Written by AbangNara | January 14th, 2015

Mak aih. Terkejut beruk Abang Nara membaca keratan akhbar hari ini. Mana tidaknya, para gadis yang dipeluk artis Kpop diminta hadir ke JAWI untuk sesi kaunseling. Sekiranya gagal berbuat demikian, JAWI akan meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka. Ish, ish, ish. Macam melampau je tindakan nie? Memang tak masuk akal sungguh.

waran tangkap

gambar ihsan Twitter @mohdismail

 

Seharusnya JAWI mengambil pendekatan yang lebih berhemah menangani isu ini. Tindakan yang tidak wajar ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan kredibiliti JAWI itu sendiri. Mana tidaknya, bila artis KPOP beria-ria sampai keluar waran tangkap semua. Artis Melayu tempatan yang berpeluk sakan setiap hari di stesen televisyen boleh pula buat tak tahu. Hmmm. Sepatutnya JAWI mengambil pendekatan yang dilakukan seperti Ustaz Kazim di bawah ini.

waran tangkap

Menariknya akibat tindakan JAWI ini, gambar artis-artis tempatan dipeluk para peminat kini mula bertebaran di laman sosial. Adakah pihak JAWI akan turut sama mengambil tindakan terhadap artis-artis ini? Kalau tidak mahu dipertikaikan kredibiliti dan tidak mahu dianggap berat sebelah, pihak JAWI juga harus bertegas. Antara contoh gambar yang tersebar sekarang ini ialah Anuar Zain dipeluk peminat ketika membuat persembahan.

waran tangkap

gambar dari Mstar Online

Pihak JAWI harus tepuk dada dan tanya diri sendiri tujuan dan motif perkara KPOP ini diperlakukan sehingga seolah-olah merupakan masalah negara nombor 1. Jangan gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai jelas kelihatan. Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

155 responses to Gadis Dipeluk Artis Kpop Diminta Hadir Ke JAWI Untuk Kaunseling Atau Waran Tangkap Akan Dikeluarkan

  1. sutun kurita says:

    hahhahaaa…orang2 cenggini nmpk sebelah mata jek..sbelah mata lagi depa tutup!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      pngil rosmah yg peluk chong wei arjun rampal..

      0

      0
    • laksa penang sedappp says:

      bukan semua Malaysian layan kpop……yang tak layan kpop tu mesti lah layan artis melayu, omputih. Kalau dah kat TV, IG artis malay/omputih tu hari2 tunjuk maksiat…..jangan salahkan remaja kalau kes pembuangan bayi semakin meningkat.

      0

      0
      • Nina says:

        yang beranak buang baby tu puak2 yang layan jantan MELAYU.

        0

        0
        • 01299999999 says:

          jgn la double standard..kami cina pun banyak aje buang anak..cuma tak sensasi sbb kami bukan islam..bagi kami bukan kesalahan buang anak tu..dan kami tak seramai melayu di msia ni..bila majority buat masalah, tentunya nampak ramai sbb mmg melayu yg ramai di msia ni kan..cina india dan lain2 bangsa / agama pun buat juga kesalahan sama..sama aje masalah kami dgn kamu melayu2 semua..kalau di negara china, cina muslim adalah minority, cina budha adalah majority, some are christians, etc..kan cina budha yg banyak buat masalah di sana..lagi teruk dr msia ni…cina islam sana sikit, so sikit sgt buat masalah la..jadi tak perlulah nak kata melayu ke, cina ke, india ke, iban ke, apa ke, sebab sama saja maa..

          0

          0
        • Jom says:

          tangkap Ifa Radziah wei….rejam dengan bata.

          0

          0
        • EL says:

          yup….yang buang anak dalam longkang tu girl melayu yang “layan” jantan melayu. Nama je islam tapi…..

          0

          0
        • AREOL says:

          Yah….saya suka saya suka…

          0

          0
        • baiya says:

          Bukan stakat layan lelaki mlayu jer tp dgn bangla pun jadi di layannya. Buang bayi gugur bayi.

          0

          0
        • lovekpop says:

          sebab tu i layan kpop saja…..anak confem2 putih….anak dominan gitu….x penting x akan dibuang mcm sampah~~ sbb kpop xlayan i :(

          0

          0
    • zuanzuan says:

      dulu bila diskusi pasal sebuah negara islam @ model negara islam, pak menteri & jakim kata: malaysia akan mengikut acuan # model negara islam sendiri ( al-quran & hadis) tanpa mengikut mana2 negara atau fahaman, jadi apa yang berlaku ( isu kpop) adalah hasil acuan yg dibentuk oleh pemerintah. isteri2 pemerintah & vvip pun peluk cium sesuka hati, maka anak muda ikut lah acuan yg ditunjukkan.

      pernah dulu dengar slogan nie: kepimpinan melalui teladan. ( mendalam maksudnya)

      0

      0
    • Fahrin Ahmad says:

      panggil sekali Ifa Raziah join kaunseling tu. Jangan berat sebelah pulak.

