Betty Benafe Ragu-Ragu Untuk Teruskan Perkahwinan

Hiburan

Betty Benafe Ragu-Ragu Untuk Teruskan Perkahwinan

Aduh. Sedih pulak Abang Nara membaca perkembangan terkini Betty Benafe ini. Rasanya semua tahu yang Betty sudah pun bertunang dengan seorang jejaka Lubnan yang bernama Bruce. Menurut perancangannya, mereka berdua akan berkahwin pada 8 Disember ini.

betty benafe batal perkahwinan

Advertisement

Namun kini, Betty sudah ragu-ragu sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau membatalkannya. Kad kahwin sudah diedarkan sepenuhnya. Berkata kepada BiPop, banyak masalah yang timbul ketika pertunangan mereka. Kata Betty:-

Terlalu berat untuk saya membuat keputusan. Kini, saya berada di persimpangan dilema, sama ada meneruskan atau membatalkan perkahwinan. Saya tahu, saya dan keluarga akan malu jika membatalkan perkahwinan ini, hampir 200 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu. Tapi jika saya berkahwin untuk bercerai, tiada gunanya juga. Saya terlalu menyayangi Bruce. Sebelum bertunang dulu, kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimanapun, sebaik bertunang dan tempoh perkahwinan yang tidak sampai sebulan, banyak masalah yang timbul

betty benafe batal perkahwinan
Biasalah tue adat dalam pertunangan. Darah tengah manis. Gaduh itu perkara biasa. Cuma perlu dikawal agar tidak merebak. Apa pun kalau betul memang bakal berakhir dengan penceraian, Abang Nara sarankan batalkan je perkahwinan ini. Malu sikit tak apa daripada jadi janda. Tak gitu? Apa kata anda?

P.S: Keganasan Israel di Gaza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...