Emma Maembong Nafi Besar Kepala

Hiburan

Emma Maembong Nafi Besar Kepala

Si cantik manis Emma Maembong yang semakin popular sejak membintangi drama Kau Yang Terindah beberapa hari lepas telah dikritik oleh seorang wartawan akhbar di satu ruangan pojok kerana memungkiri janji untuk ditemuramah. Khabarnya, Emma tidak muncul-muncul di tempat seperti yang dijanjikan sebelumnya dan tidak pula menghubungi wartawan tersebut  memberitahu untuk membatalkan temu janji.

Namun begitu, Emma Maembong telah memberitahu Mangga Online yang dia bukanlah seorang yang besar kepala.

Saya sepatutnya datang sesi fotografi pada pukul 11.00 pagi untuk memulakan bersolek. Malam sebelum itu saya demam teruk dan batuk-batuk kerana penat berlakon. Saya ada ambil ubat batuk yang membuatkan saya terlena.
 
Saya terbangun pada pukul 11.30 pagi. Memandangkan saya sudah terlewat, saya menghubungi wartawan tersebut mengatakan saya terlewat dan berusaha untuk ke studio fotografi. Semasa saya dalam perjalanan sekitar pukul 12.00 tengah hari, saya hubungi wartawan itu sekali lagi untuk memberitahu yang saya sudah dalam perjalanan.
 
Wartawan itu kata tak payah datang kerana jurugambar dan jurusolek sudah balik. Saya cakap kepada wartawan itu… tak apa saya panggil jurumekap lain dan saya bayar dia sebab saya benar-benar mahu memenuhi fotografi itu. Wartawan itu mengatakan dia sibuk dan tak dapat memenuhinya pada hari itu.
 
Apa nak buat, saya terpaksa patah balik kerana wartawan itu sendiri yang membatalkannya. Saya rasa saya sudah membuat perkara yang betul… saya sudah maklumkan kepada dia awal-awal lagi yang saya terlewat sebab ada masalah. Tak sangka lain pula yang digambarkan dalam gosip itu.
 
Memandangkan dia kata dia sibuk, saya cakap kepada dia untuk menetapkan tarikh lain dan saya akan memastikan mengosongkan aktiviti pada tarikh yang dia tetapkan. Tapi dia pula kata… dia tak boleh menetapkannya kerana belum tahu bilakah dia lapang.
 
Tiba-tiba terkeluar gosip yang memburukkan-burukkan nama saya. Saya ada hubungi dia lagi selepas gosip itu disiarkan dan saya anggap isu ini sudah selesai.

Advertisement

Begitulah cerita daripada pihak Emma. Memang sekarang ini musim orang demam dan batuk, dan kalau minum ubat batuk tidur pun jadi lena dan ada kalanya terbabas waktu sepatutnya terjaga. Mungkin Emma ada silap dalam menyampaikan ceritanya kepada wartawan tersebut dan berlaku sedikit salah faham, hanya mereka saja yang tahu.

Diharap Emma akan lebih berhati-hati lagi di masa hadapan. Kredit gambar Mangga Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...