      0

      0
    • melati says:

      panggil sekali bini Awie sebab pakai dildo siam pikat suami…. k bai

      0

      0
    • Aq bkn nk bangkang pe y jawi buat nie just AQ rasa mcm x relevan je !
      Kalo btol jawi no kuarkan waran tgkap please kuarkn waran tgkap kt
      Pelakon y sah2 berpelok kt lam drama 2 skaly!!
      Baru adil !! Xgituw~

      0

      0
    • Anonymous says:

      pelik2 yg hukum hudud ditentang…yg anak2 gadis berpeleseran pakai dedah sana cni , yg budak2 lelaki duk perangai x tentu hala x mau plak tgkap n beri kaunseling.. pelik2 kata je malaysia ni agama rasmi islam…tp islam hanya pada nama

      0

      0
    • shanana says:

      waran tangkap tu sbg ugutan je spy diorang dtg kaunseling…tp ok lar jawi nak amik tindakan..ni sbg langkah permulaan…lpas ni teruskan lar amik tindakan utk kesalahan2 yg lain…jgn lar kite asyik kondem ‘asyik bash kpop atau artis luar ngara lain,tp artis msia sndri, budaya kapel x amik tindakan’…xda permulaan xdalar seterusnya…nak kawal 1 malaysia 100% mmg x terkawal…at least ade usaha…klu org nak amik tindakan utk kebaikkan pun nak kondem..habis xyah buat ape2 lar klu camtu? klu ia utk kebaikkan…biarkan lar…kite sndri pun x mampu nk cegah, xyah nk kondem lebih2…dan bg sy tindakan jawi ni x melampau, tp tegas..juz my 2 cents :)

      0

      0
      • aku says:

        btol tu. at least bg la jawi mulakan langkah pertama. bagus jgk jd kes ni, sbb nak amek tindakakan pd ‘local’ payah la. jawi akan kena kutuk ‘sempit’ ..nak2 plak melibatkan VIP/bini2 menteri minat kat artis2 tertentu (mcm rosmah) . jd bila kes kpop ni jd…jakim dah boleh mulakan langkah pertama. daninsyaAllah langkah seterusnya. dah mula kuatkuasa tak kan nak undur2 balik kan. so secara tak langsung ramai yg ‘terhentak’ kepala skit (esp artis ) bila nak berpeluk dgn peminat/ dgn bf/gf masing2 lps ni dah.

        cuba baygkan kalu jawi buat senyap je…korang kutuk jawi pejam mata la. apa la. so be fair . kita sebagai org islam patut bersyukur..sbb musibah Kpop nie, maka adab dan tatasusila serta pegangan agma kembali diperdebatkan. bkn yg islam ni tolong pi hentam jawi lagi. biar jawi buat kerja dia. kita yang lain nie, tlg jgk…tlg jaga/ nasihat anak2/ kakak/adik/mak/makcik supaya jgn buat perangai tak senonoh yang bkn shj malukan diri tp blh jatuh hina agama, ok?? baguih mcm tu na.

        0

        0
      • Syukri says:

        boleh jer panggil artis2 tu pergi kaunseling…kenapa x panggil ??
        tiap2 hari tunjuk maksiat berkepit dalam TV kenapa tak nampak ???
        just because dia tu Malaysian artis malay…so biar aja lah, begitu ker ???

        0

        0
      • lada says:

        macam mana orang tak kondem…dah JAWI tu buat kerja berat sebelah.
        retis malaysia berkepit, cium dahi tak nak tarbiah pulak. Padahal yg tu lah yg kita hadap tiap2 hari.

        0

        0
    • aku says:

      wehh..apsal kecoh2 ni.. b4 this kemain korg kutuk…pstu mintak jawi ke jakim amik tindakan…now..org tu dh amik tindakan…kau kutuk plak tindakan dia..kata berat sebelah la..bla..bla..bla… wehhh.. jakim n jawi akan amik tindakan berdasarkan apa yg org report..kalau xde sape report…dia pun tak tau agaknyer… so..korang nak cakap selama ni artis berpeluk…ber apa semua tu?? apsal korang tak kutuk betul2 masa tu?? kenapa tak viralkan dr dulu?? ada sape2 yg buat report?? aku yakin takde…korang tgk cerita2 melayu skrg ni..bukan korg kata sweet ke..mcm2 lg… ntah apa2..tolong la jgn kutuk tindakan jawi ni…bg dorg buat keje dorg…n korg pun kena jalankan tanggungjawab korg…jgn nak salahkan org lain je..buat salah..tak buat lg kena kutuk…

      0

      0
  2. name says:

    Pendekatan jawi tu betul. cume sebaiknya panggil artis-artis lain jugak.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    betol3 bukn k pop saje.. artis2 yg berpelukn atau di peluk perlu d pggil juga.. k pop tu sah2 bkn islam.. yg retis islam berpeluk lebih perlu diberi perhatian.. jgn atas nma profesional je bole lakukn semua.. yg gmbar kt atas makcik dok peluk anuar tu pggil je skali.. yg muda kta muda.. yg tua pun x sedar2 diri.. memalukn

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Saya tak de masalah. saya setuju dgn tindakan Jawi….

    0

    0
    • menguap. says:

      JAWI pilih bulu…

      0

      0
      • FAADHIL says:

        KAU ISLAM KE KAFIR? JAWI JUST JALAN KAN KERJA… TU PUN KO NK KONDEM…

        0

        0
        • Anonymous says:

          memang JAWI berat sebelah pun…..kenapa artis Malaysia yang berkepit bertahun2 tu JAWI tak nak tarbiah ????

          0

          0
        • Lois lain says:

          Kerja apanya yg jawi buat kalau bersepah artis msia peluk dpt free pass.sbb kes kpop ni viral je baru jawi nak buat kerja.itu pon remeh gila.bagi kaunseling cukup dah kot.tak perlu la waran tangkap.diorg tu teenagers lg.

          0

          0
    • Anonymous says:

      mmg pilih bulu pun..kalu artis bkn main lagi apa lg kalu mnteri2 org atasan….

