Written by AbangNara | January 11th, 2015

Wow. Terkejut sungguh Abang Nara melihat video yang mempertontonkan aksi gadis Melayu bertudung dipeluk oleh artis Kpop lelaki. Abang Nara tak salahkan artis-artis Kpop ini. Diorang bukannya tahu batasan yang ditetapkan oleh agama Islam. Agak memalukan apabila gadis-gadis bertudung ini dengan muka malu-malu kucing merelakan diri mereka dipeluk. Syok kot dipeluk oleh penyanyi pujaan yang selama ini hanya ditatap di kaca TV. Confirm malam ini tak tidur lena.

gadis melayu dipeluk cium

yang nie confirm 1 bulan x mandi taknak kasi bekas ciuman hilang

 

Saksikan video yang sedang menjadi bualan 1 Malaysia di bawah ini:-


Aksi gadis-gadis ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berharap agar mereka kembali kepada lelaki Melayu yang hitam, gagah dan perkasa. Hehehe.

kpop

Sudah banyak komentar dan kritikan yang dilemparkan kepada gadis-gadis ini. Secara jujur, pihak penganjur juga sepatutnya memberi ‘briefing’ kepada artis-artis Kpop mengenai aksi yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Kalau konsert Mariah Carey bagai banyak sungguh pantang larangnya. Takkan artis Kpop senang je lepas kan? Walaupun Abang Nara belajar kat Korea dulu, tak ada mananya nak sokong perbuatan yang sebegini. Ia menjatuhkan maruah gadis Melayu.

kpop

Kalau tak silap, artis Kpop ini ialah kumpulan B1A4. Mereka telah membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam. Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen.

207 responses to (VIDEO)Gadis Melayu Bertudung Dipeluk Artis Kpop Jadi Bahan Bualan Satu Malaysia

  1. Anonymous says:

    Tak payah nak tindakan sangatlah. Nasihat dan bagi panduan saja kepada budak-budak tu dan penganjur. Kecoh-kecoh nak tindakan tapi masalah dan perbuatan lain yang lebih teruk tiada pula tindakan dan tidak sekecoh ini. Jika ini dikenakan tindakan, ini boleh membuatkan orang lain akan persoalkan tindakan kamu dalam menangani isu yang lebih teruk yang berlaku sebelum ini. Siapa yang malu? Melainkan perkara ini berulang lagi terhadap penganjur atau budak-budak yang terlibat, bolehlah kenakan tindakan.

  2. captain malaysia says:

    salam. . .
    -umat akhir zaman.
    -akhir dunia.
    -bila yg salah di nafi kan dan di halal kn.
    -bila yg benar dan baik di haram kan.
    -agama jadi mainan.
    -yang jahat berkuasa.
    -yang baik di anaiya dn tertindas.
    Sedih dan takut. .bertapa hina dan berdosa nya saya. .

  3. shahrul says:

    HARAMKAN SAJA ORG KAFIR NI DTG MALAYSIA..NAK PENINGKAN KEPALA BUAT APA? XDE PERKARA YG MEMBERI MANFAAT PUN KALAU DIORG DTG.. DIORG DH BAWA PENYAKIT NAK SUPPORT APA LG.. HINDARLAH JAWABNYA..KLU XDE PUNCA XDELA MASALAH..BETUL X? PASAL PEREMPUAN BERTUDUNG TUH MEMANG KITE XBOLEH NAK JAGA 100% ..WANITA MEMANG SELALU BAWA MASALAH..SO KITE HERO2 TERPILIH DAN BERAKAL KENALAH SELAMATKAN DRP BERULANG LG.. XRUGI PUN ORG KAFIR NI XDTG..BUKAN IKON ISLAM PUN..PIHAK BERWAJIB KURANG2KANLAH PROGRAM MCM NI.. KALAU PROGRAM BERCORAK ISLAM XPELA.. NAK MASYUK PUN BIARLA KENA DGN CARANYA… JAGA IMEJ NEGARA KLU NAK MALAYSIA DIKENALI NEGARA ISLAM..KALAU KITE XJAGA DR SKRG HANCURLAH MASA DEPAN NEGARA DISBBKAN PENGARUH LUAR..NAK CAKAP LEBIH PUN XPANDAIXPANDAI..SEKADAR BERPESAN2 LAH KITE SESAMA ISLAM.

    • Apahal says:

      Kalau ada brani ckp lah dgn najib

    • fangirl kpop girls group je says:

      sangat sokong pendapat ko yg jangan bagi org kpop/kafir dtg malaysia. tapi ko fikirlah negara kita ada banyak bangsa dan agama. ramai chinese girls yg minat kpop. kalau malaysia mengharamkan kpop mesti org cina tak puas hati. nanti tak tentu pasal bergaduh sampai mencaci agama kita pula.

  4. secreta says:

    Artis kpop dah tntu2 x tau. Pihak penganjur or org yg bertnggungjawab atas konsert ni spatutnya tahu hukum2 Islam dan artis kpop tu spatutnya diberitahu trlebih awal psl hal2 ni. Dan perempuan tu semua pon ptut tahu dan arif sbb dia dh tntu2 islam. Fangirling mcm mna skalipun, jgnlah menjatuhkan maruah sndiri, kluarga dn agama. Lagu2 agama. Tapi bila fikir balik, artis M’sia pon mcm tu jugak. Cuma yg nk ditekankan ialah dia bertudung dan dia mmbawak imej sebagai penganut Islam. Muka sipu2 malu, tertunduk tunduk tapi peluk mcm tu bapak or suami dia. Adakah yg sebaik-baiknya PM kena kuatkuasakan lagi penegasan terhadap agama? Atau adakah ulama aje yg kena ambil tindakan? Apa pun, agak susah nk banteras perkara mcm ni sbb seni tanahair juga ada unsur2 barat mcm ni. Apa perlu dilakukan? Fikir2 kan lah

  5. wak doyok says:

    woi minah2 betudong yg kene pelok kpork…bukak je la tudong tu kan senang. belom dapat hidayah dah lilit bagai nak rak, peer pressure namanya!

  6. hamba says:

    Sebenarnya kita(orang melayu) lah yang menjayakan budaya ni, walupun bukan semua tapi kebanyakan. Bukan kpop saje, industri filem,muzik,permodelan,iklan dan ape jua bentuk penyiaran. Cube kita tanya matikah orang melayu tanpa filem, kebuluran kah kiga tanpa muzik, kunokah kita tanpa model, atau mundurkah kita tanpa iklan???. Adakah kerajaan melayu melaka dulu maju dengan tv? Perdagangan melaka hebat dengan iklan??? Tanya juga diri kita apakah kegunaan tv, radio atau smartphone itu digunakan dengan wajar atau tidak. Mereka menjajah kita sewaktu kita sedar dan kita yang merelakan kita lah yang mendidik anak bangsa kita. Mereka hanya menambah racun dalam cara hidup kita tapi kita yang meyebarkan. . . .

  7. tohada says:

    aq sado ker comel????

  8. […] Malaysia yang pastinya bukan peminat Kpop. Tujuan utama pemboikotan ini sudah tentu mahu menghalang tragedi peluk memeluk yang telah berlaku ketika kumpulan B1A4 mengadakan fan-meeting di Malaysia. Saranan boikot ini telah dilakukan menerusi akaun Facebook […]