Written by AbangNara | January 26th, 2015

Hamil. Mengandung, Pregnant. Itu adalah impian setiap wanita yang bergelar isteri. Pernah tertekan kerana sering ditanya tentang kehamilan selepas bergelar isteri kepada Yusry, kini sekali lagi desas-desus tentang kehamilan Lisa Surihani kembali menjadi perbualan orang ramai. Walaupun sehingga ke saat ini tiada sebarang pengakuan/penafian terbit daripada mulut Malaysian’s Sweetheart ini, ternyata keterujaan untuk melihat Lisa Surihani hamil telah menyebabkan ribuan peminatnya membanjiri Instagram pelakon ini dan mengucapkan tahniah.

lisa surihani hamil

Untuk makluman, Lisa Surihani dan Yusry telah pun bergelar suami isteri sekitar bulan Februari 2012. Satu ketika dahulu satu artikel menyatakan yang Lisa Surihani pernah keguguran telah pun menjadi bualan ramai. Desas-desus kehamilan Lisa Surihani ini kembali bertiup kencang selepas Cik Pang menerusi ruangannya di Harian Metro menulis panjang lebar tentang berita ini. Tulis Cik Pang:-

Kita tidak tahu kesahihan cerita ini sebab yang me­nyampaikan kepada Cik Pang pun belum dapat pengesahan daripada tuan empunya badan. Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. Teman Cik Pang yang dapat berita ini pun risik-risiklah kepada tuan empunya badan.

Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap “Malaysian Sweet­heart” sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular itu.

Teman Cik Pang yang cuba menghubungi Lisa untuk mendapatkan pengesahan apakah benar berita gembira seperti disampaikan sumber itu. Bagaimanapun, Lisa enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Bagi menghormati pendirian Lisa, teman Cik Pang pun terus tutup buku.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal. Pesan orang-orang tua sendiri yang Cik Pang ingat, kalau kan­dungan masih awal tidak bagus dicanang-canangkan dan mungkin juga Lisa mengikut saranan itu.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang Cik Pang dengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim yang tahu. Cik Pang tahu isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai tidak benar apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.

Andai itu berlaku, Cik Pang mohon maaf. Tapi sebenarnya Cik Pang seperti juga peminat Lisa yang lain mengharapkan perkara yang baik dan indah berlaku dalam hidup pasangan romantis ini.

Jika berita yang Cik Pang dengar ini tidak benar, Cik Pang harap Lisa dan Yusry akan menganggapnya sebagai doa dari Cik Pang untuk mereka agar cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

lisa surihani hamil

Selalunya memang kalau awal-awal kehamilan tidak digalakkan untuk memaklumkan berita kehamilan kepada orang luar. Takut apa-apa terjadi. Namun bak kata Cik Pang, walaupun benar atau tidak berita ini, sekurang-kurangnya ia menjadi doa buat Lisa Surihani dan Yusry agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Senang cerita, sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada empunya badan sendiri. Sementara menanti, sama-samalah kita doakan agar berita ini benar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Desas-Desus Kehamilan Tersebar, Peminat Ucap Tahniah Kepada Lisa Surihani

  1. Anonymous says:

    kalau betol tahniah.. yela awal2 kehamilan x elok diheboh2 bimbang jd ape2..tpi hepi for both of you.. mesti comell mcm lisa..

    0

    0
  2. rita says:

    kalau America’s sweetheart, Julia Roberts.
    kalau Malaysia’s sweetheart, lisa surihani.
    memang berkenan dengan dia ni. hope bagi lisa relax2, jaga kandungan. dapat baby nanti confirm cute mcm mommy dia.

    0

    0
  3. phuiii says:

    org xmo bgth jgn sibuk boleh tak wartawan2 sadis sekian…sampai masa dia announce la….

    0

    0
  4. Musykil says:

    kalau awal2 kehamilan tak boleh dihebahkan, ada hadis menyokong ke? tertanya2 juga. Kenyataan ni berdasarkan adat atau agama? just curious

    Kalau kita mempercayai menyebarkan awal kehamilan mendatangkan nasib tak baik pada kandungan, adakah dikira khurafat?

    0

    0
    • hi... says:

      Bkn sbb khurafat @ apa… kebiasaan awal trimester mcm2 bole jadi… kedudukan bby xkuat lg. Pelbagai kmgkinan bole jd. So dr bgtau awal & jd pkara x elok, sstgh org lbh suka diamkn dulu. Tu je. Jgnla pikir sume bnda tu bkaitan khurafat.

      0

      0
      • musykil says:

        terima kasih atas penerangan. cuma tertanya2 je. Adakah orang takut nak umumkan awal trimester sebab takut jadi apa2 pada kandungan. Bukan ke itu semua ketentuan Allah. Kalau sembunyi kot macam mana pun, kalau Allah tak izinkan, tetap tak ada.
        Sebab ada kawan yang dah selamat lahirkan anak, baby meninggal saat lahir pun. Semua dah tahu pun dia akan ada anak. faham tak maksud saya?

        0

        0
      • Musykil says:

        Saya sendiri pernah gugur dan kena marah dengan orang2 tua sebab saya bagi tahu family yang saya mengandung. Dorang kata sebab kau bagitau la kau gugur. Ada kaitan tak?

        0

        0
    • Anonymous says:

      pada pendapat sy kalo hamil seelok2nye tunggu kandungan usia 3bln keats…kalo setakat 3-4minggu ni baik diamkan dulu…sbnrnye x slh diamkn…kalo bgtaw org awl sgt,if berlaku keguguran kite jugak yg sedih trmasuk org sekeliling..if kite diam2 xnk bgtaw org tp still jugak berlaku keguguran sekurg2nye org xkn taw…n org xkn sedih..cume kite n suami je la yg sedih….

      0

      0
  5. oligo says:

    Tetibe rasa kesian dengan Siti. Takpe la rezeki Allah ada la tu untuk mu nanti Siti. Anyway kalau betul, tahniah ya LiSA! Mesti comel baby nanti!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Terbukti yusri tak mandul. Tahniah lisa

    0

    0
  7. aku says:

    kalau betul alhamdulillah

    0

    0
  8. Krios says:

    terbaik la yusry, akhirnya…terbukti jua, semoga selamatlah si ibu dan si anak sepanjang tempoh mengandung ni. amin.

    0

    0
  9. yda says:

    alhamdulilah. tahniah

    0

    0
  10. pganti Datin Semah says:

    Tok Ti juga yg mandul.jgn salahkan Tok K.yg plg subur Che Ta.tak sampai sbln kat ranjang,terus berisi.jap lagi pasti ada yg sentap aku.pduli apa.

    0

    0
    • serindah says:

      kalau pernah beranak pada awal 20-an, memang umur 40 masih subur lagi. semua pempuan gitu…tapi kalau tak pernah beranak pada usia 20-an, nak ada anak tu mmg susah sikitlah. sbb tu org galakkan kahwin awal.

      0

      0
  11. pganti Datin Semah says:

    Tok Ti juga yg mandul.jgn salahkan Tok K.BTW,Che Ta yg plg subor,tak sampai sbln kat ranjang terus brisi

    0

    0
  12. Anonymous says:

    saya rasa semua artis xperlula nak over klu pregnant.diam2 sudahla klu tiba2 allah xbgi mcm mana sendiri juga yg malu….

    0

    0
  13. aleesya damia says:

    saya rasa semua artis xperlula nak over klu pregnant.diam2 sudahla klu tiba2 allah xbgi mcm mana sendiri juga yg malu….

    0

    0