      0

      0
  5. Anonymous says:

    kalo nenek amik pic dgn zul aripin dia ciom pipi nenek pon kene g kaunselingke

    0

    0
  6. Anonymous says:

    pngil je la yg blakon laki bini dlm drama tu jawi..apehal la terok sgt,klu iye pun nk btulkan sucikan keadaan aku syorkan pngil semua yg terlibat adegan ranjang..ifa rziah..team mjalah mngga..rosmah mnsor

    0

    0
    • hmm... says:

      tak payah nak kata yang tengok drama yang berlakon laki bini…baru hari isnin tu…watak pakai tudung, baru kenal mamat tu….tapi kemain lagi dipegang2 ditarik2 mamat tu, nak terjatuh n mnyandar2 la…ntah sape tah pelakonnya…sume i tak kenal….tapi citer kat tv9 belakon kat Turki ke mana tah…gediks lebih terus tak lalu nak tengok…

      0

      0
  7. Malaysian says:

    100% agreed with abg Nara and En Kazim. Bagaimana plak dgn gadis2 bertudung lain yg berpelukan, bermesraan bersama pasangan secara terbuka? Tidakkah itu pon memalukan apabila warga lain, bangsa lain, agama lain melihat?

    0

    0
  8. semah says:

    tangkap???? macamana la org islam nak respek org islam.. sikit2 tangkap.. sikit2 bakar… kan lebih baik mencegah dari mengubat???? cegah program hiburan tu… menteri penerangan???? awak kat mana haaaaa???? cer jawab knp bole luluskan benda2 cenggini….

    0

    0
    • shiro says:

      Setuju..benda2 gini xleh nk terus salahkan org bwhan yg tersepit..cthnya polis,imgsen,kastam dll kalau arahan xdatang dari pihak atasan/menteri nyer

      0

      0
  9. Anonymous says:

    settel kan rumah merah tu dulu la . bertahun2 sama jeeee

    0

    0
  10. melati says:

    bebal nya lahai tindakan ni.tak habis lagi ke nk jatuhkan maruah budak tu.mmgla budak tu buat silap.tp bila da satu Malaysia viral budak tu mst ambil iktibar.xberani nk buat lagi.sape nk kene kecam teruk sekali mcm ni.orang semua buat silapla.kecoh la luuuuu.artis2 peluk tu xnk kecoh pulak.ape bnde tah.bebal

    0

    0
  11. Seseorang says:

    setiap manusia melakukan kesilapan. mungkin mereka terlalu teruja. Macak korang2 semua (iman x berapa nk tebal) teruja teramat sgt. Ape yang korang semua buat. Diluar kawalan kan. xperlu la sampi nak keluar waran bagai, kaunseling sudah memadai. Cuba kita fikir cara untuk mencegah. Bukan cari siapa salah. :(

    0

    0
  12. bob says:

    KPOP ni kunci Allah nk tnjuk yg maksiat dh b’leluasa kt msia ni…see, 1-1 kuar….muhasabah lah para pemimpin kte…

    0

    0
    • Maria says:

      pemimpin? kenapa terus2an salahkan pemimpin? salahkan diri sendiri dulu..pemimpin kita walau buruk mcm mana sekalipun, sekurang2nya atas system mereka lah kita dapat belajar agama, dgn selesa, dengan mendalam..kata kuncinya adalah diri sendiri..kalau kita nak belajar, kita akan belajar..kalau kita taknak sedangkan kemudahan ada, nak salahkan kerajaan ke? sy tak sokong kerajaan atau pembangkang sbb mereka sama aje parti politik yg busuk dengan rasuah dan matlamat hanya poket sendiri, tapi nak salahkan kerajaan amat tak patut..setiap sesuatu berlaku, kita ada akal, fikir lah mana baik dan buruk..so, salahkan diri dahulu..barulah kita dapat perbaiki diri..salahkan kerajaan, sampai bila2 pun kita buat salah, kita akan tudung jari pada org lain..sampai bila kita nak berubah???

      0

      0
  13. mami jemah says:

    Jawi alang-3 nak kaunseling , kaunseling semua artis-2 berlakon, menyanyi tu,
    Rosmah, Mashitah , Shahrizat Ahli-2 Kabinet yg lain . Jangan berat sebelah . Org yg non-muslimis judging us right now. Islam tak adil , Islam semuanya. J
    angan duk salah gadis-2 tu je at least they’re still a young girls, boleh ditarbiah lagi. Yang artis / dan seangkatan dengannya ,tua bercium berpeluk sakan xnak bg waran tangkap lak.. What the Fishhhhh JAWI ? hmmm Jawi hardcore drama melayu kee?
    -Naar, 18 .

    0

    0
  14. nenek kau says:

    panggil sekali pelakon2 yg berlakon adegan mesra n adegan atas katil..

    0

    0
    • setuju says:

      setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju setuju

      0

      0
    • Mak kepo says:

      Bulan panggil artis aje, panggil director sekali. Director yg suruh artis berlebih-lebihan. Si artis2 Pulak takut kalau tak buat susah nak dapat kerja. semua prelude di tarbiyah

      0

      0
  15. ente ana says:

    sy setuju budak2 video k pop ni dipanggil..alaa, mereka disoal siasat saja..takde apa2 pun…sekurang2nya jab agama Islam bertegas dgn mereka supaya kejadian sama tak berulang atau org lain beragak2 utk buat benda bukan2 lagi..tapi dalam masa sama sy memohon perkara2 lain juga diketengahkan..tak kira siapa yg buat..artist ke, Kak Mah ke, siapa pun..sbb apa yg dibuat tu haram dan patut ditegah.

