Written by AbangNara | September 12th, 2012

Respek!!! Itulah kata-kata yang mampu Abang Nara keluarkan selepas membaca press release yang telah dikeluarkan oleh Ning Baizura mengenai penglibatannya di dalam persembahan bersempena Guiness Arthur’s Day. Ternyata gambar tersebut telah digunakan tanpa persetujuan daripada pihak Ning Baizura.

ning baizura

Menurut Ning, dirinya telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada malam tersebut dan bukannya oleh pihak Guiness Anchor Berhad. Apa yang membuatkan Abang Nara tabik spring kepada Ning ialah dia telah pun menarik diri daripada persembahan di Souled Out oleh kerana ada penglibatan daripada syarikat arak.

ning baizura

Ini barulah boleh dikatakan artis contoh. Tahniah kepada Ning Baizura atas tindakan anda. You deserve all the respect in the world. Semoga artis lain menjadikan Ning Baizura sebagai contoh di dalam perkara ini. Baca entri ini sepenuhnya untuk press release lengkap daripada Ning Baizura. Kredit info laman web rasmi Ning Baizura.

P.S: Koleksi bola sepak rasmi Fifa World Cup sepanjang zaman.

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

58 responses to Gambar Disalahguna, Ning Baizura Tarik Diri Daripada Persembahan Di Souled Out

  1. 123 says:

    siapa pulak salah guna gambar dia ni?dh kene kutuk bru nak tarik diri.. adoi.. lepas ni mizz nina plak tarik diri n buat statement “saya sudah insaf” typical malaysian artist!

    0

    0
  2. syukur says:

    syukur alhamdulillah…!!!

    0

    0
    • UstazahTerlampau says:

      persembahan ni Ning tarik diri tp mcm mana pula persembahan Ning 16 Jun ni…dia wat persembahan kat 7at9 untuk remembering whitney houston…siap ada EFFEN VODKA lg…arak tuuuuuuuuuuuuuuuuuu….Ning sila jawab!!!!!!!

      0

      0
  3. hamba ALLAH says:

    syukur, Alhamdulillah…! Artis contoh..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    konon2 baik..tp kat luar ada pula bisnes club mlm jual wine…

    0

    0
    • makcik juta says:

      ok..kalau betul dia ada business jual wine… bagi link or bukti? aku ok je kalau ada bukti..kalau setakat cakap..itu ciri2 anak haram.

      0

      0
  5. sudah2 ler... says:

    Korng ni pelik betol…org tu wat ni salah..tu salah…aku rasa korg2 ni mmg gelap hatikan…cam bagus je statement sorg2..tak yah ler poyo sgt..cermin ler diri tu sikit sebelum nak tunjuk bagus…nak simpati tak sampi hati..nak kesian wat malu kaum je..so dah mmg azali korng ni suke sgt duk mencaras org…nak wat cam ner…hitamnyer rambut korg lagi hitam hati korg kan..hahahahahaha..caw bedah..sabar je lah

    0

    0
  6. nana says:

    taknak saman ke ning?

    0

    0
  7. nana says:

    Ajinohmoto punya iklan nih sakai ok!

    0

    0
  8. anonymous says:

    ANNOYING LAH IKLAN KAT BEAUTIFUL NARA NOW. NAK BACA PUN SUSAH. DAH CERITA ENTAH APA – APA. HUH!!!!

    0

    0
  9. ning ning kenig says:

    ye ke kiter nk kne respect kt dia…abis yg dia bukak club arak tu apa…

    0

    0
  10. Pemikir says:

    Maaf kerana mencelah,terlebih dahulu sy ucapkan tahniah atas penarikan diri artis diatas..mgkn kerana memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia ataupun tidak mahu menimbulkan kontrovesi di atas tajaan syarikat arak….satu perkara lagi, hakikat arak itu haram sering kali dipandang tggi,hinggakan kita sendiri tidak menydari bahawa byak lagi perkara haram dan fitnah yg lebih besar yg berlaku dalam diri kita setiap hari dan menjadikan ia sebagai perkara biasa. Sebgai contoh, kita tkut utk memegang haiwan bernajis sperti anjing dan khinzir tetapi dalam masa yg sama kita tidak pula tkt memgang tangan seorang wanita yg bukan mahram kita,walhal najis itu boleh dibersihkan manakala dosa memegang tangan tdi tetap akan kekal selagi belum bertaubat… Jadilah Muslim dan Muslimah yg sempurna dari dalam dan luaran, tepuk dada tanya Iman..
    Maaf atas sebarang kesulitan..semoga Allah merahmati setiap hidup kita…

