Written by AbangNara | September 26th, 2014

Satu ketika dahulu, rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak pernah menjadi perbualan hangat kerana lakonan mereka di dalam filem Tiga Hari. Mana tidaknya, salah satu babak di dalam filem tersebut menyaksikan ada dialog yang berkaitan cerai yang telah dilakukan. Kontroversi ini menjadi tumpuan ramai sehingga menyaksikan mufti Perak menasihati pasangan ini agar rujuk kembali.

vanidah imran

Namun tidak berapa lama kemudian, kontroversi tersebut kembali sejuk dan mereka berdua dilihat menjalani kehidupan seperti biasa. Namun baru-baru ini ura-ura mengenai keretakan rumah tangga mereka kembali bertiup kencang. Ditanya mengenai kebenaran ura-ura bakal bercerai itu, Vanidah Imran menyarankan agar mana-mana pihak yang menimbulkan dakwaan itu merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah terlebih dahulu. Kata Vanidah:-

Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya. Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami.

vanidah imran

Menurut Harian Metro, ada sumber yang mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan yang lalu. Dikatakan punca kerenggangan rumah tangga mereka ialah akibat kontroversi di dalam filem 3 Hari pada tahun 2012. Apa pun Abang Nara harap ini hanyalah ura-ura dan bukan kenyataan. Sayang pula kalau perkahwinan pasangan merpati 2 sejoli ini berakhir dengan perpisahan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Desas-Desus Penceraian, Vanidah Imran Tak Ada Apa Nak Sorok

  1. Me says:

    Moga tak jadi seperti yang digempar-gempurkan.Saya suka pasangan ini.

    0

    0
    • miss ynwa says:

      plezzz jgn bercerai vanida & shidi,..korg sweet
      pasangan laki bini yg aku nak nengok
      bahagia sampai ke tua huhuhuhuhuhuh

      0

      0
    • kahwin says:

      pasangan yg paling cool..romantik..harap diorg kekal dlm ikatan perkahwinan..rasanya dah belas2 tahun kahwin..moga berkekalan

      0

      0
  2. sudu says:

    Kalau dah ura-ura, tak payah la buat entry nara oiii…..tak tau makna FITNAH ke?

    0

    0
  3. nenek kau says:

    suka dengan vee..harap2 ni hanya rekaan media..

    0

    0
  4. hj amir says:

    nara adalah pemfitnah…

    xkira ura ke kura..benda x sah disebarkn

    0

    0
  5. mamalova says:

    kesian anak bini nara..makan duit hasil jaja cerita aib orang..hasil menyebarkan fitnah..

    0

    0
  6. sentap says:

    eh tak tengok ke cite 3 hari.. mane ade babak bercerai antre vee n shidi.. cmaner nak rujuk kalu memang takde cerai.. to both of u, jangan la bercerai.. anda couple plng sweet dan free dr kontroversi…

    0

    0
  7. Anon says:

    Pasangan ni adalah contoh suami isteri artis yg bahagia. artis lain yg seangkatan V n suami byk dh brpisah. sayang la klu hubungan dia dua ni berakhir.

    0

    0
  8. Entah le says:

    harap2 hnya gossip jer…aku suka pasangan ni..vanidah ni cantik…muka dia lembut jer…klau ckp pn sopan jer..sblm ni pn jarang dgr cite pasal uma tangga dia org…

    0

    0
  9. mawar seri says:

    org2 ni kan…suka sgt tgk hidup org lain musnah kan……..setuju sgt dgn kak vee..klu betol tunjuk kan prove mahkamah…. cerita sejengkal yg blom tentu betol dh jd beria ria panjang senjengkal…..

    0

    0
  10. Ibu Merah@5469 says:

    Ya Allah, selamatkanlah rumahtangga mereka ( V dan Shidi ) dan kami semua dari keruntuhan.Carilah jalan penyelesaian yg terbaik, elakkanlah perceraian. Saya suka pasangan dan keluarga ini. Boleh jadi contoh pada pasangan artis yang lain.Jarang dgr gosip yg bukan2 tentang mereka.

    0

    0
  11. nana says:

    kalau mereka ada rasa macam tak kena dalam perhubungan suami isteri sekarang, elok lah mereka merujuk kembali status pernikahan mereka kalau nak selamat. Bukan apa,.. takut takut kene bahang akibat berlakon dalam cerita itu yang mungkin ada betulnya seperti yang dinasihat mufti perak seketika dulu. Nasihat orang alim ulamak tak boleh dipandang ringan sebab mereka boleh menilai sesuatu keadaan dengan mendalam atas keilmuan yang mereka pelajari.dan menimba untuk membimbing para muslimin kearah jalan allah swt.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    kadang retis ni kita tgok mcm bahagia jer…ad y jarang dgr uma tangga dia org bergolak…tup2 bercerai..mcm nurul ajai..noraniza…

    0

    0
  13. damai says:

    Nara, nara, jgn lah keluarkan cerita yg blm benar. Assumption akan jadi fitnah dan berat fitnah tu nara. U want to become blogger, be a smart blogger dont just copy and paste. ur entry kebanyakkan copy and paste. kesian u nara. N while people comments do you read the comments, some yg comment melampau knp dipublished yea Nara, Please be smart blogger and not copy and paste blogger

    0

    0
  14. maklong says:

    Maklong selalu nampak vanida kat OUM. Diharap Vanida dan Rashidi bermuhasabah , sbb korang 2 ni terpelajar dan berpelajaran. Bukan cokia cokia punya fikiran….OK

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Pasangan ini nampak serasi. Jangan jadikan filem 3 hari tu sebagai punca keretakan. Itu hanya la lakonan. Dan mereka dibayar untuk meluahkannya bukan dengan niat .

    0

    0
  16. Tenang says:

    Bagus lah klau bercerai , bukan apa laki dia dayus mmbenarkan istri dgn lelaki lain dlm lakunan. Bikin laki byk dosa aje. Afdlin pun satu takda pelakon wanita lain kah mmegang watak tu. Asyik panggil VI to join in. Btw VI udah tak bole bawa watak org muda. Penonton udah bosan tengok pelakon lama yg bersuami mmegang watak org muda. Lain lah klau udah janda yg masih muda & punya babyface.

    0

    0
  17. ulala says:

    tolong laa jangan bercerai.. korang sweet couple.. pleaseeeeeeeeeeee :'(

    0

    0
  18. ulala says:

    tolong la jgn bercerai. korang sweet couple. sayang sgt kalau bercerai. please V n shidi………. :'(

    0

    0
  19. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    kalau dh tk sehaluan n dh tk sayang lagi lebih baik cerai aje ada jugak faedah Nye kannnnn…

    0

    0
  20. Masita Said says:

    kak vanidah cantik and graceful….. dia dah managed her life excellently these years… saya pasti… dia mesti tahu apa yang dikatakannya….

    0

    0
  21. belut says:

    sy harap x benar sb sy syg both of you..

    0

    0