    0

    0
  16. X adil says:

    Jawi ni pilih kasih kot.

    0

    0
  17. geli geli says:

    drama melayu yang sah sah peluk cium romen atas katil tu apa citer? takder tindakan? Kami tengok pun geli. owhhh takper… sebab peluk lelaki melayu sejati kan… poooodah.

    0

    0
  18. Jap says:

    melayu2 kita yang duk buat gambar pre-wedding peluk sakan tu apa citer?

    0

    0
    • sutun kurita says:

      btoll..skang ni budaya pre-wedding lak..da makin menular..da mcm org omputih pon ade..x nak lak depa2 ni amik perhatian..
      yg drama/filem melayu jadi kegilaan tu..acaner lak??..ombak rindu..kanta serigala..harry boy..ariana ross..cinta awak 200%..apa lagiii..lagiiii..tah..aku x ingat dah!!!..hahhaa..

      0

      0
  19. bedah bedot says:

    Jangan panggil budak2 tu je, ramai lg yang sama kes… ifa raziah tu terang2 buat hal masa program life, anuar zain peluk cium ngn peminat, rosmah najib pun ada kes gak…artis2 yg berlakon tu usah cakap la. Biar adil dan sama rata dalam usaha membenteras gejala sosial…. tak kira siapa kita.

    0

    0
  20. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Sila buat mcm kat acheh..pompuan pakai sluar pon ketat time2 tu juga dikaunselingkan..

    0

    0
  21. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    kesiannya budak2 tu..

    dah la tak ada garis panduan cakap tak boleh dipeluk, dicium, dsb
    alih2 nak kena tangkap plak…

    pakaila otak yang rasional sikit… jangan ikut nafsu setan korang jer…jangan ingat just because korang ada ‘kuasa’, korang nak tangkap orang, nak kaunsel org sesuka hati…or just because korang ni kononnya nak jadi warak

    they are just kids. and it was a decent act… why making things become so out of hand?
    korang memang gila lah…

    0

    0
    • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

      dalam video tu pun bukannya diorang tiba2 naik pentas gi panjat peluk mamat KPOPek tu…

      diorang berinteraksi seolah dlm kuiz/game.. dihujungnya juga diorang bersalaman dan hugs..
      hugs dlm budaya luar adalah sesuatu yang positif, menunjukkan keikhlasan serta kasih sayang antara dua insan… bukan mcm yg otak korang asyik gila buat anggapan bangang bukan-bukan… whattahell u people…?

      why Malaysians are so blind when it comes to other cultures…?

      tengoklah character budak2 pakai tudung tu… do they look like some criminals or pros? tak pun kan… they were proper clothes to the concert, they don’t show any potentially harmful behaviour to anyone…

      yang bahaya sekarang adalah korang semua… korang semua yg patut diberi kaunseling, ditangkap

      0

      0
      • Anonymous says:

        “why Malaysians are so blind when it comes to other cultures…?”

        Excuse me, but the kpop artistes are in Malaysia, by rational n common sense, they’re the oens who should adhere to our culture, if you want to talk about culture…it’s ridiculous to ask the citizen here to alter to other cultures but people coming here not having to even get to know dos and donts in our culture. double standard much?

        don’t get me wrong. i’m against stupid judging but your comment there is no more intelligent than the things you’re criticizing.

        “hugs dlm budaya luar adalah sesuatu yang positif, menunjukkan keikhlasan serta kasih sayang antara dua insan”

        ok, masalahnya, dalam Islam, garis panduannya adalah lain…i find it stupid if we should prioritize budaya luar over our own religion. don’t you?

        please don’t use idiotic reasoning to argue, find better ones, there are many.

        0

        0
      • Anonymous says:

        ko x cukup ilmu agama xyah cakap byk..sah mak bapak x ajar..ko nak banggakan sgt budaya luar tu ko ni anut agama ape? ISlam wat cara islam…kau tu makhluk yg paling bahya sbenarnye..sbb ko cuba merosakkan pemikiran org Islam..menghalalkan yg haram…niat tak menghalalkan cara..ko penah dgr? konfom tak kan.

        0

        0
    • hmm... says:

      i agree with you. this is an unfair n stupid overreaction….but this part ‘it was a decent act’ no…as a Muslim, i don’t agree. it clearly is not a decent act, or something that should be done by any Muslim. Haram is haram. it’s only acceptable if the kids aren’t baligh yet.

      0

      0
      • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

        decent meaning that they have good intentions —> to convey their appreciation towards each other… not decent as in halal or haram…
        the star thanks her for her support and she enjoyed the opportunity to actually meet him in person..
        I would disagree if suddenly out of nowhere, you go and grab people in the ass

        when can we be more progressive? it’s 2015 and this is worst than the medieval period

        0

        0
        • fanz says:

          thank goodness somebody actually thinking…
          those kids they have choices, apparently they chose the wrong option. But again, to jail them is a ludicrous act…to be honest i don’t even know this is one of our country law and regulation although ofcourse its a religion regulations.
          kpop is an international genre now. Stop making our country look like a fool and just handle it wisely.
          i’m sooo done with this pathetic issue.