    0

    0
  11. apa2 says:

    ntah apa pengomen2 yg rasa bagus niehh…mmg tguu je..entry apa lepas ni..sbb nk buat modal kutuk2…isk2…dahla wei..

    ning tarik diri korang kutuk..tak tarik suruh insaf la bagai..hishh…

    0

    0
  12. mierae says:

    abg nara..please remove iklan aji noh motor ni…menyemaklah..sush nak baca artikel…

    #dengarlah suara kami sbg pembaca ni yeeekk…..

    0

    0
  13. Mak Aji says:

    Aisey abg nara..keluarkan la iklan Pak Aji kat sebelah ni. Pangkah2 pun keluar juga. Semak dan annoy sungguh!

    0

    0
  14. Nani says:

    Tahniah ning!!Betul ke dia bukak nite club?kalo betul,baik kita doakan agar dia insaf dan tarik diri dr bisnes tu plak.Kutuk jer ingat org nk mkn nasihat?At least,dia tarik diri,langkah permulaan yg cukup bagus utk selamatkan maruah dan imej umat Islam.Kita doa mizz nina pun insaf,lg bagus.Tahniah Ning.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    sebelum menegur org lain,cerminlah diri tu dulu. kalau tengok artis setakat gambar ditunjuk depan poster syarikat arak, tak payah lah nak kepoh2 1 malaysia pasal si artis ni buat persembahan yang ditaja syarikat arak,setakat nyanyi, bukan nya minum arak. tak mcm sesetengah org yg depan bukan main alim, tp mlm terkinja2 minum arak dan peluk perempuan dan tidur sekali, dan ada yg org dipanggil ustaz, tp mlm rogol anak dan pukul isteri sebab terlebih ‘alim’. wahai org yg tahap mindanya rendah, jgnlah menilai org dr luaran dan abang nara, tlg lah jgn jadikan blog ini tempat utk mengaibkan org lain dan memberi komen yg bagi saya ‘cerminlah diri sendiri dulu sebelum memberi komen terhadap org lain’. di mana bagi saya adakalanya apa yg d luahkan itu boleh jd firnah. sekian, terima kasih.

    0

    0
  16. assignment tak siap lagi says:

    ha sekarang baru kome ni nak respek2 dekat ning, hari tu bukan main kutuk ning cakap ‘tak heran la ning tu sebab laki dia pon mat saleh’…buat dosa kering je kutuk2 ning. Go go ning! lagipon Ning dah belajar la dari kesalahan lalu, so dia kena berhati hati. cuma aku harap dia withdraw ni bukan takut peminat lari tapi sebab takut murka Allah. yang si hitam manis sorang lagi tu, erm tak tau nak cakap apa la kan. dah dapat restu family katakaaanss.

    0

    0
  17. apernie says:

    errr.takkan tak tau siapa sponser.. main ambik jer ker?? profesional nyerrr… senang sangat hendonara nie dipuashatikan dengan hipokrasi.

    0

    0
  18. ikan says:

    terbaek la ning, miss nina xde bunyi pun..maseh nak teruskan kot

    Ning maseh blm jadi artis contoh sebab : masih mendedahkan aurat

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      teros kn aje miz ninaaaaaa jngan dengar ape orang cakap ! itu kn rezeki miz nina teroskn ajeeeeeee ! kalau dengar cakap orang sampai bila pn tk boleh maju ! nanti jalan kebelakang bukan nye jalan ke depan !!

      0

      0
      • Raja minah jambu 24jam mengadap computer saya pileh mengundi anda bagaimana ? says:

        ning nk tarek diri tu dia nye pasal ! kalau kite susah tkde orang tolong ! peinat pon tk boleh tolong > tolong hentam tu ada lah ! < jangan jadi ikut ikutan ……ning tarek diri miz nina tarek diri……kalau ning makan taik tkan miz nina nk makan taik jugak kan tol tk ….!!! duit bayaran pn kn dari bank ! ape bank simpan duit haram ke ??

