6 Finalis Ke Peringkat Akhir: Siapa Agaknya Juara Gegar Vaganza Musim Kedua?

Hiburan

6 Finalis Ke Peringkat Akhir: Siapa Agaknya Juara Gegar Vaganza Musim Kedua?

Gegar Vaganza musim kedua bakal melabuhkan tirainya minggu hadapan dan sebanyak  6 finalis antaranya Siti Nordiana, Ezad Lazim, Farahdhiya, Nassier Wahab, Acong dan Haiza berjaya mara ke peringkat akhir.

Advertisement

Namun, gegaran Azian Mazwan Sapuwan terhenti apabila beliu diumumkan tersingkir selepas tiga minggu berada di “bottom two” secara berturut-turut.

Di minggu akhir nanti, mereka akan berentap dengan lebih lagi kerana akan ada “battle round” bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza 2 dan memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 tajaan Qu Puteh serta sebuah lagu baharu nanti.

Berikut adalah senarai lagu tugasan mereka untuk peringkat akhir Gegar Vaganza 2 :-

Siti Nordiana  : Putus Terpaksa ( nyanyian asal Ziana Zain)

Ezad Lazim   :  Nur Nilam Sari ( nyanyian asal Awie)

Haiza            : Puisi Cinta (nyanyian asal kumpulan Ilusi)

Farahdhiya   : Janji Manismu (nyanyian asal Aishah)

Acong            :  Seruan (nyanyian asal kumpulan                                           Lefthanded)

Tidak dapat dinafikan program Gegar Vaganza pada tahun ini mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton dimana mereka memuji artis yang bertanding kali ini mempunyai kualiti tersendiri.

Siapa agaknya yang bakal dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2? Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...