September 24th, 2012

Membaca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, Abang Nara menjadi pelik kerana mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi Islam.

vanidah rashidi rujuk

Mufti Perak memberikan pandangan ini merujuk kepada dialog di bawah yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai

Berikut ialah ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria:-

Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

vanida rashidi

Selepas bertanya menerusi Twitter, rata-rata yang sudah menonton filem ini memberitahu yang lafaz cerai telah dilakukan oleh Rashidi Ishak kepada Ayu Raudhah. Namun itu tidak menjadi persoalan kerana mufti Perak merujuk kepada dialog di atas. Apa pun diharap Vanida dan Rashidi mengikut saranan dan segera mendapatkan pendapat mereka yang lebih arif.

P.S: Fesyen topi yang pelik teramat sangat.


182 responses to “Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk”

  1. Yellow Tulip says:

    kesian kat dorg kan.. tak pasal2 jadi isu pulak dgn dialog tu. dlm byk2 pelakon kat malaysia ni boleh pulak dorg yg terpilih wpon bukan shidi n vee yg bercerai dlm cite tu…

  2. measme says:

    rasenye shidi kata kite kahwin then 3 hari mnx cerai bukan dilafazkan antara hubungan diorg..shidi ckp untuk pasangan masing2 (vanidah n afdlin) (shidi n ayu raudhah)..kenapa kena rujuk eh?dialog above not untuk antara dorg berdua kan?
    #can anybdy explain?

  3. kambing says:

    ikut ja cakap mufti, depa lg tau….kita manusia kalau salah segeralah bertaubat.jgn banyak alasan mcm zarina anne julie dgn syarifah sofia

  4. Anonymous says:

    bodo

  5. Jabatan mufti bodoh says:

    Korang yg mengutuk dan komen xguna akal sama je standard dgn mufti bodoh, tahap Lembu

Loading...