        0

        0
  19. Anonymous says:

    komen saya untuk nara—–> iklan kat sebelah ni, menyemakkan sungguh~~

    0

    0
  20. Menyemak jer says:

    caya la ning..cam tu la..wat peminat semua sayang kat ning..wat abg nara plk..bila nk tersedar dari mimpi y kita org semua XSUKA IKLAN y ada d sebelah ni..x fhm2 ke nk alihkan iklan aji ni..menyemak mata jer..cuba la fhm kita org ni pnya problem..abg naraaaaaaaaaaaaaa….jgn la wat bodoh jer…

    0

    0
  21. GERAM DGN ABG NARA says:

    NARAAAAAAAAAAAAA….MENYEMAK LA IKLAN NI..SEBUK JER..MENYUSAHKAN ORG NK MEMBACA JER..DH LA TU IKLAN Y D SEBELAH NI PN MENYEMAK GAK..SAKAI BTL LA..ISH..ISH..ISH..

    0

    0
  22. kakitangan says:

    ini baru d katakan artis yg boleh d jadikan contoh
    samaada ning mnarik diri kerana takut di kutuk itu antara ning ngn ALLAH S.W.T
    sekurang2ny ning tidak melatah n sanggup terima teguran dan terus mnarik diri dari event tu
    dan kite patut brsyukur

    0

    0
  23. positivetinker says:

    biar pun ape niat Ning sama ada takut kontroversi atau ape sekali pun itu antara dia dengan allah, ikhlas atau tidak hanya allah yang tahu, jika benar dia tarik diri kerana orang ramai telah mempertikaikannya, kita harus bersyukur kerana dengan suara kita sesama muslim kita berjaya menghalang Ning daripada melakukan dosa subahat, jika dia lakukan kerana allah ta’ala maka dia akan mendapat ganjaran daripada allah.

    0

    0
  24. Hamba allah says:

    Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.
    =dukacita sj ka? Dh tcemar mruah diri n sbgai org islam.’islam lg ka puan Ning?’ :-) .xda tidkn pa2 ka???..sekadar drama n gimik hiburan tuk kita semua je kot..supaya kita buang masa follow cite dia ni.

    0

    0
  25. .
    Tapi takpe. Aku rasa aku dah menang, aku puas sebab apa aku kata aku menang? Mero lagipun kau pun Isabell tak pandai bua cuba nak buat tapi keras.

    p/s: lepas ni confirm dia copy paste ayat aku ni.. aku tak heran dah..
    Thanks Anonymous?:)

    0

    0
  26. pinkz says:

    bagusla dia da sedar,semoga dia pun terbuka hati nk bertaubat.kita doakan jela kebaikan tuk dia..

    0

    0
  27. sokong ning says:

    sayang ning.. mcm tu baru kami respek artis2. bagi artis lain yg beragama islam.. ikutlah apa yg ning buat. yg tgk duit. rezeki tu tak kemana.

    0

    0
  28. Sweet32 says:

    Mizz nina tu perasan mat saleh! Agknye klu dia kawin ngan mat saleh, dia yg lebih2! Nasib baik allah bg jodoh dia ngan org melayu.. Ning pulak kawin ngan mat saleh, relax je! Kesian mizz nina! Cepat sedarkan dia wahai suaminye mizz nina!!!

    0

    0
  29. betoi la…klu dah disalahgunakan amek je tindakan undg2…
    jgn krn pminat tegur bru rsa tergugat…
    lgpun lumayan tu,takkan kot snang2 tarik diri..yg buat kerja tu sllnya pro takkan ada ‘ter’ pulak..
    apapun,tahniah buat Ning..Mizz Nina..surat terbuka tu mybe, anda boleh fhm sbb dia ‘DAH’ dlm Bhs Eng..

    0

    0
  30. iphoneuser says:

    tak perlu ckp get all the respect in the world, ok sudah la, diorang tarik diri ke apa ke, menyanyi tu dah haram, nak respect apa?

    0

    0