Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya

Hiburan

Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya

Kerana satu gambar dengan caption bertulis “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!” oleh Azian Mazwan Sapuwan, terus timbul desas-desus bahawa kata-kata itu ditujukan kepada Faradhiya. Semua sedia maklum bahawa Azian Mazwan Sapuwan telah tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang menyaksikan para peserta berentap dengan tema “Karok Tarik”. Susulan caption tersebut, ramai yang beranggapan ia ditulis dengan tujuan mahu menyindir Faradhiya yang gagal memberikan persembahan terbaik kerana masalah kesihatan.
azianSecara jujur, Abang Nara baca kata-kata yang ditulis oleh Azian Mazwan Sapuwan memang tak ada terlintas ia adalah satu sindiran. Cuma ia adalah satu luahan hati dari Azian yang puas hati dengan persembahannya di Gegar Vaganza 2. Pelik sungguh bila ada manusia-manusia yang cuba mengaitkan kata-kata itu dengan Faradhiya. Enggan pihak luar salah faham, salah seorang finalis GV2, Haiza tampil menjelaskan hubungan mereka di dalam GV2 adalah seperti adik beradik. Kata Haiza:-

Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami.

Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.

Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan.

Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan. Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah.

Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa

Advertisement

azian

Kadangkala Abang Nara kagum dengan mereka yang boleh spekulasi macam-macam hanya daripada beberapa patah perkataan. Tinggi sungguh imaginasi mereka. Kadangkala sian pun ada. Tak penat ke buat analisis dan cuba mencipta teori? Kalau Abang Nara baiklah tidur ataupun buat kerja lain. Tak gitu? Sumber ManggaOnline.
azianP.S: Dapatkan segera koleksi Telekung Cotton Exclusive keluaran khas Gudangmy! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai 2 warna pilihan : putih & cream yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Boleh click: facebook.com/Gudangmy Call/sms/Whatsapp: +60192361986 dan juga Instagram : @gudangmy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...