Written by serenity | October 3rd, 2012

Si cantik manis Emma Maembong yang semakin popular sejak membintangi drama Kau Yang Terindah beberapa hari lepas telah dikritik oleh seorang wartawan akhbar di satu ruangan pojok kerana memungkiri janji untuk ditemuramah. Khabarnya, Emma tidak muncul-muncul di tempat seperti yang dijanjikan sebelumnya dan tidak pula menghubungi wartawan tersebut  memberitahu untuk membatalkan temu janji.

Namun begitu, Emma Maembong telah memberitahu Mangga Online yang dia bukanlah seorang yang besar kepala.

Saya sepatutnya datang sesi fotografi pada pukul 11.00 pagi untuk memulakan bersolek. Malam sebelum itu saya demam teruk dan batuk-batuk kerana penat berlakon. Saya ada ambil ubat batuk yang membuatkan saya terlena.
 
Saya terbangun pada pukul 11.30 pagi. Memandangkan saya sudah terlewat, saya menghubungi wartawan tersebut mengatakan saya terlewat dan berusaha untuk ke studio fotografi. Semasa saya dalam perjalanan sekitar pukul 12.00 tengah hari, saya hubungi wartawan itu sekali lagi untuk memberitahu yang saya sudah dalam perjalanan.
 
Wartawan itu kata tak payah datang kerana jurugambar dan jurusolek sudah balik. Saya cakap kepada wartawan itu… tak apa saya panggil jurumekap lain dan saya bayar dia sebab saya benar-benar mahu memenuhi fotografi itu. Wartawan itu mengatakan dia sibuk dan tak dapat memenuhinya pada hari itu.
 
Apa nak buat, saya terpaksa patah balik kerana wartawan itu sendiri yang membatalkannya. Saya rasa saya sudah membuat perkara yang betul… saya sudah maklumkan kepada dia awal-awal lagi yang saya terlewat sebab ada masalah. Tak sangka lain pula yang digambarkan dalam gosip itu.
 
Memandangkan dia kata dia sibuk, saya cakap kepada dia untuk menetapkan tarikh lain dan saya akan memastikan mengosongkan aktiviti pada tarikh yang dia tetapkan. Tapi dia pula kata… dia tak boleh menetapkannya kerana belum tahu bilakah dia lapang.
 
Tiba-tiba terkeluar gosip yang memburukkan-burukkan nama saya. Saya ada hubungi dia lagi selepas gosip itu disiarkan dan saya anggap isu ini sudah selesai.

Begitulah cerita daripada pihak Emma. Memang sekarang ini musim orang demam dan batuk, dan kalau minum ubat batuk tidur pun jadi lena dan ada kalanya terbabas waktu sepatutnya terjaga. Mungkin Emma ada silap dalam menyampaikan ceritanya kepada wartawan tersebut dan berlaku sedikit salah faham, hanya mereka saja yang tahu.

Diharap Emma akan lebih berhati-hati lagi di masa hadapan. Kredit gambar Mangga Online.

64 responses to Emma Maembong Nafi Besar Kepala

  1. ish ish isshhhhh... says:

    wartawan pun byk gak yg propa…

    0

    0
  2. Politics! says:

    Yg si artis..dah tau ada sesi fotografi tak set alarm..Bangun lewat. Di-mana disiplin anda ? Yg si wartawan pulak, dah merajuk dan mereka2 cerita..Professional ke? Inilah dikatakan dunia hiburan..

    0

    0
  3. matahari says:

    Ntah apa2 punya wartawan. Emma dah explain tapi diciternya lain. ni namanya dah akhir zaman. fitnah merata2 tempat. kepada wartawan tersebut….bawak2 ler bertaubat. memanglah ni bidang keje awak….tapi biarlah berpaksikan pada perkara yg benar

    0

    0
  4. aku says:

    Terbangun pukul 11.30 pagi??

    Hrmmm..datang bulan ea dik?

    0

    0
  5. Aku says:

    Bangun pukul 11.30 ?? hrmmm..

    Datang bulan ea dik?

    0

    0
  6. matahari says:

    dalam kes macam ni, aku tak salahkan Emma coz aku pun pernah alami benda yg sama. klu makan ubat batuk.mmg selalunya mengantuk dan terlajak tido. anyway aku salute dgn dia sbb dia call wartawan durjana tu. x sesetgh artis yg buat derk aje klu dah lambat

    0

    0
  7. nyah perkasa says:

    wartawan hiburan tau nak buat citer bongok je

    0

    0
  8. mak senah come back.. says:

    ape kes bangun pukul 11.30pg ngan datang bulan.. ayat macam suci je.. kalo emma ni bangun subuh then tido balik sampai terbabas bangun lambat.. ko nak kate ape.. tak payah la cite macam ko sembahyang penuh sampai xpenah tinggal sembahyang walau satu waktu pon sapanjang ko hidup.. bajet perfect..

    0

    0
  9. :)........ says:

    biasalh dunia kewartawanan mmg mcm tu..salah sikit je akan dihentam teruk2..nak2 didunia hiburan yg penuh pancaroba ni dn nk2 jg bg artis2 yg bru nk naik ni semua…jd bg artis2 yg bru nk belajar2 ni hati2lh dilain kali… apapn apa yg brlaku pd emma msti ada hikmah disebalikny..dn tuhan menyanyanginy maka tuhan nk uji sejauh mana kesabaranny..msti akn ada lg ujian dr tuhan yg maha esa….harap emma dpat belajar dr pngalaman dn kesilapan..semoga emma brjaya dlm apa jua pn..:)

    0

    0
  10. jaja says:

    alahai, die ckp terbangun lambt pkol 11.30 pon nk jadi isu.. ape2 je. mmg suke nk cr salah org je.

