal dunia.

Pengurus beliau, Aszuad Zakaria berkata Hazami merasa terganggu apabila berita tersebut tersebar selepas menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.

Hazami juga telah meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin tersebut dan berharap agar tiada lagi menyebarkan berita berkenaan lagi selepas ini.

Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut.

Sudah beberapa hari Hazami di masukkan ke hospital, tentu sekali ramai peminat yang ingin mengetahui perkembangan terbaru beliau bukan? Menurut Aszuad, sebenarnya Hazami sudah dibenarkan pulang oleh doktor pada tengah hari Rabu (semalam) dan kini tinggal bersama ibunya di Gombak.

Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya.

Sekitar minggu lepas, Hazami telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana selepas mengadu sakit perut secara tiba-tiba. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan beliau menghidapi penyakit kanser dan berlaku pendarahan didalam usus beliau.

Sumber Berita: mStar Online

10 responses to Hazami Minta Berhenti Sebarkan Berita Beliau Sudah Meninggal Dunia

  1. aku says:

    SEMOGA CEPAT SEMBUH

    0

    0
    • Anonymous says:

      sape yg badigol sgt tu sebarkan cite palsu..dah meninggal pulak tu..
      tlg doakan cepat sembuh lagi baek..ini tak..soot betol!

      0

      0
  2. anon says:

    Dah tengah2 sakit mcm ni ade jugak manusia yg insensitif menyebarkan berita kematian…….Anyway, hazami, though l’m not yr fan, l hope U have a full recovery..

    0

    0
  3. pelik says:

    ak pelik la sape yg sebar bite org cmni..motif???klo scandal ke,fitnah gamaba ke xpelik la..mmg ramai yg cmtu..ni bite cmni pon nk maen2..apa daa..btw,semoga cepat sembuh hazami..

    0

    0
  4. adudu says:

    GET WELL SOON HAZAMI. REMEMBER ALLAH.

    0

    0
  5. anonymous says:

    gambar atas tu bukan hazama ke?

    0

    0
  6. AA says:

    Salam,

    Cuba ikhtiar guna pakai katil Ceragem…insyaALLAH

    0

    0
  7. nur says:

    semoga cepat sihat.. amin

    0

    0
  8. rosmah says:

    Kita semua doakan semoga hazami cepat sembuh dan sihat hendaknya.ajal maut semua tangan allah taala yang tentukan.

    0

    0
  9. Berita bahawa Hazami telah pulang ke rahmatulllah adalah palsu Beliau turut tertekan dengan penyebaran berita tersebut Sebelum ini Hazami berada dalam keadaan lemah selepas dikejarkan ke hospital pada malam Khamis lepas akibat menghidap pen. HTML5 shim and Respond.

    0

    0