          0

          0
        • Halal dn Haram itu Jelas. says:

          Sy stuju dgn awk asal tutup aurat … yg hmm tu kata sbg muslim. Tp sy tdk tahulah awk ni muslim atau tdk. Wlpn hya utk convey. Penggunaan ayat Not Decent as in Halal Haram tdk sesuai bg gals muslim tu. Sy fhm maksud yg awk cuba sampaikan. Agama Islam prkara sbgitu sgt JELAS pd Halal dn Haram tindakan trsbt. Mrk bknlah budak2 lg. Sudah baligh dn smpurna akal. Tindkn mrk nafsu melampaui akal. Cuma issue tangkpn is a drastic measure. Sy sndri pun x stuju krn sbg manusia tiada yg smprna. Kesalahn gals tu mmg besar sbg muslim tp tdkn Jawi biarlh brsesuaian.

          0

          0
        • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

          from what my eyes could read about the gestures both by the star and the girls,

          I see that the girls were a bit shy but he (still) advances and hugged them with the pat on the her back. I repeat, with the pat on her back — what’s that mean? is it sexual…? tell me what kind of hugging with the pat on the back — it means: thank you/thanks a lot/we love you (not in the romantic way, but it’s rather platonic between a star and a fan).

          and the girls reluctantly I would say, ‘chose’ to hugged him back (as a matter of accomodating him/his gesture, since he hugged her — obviously for some reason, it’s a wrong choice in the eyes of most of everyone in Malaysia).

          this is the issue of wrong perceptions. yes the girls can have better options but they were so caught up (on stage in front of everyone), in between ‘accomodating’ and at the same time trying to maintain their cool (menahan sifat malu)…

          I’m against anything that says/accusing these girls or the star as immorals. Because it was far from that. Nothing of that sort.

          0

          0
    • Anonymous says:

      xda garis panduan mendeee…dlm alQuran sekian lame da menggaris panduan kan…sape yg ikut nafsu setan? mase atas pentas tu x kira nafsu setan ke??? kids pala otak ko, da besar gedabak camtu da tahu hukum hakam agama..even sejak tadika da diajar..

      0

      0
  22. kk says:

    Jawi kalau nak buat sesuatu hukuman n tindakan tu baik selaraskn semua, jgn nk pilih bulu. The whole world is judging our muslim nye credibility bkn sbb mlaysia je tp kite bwk contoh yg x baik as a muslim. Mcmane agama lain nk hormat islam kalau sesameislam sendiri x hormat agamanye. Jawi patut lebih tegas kt semua, jgn sbb bdk pmpn ni weak sewenangnye jawi amik tindakan tp yg lain tutup mate. Kang dlm kubur malaikat tanye nk jwb ape jawi oii

    0

    0
  23. Vluekkkk says:

    salah penganjur tapi penganjur cina. cina lepas…melayu kena ke dalam.
    apa jadah msia ni weiii ????

    0

    0
    • aku says:

      dah yg melau bodo tak piker napenye???
      buku panduan al quran kat umah tu buat ape? buat pekasam? ni la padahnyer!

      0

      0
  24. hannah says:

    Malu kot. KPOP fans salahkan agama Islam sebab ‘denda/jail 6 bulan ni’. Tp cite drama/filem/photoshoot tepi kolam/ buat tak nampak?

    0

    0
  25. aku says:

    Aku setuju gak dgn jawi..bebudak besar gini kalu tak diajar cara gini,lama2 makin merebak la penyakit sosial yg mmg makin menjadi2 skrg nie.mmg la diorg budak2 tp budak2 besar nila kebanyakannya yg dok kt rumah2 pemulihan akhlak tu..sblum terlajak jauh baik diberi ubat..

    0

    0
  26. missy says:

    Kali ni saya stuju ngn abg nara 110%!

    0

    0
  27. nana says:

    hahaa.. apa kata JAWI pergi tengok club2 malam yg beroperasi tu.. situ rasanya ramai jugak melayu yang berpelukan, berciuman dan mabuk,, jangan jadi buta..

    0

    0
  28. Batman says:

    Kalau tak masuk media sosial adakah Jawi mengambil tindakan? Tak faham kenapa yang ini Jawi beria ia sangat tapi insiden2 lain yang melibatkan wanita Melayu tudung dan yang tidak bertudung memeluk/dipeluk, mencium/dicium lelaki bukan muhrim okay pulak…! Garis panduan ilek!

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Yg sampai nak waran tangkap tu apehal, kena buat satu akta pada pengajur hiburan, larangan kepada perkara tertentu khusus bila melibatkan org melayu/islam. Mesti ada batasan bila melibatkan org melayu/islam.

    Budak2 tu semua budak hingusan lagi, boleh dilentuk lagi,nak tangkap n charge dia org on what ground?? yg tua yg yg dok peluk angkat kaki menyanyi, dlm tv, satu malaya tengok ok pulak, takde waran tangkap, tadi baru tengok filem apetah, nadiya nidsa, eh camtu ke eja, dgn bront palarae, camtu ke eja, what ever la, bagus punya romen siap betul2 cium tengkok jilat2…ok pulak…

    0

    0
  30. kak non heran says:

    jawi terok..institusi agama apa ni? buat org lagi x hormat..mangga tu majalah playboy versi malaysia..bertahun duk bogelkan artis..kredibiliti jawi makin tercemar bila isu ni diheret seolah2 tiada lagi isu sebesar ni..atau jawi pejam mata bila babitkan artis atau org knamaaan?

