Akhirnya Chef Wan kita bakal bergelar Dato’ @ Datuk pada hari ini, 1 Februari 2010. Tahniah kami ucapkan kepada Chef Wan. Sememangnya pangkat ini memang wajar diberikan kepada anda kerana susah-payah anda mempopularkan Malaysia melalui rancangan masakan anda. Kami ucapkan jutaan tahniah. Sememangnya Chef Wan deserve gelaran Dato’ ini.
Dulu kami pernah tertanya-tanya kenapa Chef Wan tak pernah dapat Dato’ sedangkan Shah Rukh Khan yang tak ada kaitan dengan Malaysia pun dah dapat. Rupa-rupanya selama nie dah 4 kali gelaran Dato’ nie ditawarkan kepada Chef Wan. Tapi dia terpaksa menolak sebab tak bersedia lagi. Tapi tawaran kali ke 5 nie akhirnya diterima jugak.
Satu benda kami respek pada Chef Wan ialah permintaan beliau agar orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran Dato’. Just panggil Chef Wan atau Abang Wan macam dulu pun dah ok dah. Nampaknya chef terhebat Malaysia nie tetap maintan rendah diri. Kami suka dan kagum dengan Chef Wan.
Lepas nie kena tunggu gelaran Datuk untuk anak Serina la plak. Hehehe.