    0

    0
  11. Orang surat kabar says:

    Bekerja di syarikat akhbar (support team),saya tak menyalahkan si artis di atas kerana memang banyak perangai “editor” yang meloyakan even untuk saya yang bekerja di samping mereka.Bagi saya,kedua-dua pihak harus bersikap professional.Dari cerita kedua-dua belah pihak,kita mampu untuk mentafsirkan sapa yang lebih bersikap professional atau tidak :)

    0

    0
  12. tanjung says:

    Wartawan kt mesia nie mmg super duper propa..kalo artis wt salah cket jerk truss dorg spin cter plus ader nasik tmbah lg utk dorg jatuhkn artis tue..dh jd satu keje plak utk artis2 baru nie nk kne sanjung dorg segala..puihhh laa..korg tue wrtawan jerk pn..xyh nk feeling vvip sgt laa smp sumer org kne sanjing korg..naseb laa si emma nie reti wt back up stetment..kalo x smp ke sudah laa org akn salahkn dier gara2 citer oleh wrtwn utusan tue..puihh..

    0

    0
  13. babyblue says:

    mana tangan dia dalam pic ni?

    0

    0
  14. Akubukannakbekap says:

    Wartawan hiburan mmg sampah

    0

    0
  15. Kepologi says:

    emma pakai bju cam tu cam x ad tangan jer aku tengok…

    0

    0
  16. sukesuki says:

    cantiknye emma nie… suke tgok wajah die yg lembut nie….

    0

    0
  17. nicky says:

    artis citer lain, wartawan citer lain..
    ntah ape2 lah industri kita ni

    0

    0
  18. wan says:

    ni la wartawan bila artis elok nk dtg dia pulak yg buat masalah pastu buat cerita burukkn si artis padahal silap sendiri xpernah nak nampak…sudah-sudahlah burukkan orang kepada wartawan ni….

    0

    0
  19. amnia says:

    dalam dunia hiburan ni yg poyo & menyombong x bertempat sumenye org2 celah tabir mcm wartawan,krew,mekap artis,wardrobe tu sume..artis xde la sume blagak diva..dh paham sgt..

    0

    0
  20. Propa says:

    Sapa reporter tu? Zubir ke??? Nasihat utk ko Emma, in future take note, jgn terkene ngan Zubir sudah…xyah layan trus kalo boleh…abis sumer artis baru dah terkena ngan si Zubir tu…

    0

    0
  21. Kepologi says:

    emma ni lembut jer wajahnya..dia lebih cantik dari lofa..kalau lofa mudah jemu tengok muka dia..tpi bila tengok emma x mudah jemu….

    0

    0
    • emma watson says:

      yup aku setuju..emma ni cantik n lembut je tgok..tak jemu2..lofa aku pon rasa jemu gak..berlakon pon xbest..

      0

      0
  22. Saja says:

    biasalah..wartawan kan propa jer y lebih..tpi ada juga la wartawan y ok..kadang tu ad gak salah artis tu sendiri…

    0

    0
  23. ctz7 says:

    emmal lagi cantik dr lofa

    0

    0
  24. mel says:

    skg ni sape nk pcya ckp wartawan???auta sume tu…emma…jdkn ini pengajaran lh ea…hmmmm…

    0

    0
  25. Dekmi says:

    Kan aku dah cakap…Si Syed Wartawan Propah…dia ingat di je betul. Happrak punya wartawan hitam sekor ni. Low class journalist!…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Kalo x jek wartawan, susahlah artis2 nak cari mkn..wartawan m’sia ni mesti kena ampu dia, baru dia cite bagus2..kalo x..mcm ni le citenyee…ish3

    0

    0
  27. sesiapa says:

    tabik kat emma sebab mengaku terlajak tidur. at least tak guna alasan ‘terkena buatan orang’ ahahhaha

    0

    0
  28. narayot says:

    wartawan pondan kaki sentap!ptuiihh

    0

    0
  29. eton says:

    mati2 aku igt tngan dia kudung hahahahahahah

    0

    0
  30. Anonymous says:

    sume ingt tangan die kudung kikiki

    0

    0
  31. ak insaf x heboh pon.. says:

    ak harap artis boikot wartawan2 ni…hadap facebuk twiter 247 pon bleh glemer gak…bia si wrtwan2 tu rasakan…kdg2 tu gram gak wrtwan mesia ni ramai kaki fitnah…suap anak bini ngan duit camtu…ptt la kalo sakit main 3 4 mggu lam spital..prot buncet…

    0

    0
  32. gigi emas says:

    Saman je le wartawan bodoh yg buat fitnah tu….ape ke jadahnye nak kaw tow kat
    wartawan yg cetek ilmu….

    0

    0
  33. Anonymous says:

    gtrhtrh

    0

    0
  34. Anonymous says:

    wartawan hoburan memang banyak yang syok sendiri, desperate nak glamor, tak caya tengok wartawan melodi, buat segmen cam artis takde maruah
    standard aaaa… melayu jatuhkan melayu, bodohkan

    0

    0
  35. Anonymous says:

    wartawan hiburan memang banyak yang syok sendiri, desperate nak glamor, tak caya tengok wartawan melodi, buat segmen cam artis takde maruah
    standard aaaa… melayu jatuhkan melayu, bodohkan

    0

    0
  36. lord perry says:

    ko jgn layan pondan meroyan ni..biar dia tak dpt kejar dateline dia..baru tau langit tinggi ke rendah..”Emma Maembong besar kepala” ayat tanak kena bambu ngn bos le tu…pondan buli budak sekolah…

    0

    0
  37. betul says:

    wartawan kat malaysia ni memang bangang2. suka tutup periuk nasik org.

    0

    0