    0

    0
  31. famie says:

    isu k pop yg ko nak sibuk kn…Nk keluar waran tangkap konon…Artis yg terang2 peluk atas pentas secara live yg di tonton ank2 muda tak nk pulak ko panggil ea JAWI…
    nk amik tindakan sila buat secara adil n saksama…

    0

    0
  32. nnn says:

    budk yg baru berapa tahun keluar period dia sebok.
    yang dh jadi mak budak tu biar je,lps tu bila artist malaysia pegang2,alasan!
    “ouh saya nk menghayati wati” .”this is arts”
    wah senang alasan,
    kalau nak betulkAN,betulkan negara kita dulu.
    artist korea tu xde nye kemaruk nk cium dahi berminyak korang.

    0

    0
  33. jack says:

    ada jawi pon tak guna.. agak2 nyalah mereka ni makan gaji buta kot utk bagi makan anak bini.. artis2 yg dok peluk2 dlm drama tu buat2 taktaw jer..bangang punya jawi. mcm xder telor.

    0

    0
  34. Anonymous says:

    Hopefully mahkamah tolak la permohonan waran tangkap tu.
    Hish.

    0

    0
  35. zass says:

    Sbb video gadis2 mlayu kena pelok dgn artis kpop tu tersebar meluas la JAWI amik tindakan. Korg ingt senang2 je ke nk buat rushing, nk amik tindkn? Korg tau ckp je, tp korg xtau cmne keje JAWI, penah ke korg2 nj join JAWK or mane2 agensi buat rushing? Kalau korg sndri nmpk maksiat dpn mata, org romen ke ape, korg sndri tegurla, tanggungjwb as a muslim bkn hny pd jawi je, tp pd setiap individu muslim..

    0

    0
  36. sumak molek says:

    Bile public interest bru kecoh…dum dam sana sini…ntah mende ape je ha..
    Sembang sana sini..nk kautt, kaut sume..men pilih bulu pyh laaaa bohh!!

    0

    0
  37. smurf says:

    Yg xbley blah.. tajuk drama ” cinta ibadah” ..”istikharah cinta”.. tp haih berlakon adegan pgg2 pelok2..

    0

    0
  38. Linzy Longkang says:

    pegawai2 jais tolonglaa gi cari pokcik2 pprt yg dok rogol anak sendiri tuh ada byk tapi org diam jekkkk dgn alasan taknak jaga tepi kain org, nih hal kpop yg bukan masalah negara jais nak ambil tindakan pulakkk….

    0

    0
  39. SAHRIL says:

    Nara ni kurang ajar. kalau nak bagi pendapat pun jangan lah lantang sangat dalam blog.bile cakap berdepan x berani. dalam blog bukan main lagi bagi pendapat komen itu ini.baik telefon terus jawi atau private massage.kadang kena sedar.sebagai blogger tak semestinya anda layak bagi komen.sekarang blogger SPM x lepas pun bagi pendapat itu ini.Panggil je soh hujah ke depan.takotla plak. orang lawat blog anda dan anda dapat duit..itu da kira untung.jgn cakap macm pemimpin besar.Belajar jauh2 kat korea jadi blogger je.

    0

    0
    • Gunung Merapi says:

      Shahril tarik nafas panjang … lps tu hembus perlahan2. Sambil beristighfar 100x. Knapa marah2 ni. Adakah Sbb2nya:Ada Gambar anuar zain kena peluk ke? Atau makcik2 kat atas tu mak awk?. Atau awk ni adk beradik anuar zain?. Yalah nama pun dekat2 samakan dgn abg Nuar. Nama pun blogger. Nak mara nara buat apa. Komen kat sini lg lantang lintang pukang dr nara. Kus semangat tngk awk marah mcm valcano nak meletus ….. tushhhh … Sabarlah ya. Ada gmbr nuar tu sy terkilanlh jg, x yahlh masukkn. Sy pun slalu tmplak kat BN ni bila tgk makcik2 akak2 yg peluk Abg Nuar sambil kiss dn memeluk rapat bdn mrk tu kat abg sy tu.

      0

      0
  40. Begitukah? says:

    Retis & Org2 ternama kat Malaysia ni adakah mereka ini dikecualikan dari jawi? Adakah mereka ini diberi imuniti? ataupun halimunankah mereka ini?

    0

    0
  41. ichi says:

    haaaaa haiiiiiiiiii

    0

    0
  42. mak kiah says:

    kecoh terlalu kecoh kalo kpop je mengelabah tapir sana sini, kenapa yg artis tempatan peluk cium berkemban and etc dalam drama tu boleh pulak ….apakah JAKIM ni…
    understood that budak islam BUT artis kpop tu bukannya islam tak tahu menahu hukum islam….
    while yg artis tempatan ni memeng dh sah sah islam..
    biarlah parents yg buat kauseling gedik gedik la jakim nih.

    0

    0
  43. doraemon says:

    npe ifa raziah x kena jgk?
    npe zul arifin ngn aida jebat x kena jgk?
    npe pelakon2 or penyayi2 yg pelok2 cium wlupn dlm movie or drama x kena jgk?
    apasal couple2 yg duk pelok2 kt luar ni pn x kena jgk?

    0

    0
  44. Ibu says:

    Merujuk kpd gambar yg bawah skali yg libatkan anuar zain tu, ada eloknya juga pihak berkenaan mula rangka satu plan utk mencegah perlakuan spt tu terjadi lg, ada masa dlm 2 bulan utk plan sbb secretaries week dlm bulan apr, tu antara yg kita bole pantau byk jugak libatkan wanita melayu tak kira golongan muda & berumur skit

    0

    0
    • crozz says:

      FYI anuar zain dh lama elak benda tu berlaku lagi, dh bertahun dlu ok… ini pic lama

      0

      0
      • Anonymous says:

        apa yang berlaku kat private show bukan orang tahu.
        selain anuar…ramai lagi lah yg peluk2 tu. Cuma pic tak tersebar je.

