Written by Bella | January 29th, 2016

Bertindak untuk memfailkan cerai sekitar dua tahun lalu, Farah Asyikin mengakui beliau menerima pelbagai kritikan dan tomahan dan dianggap sebagai pihak yang bersalah oleh sesetengah pihak.

Walaubagaimanapun, beliau akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kes tersebut selesai semalam apabila Farah dan suaminya Zaahier Stanley sah bercerai talak satu secara tebus talak semalam.

Sebelum tiba di mahkamah perasaan saya kebas kerana sudah hampir dua tahun kes ini tidak selesai. Sepanjang tempoh itu banyak tohmahan diberikan kepada saya kerana tanggapan kononnya saya yang bersalah dalam hal ini. Alhamdulillah ia akhirnya selesai dan segala-galanya sudah berakhir.

Jelas Farah beliau tidak pernah berniat untuk mendedahkan masalah rumah tangganya meskipun sering dianggap semuanya berpunca daripada beliau sendiri, tetapi segala masalah rumah tangga beliau yang dijelaskan oleh hakam mahkamah pada perbicaraan kes beliau semalam, sudah membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan mengetahui punca sebenar Farah membuat keputusan untuk bercerai.

Saya tidak pernah berhasrat untuk mendedahkan apa yang berlaku dalam rumah tangga kami biarpun ramai menyalahkan saya tetapi dengan apa didedahkan hakam semasa perbicaraan sudah terjawab semuanya.

Tidak berfikir untuk menoleh kebelakang saya ingin teruskan kehidupan seperti biasa dan fokus kepada anak kami yang semakin membesar.

Selalunya bila seorang wanita bertindak untuk memfailkan cerai pasti masyarakat akan beranggapan mereka sebenarnya punca rumah tangga bergolak, tidak boleh tolak ansur, derhaka pada suami dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu bahawa hati wanita ini selagi dia boleh sabar selagi itulah mereka akan setia tetapi jika perbuatan suami sudah melampaui batas,takkanlah hendak berdiam diri sahaja bukan?

Sumber Berita: mStar Online

20 responses to Dikritik Kerana Dedahkan Masalah Rumah Tangga: Farah Asyikin Lega Akhirnya Dibuktikan Tidak Bersalah

  1. Anonymous says:

    kita kena ingat kentut itu nikmat ALLAH

    0
    0
  2. Anonymous says:

    yang dijelaskan oleh hakam mahkamah pada perbicaraan kes beliau semalam,…hakam…typo lagi ke

    0
    0
    • banyakkan membaca says:

      mmg hakam la.. jawatankuasa yg ditubuhkan oleh mahkamah, hakam ni juga yg melafazkan cerai bg pihak suami bila suami enggan nk lafazkn cerai

      0
      0
  3. Anonymous says:

    siapa farah asyikin ni sebenarnya?

    0
    0
    • Dah besar panjang... says:

      masa malaysian idol korang yg tk kenal beliau tu sebenarnya korang masih kocik2 hinggusan meleleh hijau lagi tau tak…

      0
      0
    • masa muda dah berlalu says:

      farah ni terkenal jugak dulu… pandai joget..artis lincah jugak dulu…dia lagi tiptop klau tang menari…

      0
      0
  4. AAK says:

    Siapa minah ni?

    0
    0
  5. Anonymous says:

    bekas malaysian idol.. tak ingat dia dapat no berapa.. tapi 5 yang terbaik la.. pegi final

    0
    0
  6. milah says:

    emmm…HAKAM pun xtaw…blaja lg. bukan typo ok.

    0
    0
  7. banyakkan membaca says:

    mmg hakam la.. jawatankuasa yg ditubuhkan oleh mahkamah, hakam ni juga yg melafazkan cerai bg pihak suami bila suami enggan nk lafazkn cerai

    0
    0
  8. wak lu says:

    dia ni bukan dh penah kawen ke dulu?? ni husbdand ke2??

    0
    0
  9. Mooza says:

    Selalunya masyarakat kt akan pandang serong kalau ppuan minta cerai… Ppuan xakan senang nak minta fasakh / cerai kalau betul2 dia xblh hadap lagi… semoga Farah tabah dan mdpt khidupan yg lbh baik lagi,,, Ameen

    0
    0
  10. mami seleb says:

    suka lagu iklan salem dulu dia nyanyi.. di mana kau yang ku cinta..di mana kau yang ku rindu..hilang tak mungkin berganti..sedap gak wey

    0
    0