        0

        0
  45. safiq copot says:

    salahkan penganjur n yg meluluskan tu…

    JAWI kalo nak tegas…buat betul2…
    jgn tiap kali kena sergah dgn isu mcm ni..menggelupur
    padahal da byk sgt blaku…yg terang2 dlm drama/filem/persembahan/realiti tp buat x tau je

    0

    0
  46. Anonymous says:

    Mintak tolong JAWI kaunseling Rosmah sebab dia pakai rambut palsu. Tu pun salah disisi agama. Bodoh. Pasal isu K-Pop ni digembar-gemburkan. Tengok bini PM tu sendiri la… Tangkap Rosmah, kauselingkan dia dulu. Berani ke tak?? Ke tengok Rosmah pun pihak JAWI jadi kecut telur???
    Aku bukan back-up budak-budak yang kena peluk tu, tapi, agak-agak la nak amik tindakan pun. Rosmah terkinja-kinja, filem Melayu ade aksi ghairah, Najib makan duit rakyat (saje nak libatkan politik), etc… Benda macam ni korang butakan mata korang, kan? Terbaeklah JAWI..Sungguh islamic pengendalian korang. Puuuiihh!!

    0

    0
    • aku says:

      nak mintak tolong jawi kaunseling rosmah..pegi la report kat jawi sana..yg kau p komen kat blog hiburan apa kejadahnya…xmembawak hasil pun..jawi xtau…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Report berkenaan Rosmah dah dibuat. Tapi pihak JAWI dak berani nak buat apa. Depa kata rambut Rosmah ada power, boleh tukaq jadik ulaq bila ditegoq kalo bab-bab agama ni. Depa kata Rosmah ni macam Medusa (ang tau apa tu Medusa? Kalo dak tau ang pi google). Dulu Rosmah berpeluk dengan Lee Chong Wei pun, depa dak berani buat apa. Depa terkedu bila Chong Wei dapat laga tetek dengan Rosmah.

        0

        0
        • aku says:

          siyes kau da buat report? kalau bole tunjukkan buktinya..jangan pandai cakap je…n siyes dorg ckp rambut rosmah mcm tu?? haihhh..kalau x betul..dh jatuh hukum fitnah pulak… kau igt aku duduk celah tempurung ke apa x tau psl medusa…tolong lah…jgn suka2 memfitnah org walaupun kita x suka org tu

          0

          0
        • Anonymous says:

          Hey, aku.. You are so stooooopid, you don’t know the word SARCASTIC.

          0

          0
  47. shoot anonymous says:

    benda ni skg dh jadi masalah dalaman Malaysia. K-pop tu act as a trigger jek tentang perkara yang sebetulnya patot dibendung oleh JAWI.

    Budak-budak sekarang dibesarkan dalam environment yang berpelukan adalah normal sebab itu yang dipaparkan dalam media hiburan. Diorang mungkin sangka well ni bukan hal besar mana pun sebab ada lagi benda lebih teruk pernah berlaku. Tapi akibat dorg pakai tudung dan artikel pertama yang dikeluarkan adalah ‘dicabul’, benda ni trus jadi besar. Salah tetap salah. Jika dan hanya jika JAWI nak set this as a reminder, takde masalah. Tapi implement satu negara. Tegakkan yang Islam itu adil dan saksama.

    Tapi jika benda ni just one time thing dan kita still leh tgk artis atau pemimpin buat benda yang sama dan tidak diambil tindakan, then what is Islam exactly?

    0

    0
  48. Syikin says:

    Semlm saya letak kat status FB saya pasal ceriter ni…Sy letak pendapat yg lebih kurang apa yg abg nara post kat sini…mlm tu keluar lak satu status dari seorang syeikh ni..sy x pasti sama ada dia tuju kat saya atau tk.. tp isi nyer mcm nak kritik status sy kat FB tu.. Mmg sepatut nyer pihak2 yg berkenaan tangani dgn cara yg org kata lebih halus tanpa mengaibkan sesiapa.. ni tidak..sampai nak jadi kes polis pulak..

    0

    0
  49. Fahmi says:

    Huhuhu,

    proceed jer hudud tu, confirm sume sosial problem bole di elakkan

    0

    0
  50. aku says:

    citer p ramlee pon x blh tk lar ye…
    peluk cium sendat ketat….

    0

    0
  51. nenek says:

    kalau tak nak isu mcm ni berpanjangan lebih baik mencegah ,buat mcm brunei tu hukum hudud…tak kan ada la isu2 bodoh yg tak habis2 ni….kisah budak2 yg dah terlepas ni jadikan pengajaran pada semua org,kalau rasa nak negara aman la kan…..kalau tak sampai kiamat mmg mcm ni keadaan nyer

    0

    0
    • Anonymous says:

      RAkyat Brunei mungkin tip top psl hukum hudud tp yg sedihnya mereka tidak menghaormati hak org lain. tak caya? jom kita p miri tgk mcmana mereka bawa kete. betul2 mentaliti kelas ketiga

      0

      0
    • ais kepal says:

      alahhh….brunei tu ada hukum hudud pun rakyat dorang still layan hiburan dari Malaysia, omputih & kpop. kalau kau x percaya…kau pergi lah try berkawan dengan Bruneian.

      0

      0
  52. cecitececite says:

    Syabas sy ucpkn kpd JAWI, sy hrp ni adelah lgkh pertama dlm membendung gejala sosial yg amat bleluasa pd akhir zaman. Next step; sila tarbiah org yg x tutup aurat, x ttp aurat dgn sempurna, yg merokok, yg bcouple aka semua yg basic dlm islam dl n nk taip pon byk..public interest juga kn..

    X backup any parties, tp pihak bkuasa tmptn akn lakukn ape yg tmampu..yg penting didikan agama dr rumah yg cukup, insya Allah kite semua slmt. Yg muda dah tentu akn mlakukn kslpn, tp yg dah berusia pun ade juge yg btrusan mlakukn kslpn.kite bkn maksum pun. Bg la peluang kedua utk those kids. X tlewat lg..but not in this way.

    Let’s be positive guys.

    0

    0
  53. Besan Ifa Raziah says:

    Kalau mcm tu..jom anjurkan Majlis Kaunseling Perdana, buat kat Dataran Merdeka..mat rempit, bohjan, bohsia, gigolo..retis kengkonon berpeluk atas dasar seni persembahan, peminat kpop malahan pelancong pun boleh join sekali..moh kita..

    Kalau Datin Semah tak g shopping aritu pon boleh jugak join..amacam?

    0

    0
  54. milah heran says:

    semua habis bongkar ungkit..hahahahaa..kelakar sgt..x kan la nk pangil kak rose kot?balik kg motong la org jawi jawabnya..

    0

    0
  55. Islam Itu Indah says:

    UMNO & PAS.. tolonglah bersatu.. kalau yg atas dah bersatu, sy yakin 200% yg bawah akan ikut sama tanpa byk soal.. yg ada agama tolonglah bimbing yang x berapa faham agama, bkn sisihkan & kutuk mrk.. Bila Melayu sesama Melayu bergaduh, bangsa lain akan ketawa terbahak2…

    0

    0
    • milah heran says:

      nk bsatu mcm mana awk? masing2 ada ego sndiri,yg jd mangsa agama dan org melayu..rela pulak tu di biri2 kan bangsa lain..pas dgn cara pas,umno pulak tetap dgn cara umngok tu..sy x stuju la dgn cara jais,biar pukul sama rata..sy akui girl tu salah,tp yg lebih teruk lagi guane gamok?

      0

      0
  56. Anonymous says:

    Tu yg aku sedih sgt hari demi hari makin islam disalah tafsir and dipandang serong …kalu msg2 pandai bawa diri and jaga adab takkan jadi mcm ni…

    0

    0
  57. encikburn says:

    lucu gak jawi nih ikut suka2 jer memberi hukuman

    0

    0
  58. Gedebuih says:

    Sebab yg peluk2 tu sesama bangsa Melayu, tu xjadi haram lg kot? Kalo bukan Melayu yg peluk cium org Melayu bagai, maka jadi la haram, gitu? Jawapan dia senang ja, JAWI ni punai kat dahi, teloq dh kena genggam..kahkahkah

    0

    0
  59. ifa raziah xnk panggil skali ke?

    0

    0
  60. IAsIa says:

    rasa malu pulak sampai dah masuk berita korea naver dan pann..
    rasa patutnya malaysia kena bersifat adil.negara kite sendiri pun ramai artis,remaja yang buat skinship mcm dah kahwin tu,xpe pulak ?
    http://netizenbuzz.blogspot.com/2015/01/fans-who-hugged-b1a4-at-risk-of-arrest.html
    http://kpopkfans.blogspot.ca/2015/01/malaysian-media-reports-that-b1a4.html

    0

    0
    • mata sepet mata bulat says:

      Mmg memalukan …. i baca smua commnts mrk.
      Memalukan bila ada yg admit di msia ni pun berlambak2 couple bdk2 mlayu ni berpeluk dn ramai fans malyu sndri peluk slbriti mlayu.
      Lbh memalukan bila dorang kata gov tak suka koreans. Sttmnt KJ memalukan. Smua org ada citarasa msg2.
      Sy mmg dr kecil dulu dah minat Japanese dn aktor hongkong. Lst2 brtunang dgn mlayu yg bermata sepet dn kulit cerah. Bkn sy tak suka yg lain2 .. itu perasaan yg tdk blh dipaksa. Sy sndri brdarah campur.

      0

      0
  61. LAMPIR says:

    dah tu.. yg ipah rajiah peluk laki org apa cerita..

    0

    0
  62. Hanez says:

    Alaaa…dia orang kucup kat dahi je…itu pun tak ada seksual feeling apa2. Sebab tu lah I ngan Bang Romy pergi Thailand sebab sana boleh buat macam2..JAWI tak leh tangkap…Auwwww!

    0

    0
  63. mat tere says:

    owner blog sila dalami ilmu agama. aku tgk post kau menjauhkan diri dri agama. semoga berubah.

    0

    0
  64. aulia says:

    aku sedih la tengok malaysia ni patut la banyak musibah. T.T

    0

    0
  65. B says:

    Setuju. JAWI mcm tk ada kerja lain.

    0

    0
  66. Lee chong wei says:

    Kalau JAWI ikhlas buat kerja alhamdulillah ….. Rasanya jawi kena panggil vvip melesia gak sebab peluk lee chong wei. Kalau x ada waran tangkap keluar … Hihihi

    0

    0
  67. Anonymous says:

    menyedihakan…..m’yebabkan luar negara m’agak m’sia sebuah negara tidak blh didekati.

    0

    0