Written by AbangNara | May 20th, 2015

Akhirnya selepas sekian lama berdiam diri, bekas pengurus Tegar iaitu  Muhammad Arif Dollah kembali bersuara untuk mempertahankan dirinya. Kali terakhir berita tentang Arif Dollah ialah desas-desus dirinya ditahan oleh polis Singapura selepas Tegar membuat laporan polis di sana. Muncul memaklumkan dirinya tidak bersalah, Arif Dollah bakal menyeret pihak yang menuduhnya melakukan gangguan seksual termasuk anak tirinya, Sufie Rashid.

arif dollahSufie Rashid sebelum ini telah mendakwa dipaksa melakukan seks oral oleh Arif Dollah ketika usianya 13 tahun. Namun menurut Arif, dakwaan tersebut adalah palsu dan mengaibkan dirinya. Malah Arif Dollah juga mengakui tahu siapakah dalang di sebalik tuduhan-tuduhan ini dan akan mendedahkannya kelak. Kata Arif:-

Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya. Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah.

Saya tahu tetapi saya mahu lihat terlebih dahulu sejauh mana mereka ingin menjatuhkan saya. Segala bukti ada di tangan saya namun saya tidak akan dedahkan buat masa sekarang.

Tambahan pula saya tidak mahu menggangu siasatan yang sedang berlangsung di Singapura dan tidak memburukkan lagi keadaan tetapi saya akan dedahkan juga nanti.

sufie rashid

Sufie Rashid, anak tiri Arif Dollah

Menariknya laporan polis yang dilakukan oleh Tegar di Singapura adalah berbeza dengan apa yang dimaklumkan di sidang media. Malah menurut Arif Dollah, tiada langsung disebut tentang gangguan seksual di dalam laporan tersebut. Hmmm. Pening juga sebenarnya untuk mengetahui pihak mana yang bercakap benar. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun, baca artikel ini sepenuhnya untuk temuramah lengkap Arif Dollah dan Mstar Online.

Bagaimana perkembangan terbaru tentang dakwaan anda melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia, Tegar?

Tegar membuat laporan di Kompleks Balai Polis Cantonment, Singapura pada 31 Mac lalu dan saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut. Saya memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak polis dan menjawab semua soalan mereka berhubung isu tersebut.

Apakah yang ditanya oleh pihak polis semasa siasatan?

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenainya tetapi laporan yang dibuat Tegar terhadap saya langsung tiada kena mengena dengan gangguan seksual seperti hebat diperkatakan dalam media sebelum ini.

Saya juga pelik kerana perkara itulah yang dicanang-canangkan kepada media tetapi laporan polis di Singapura pula berbeza.

Pada pendapat Arif mengapa Tegar tiba-tiba mengubah ceritanya semasa buat repot polis di Singapura?

Saya sendiri tidak pasti kenapa tetapi sejak awal lagi ceritanya tidak pernah konsisten berdasarkan fakta selain sering berubah-ubah.

Tetapi dia mungkin sedar apabila seseorang itu membuat laporan di Singapura, peraturannya tiada sesiapa dibenarkan untuk bersama-samanya dan cerita diberikan kepada pihak polis langsung tidak menyebut mengenai gangguan seksual yang saya lakukan kepada dia.

Siapa sebenarnya Tegar di mata anda sebagai bekas pengurus?

Tegar adalah seorang individu yang baik dan mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap keluarganya dalam menyara kehidupan mereka.

Sebab itu saya kasihkan dia. Setiap hari sebelum tidur dia akan mengadu kepada saya tentang kebimbangan dan masalahnya. Malah sebelum tidur dia akan meminta saya membacakan doa untuknya supaya dia dapat tenang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang penyanyi.

Dia sangat muda untuk memahami banyak perkara dalam hidupnya tetapi pada masa sama dia tahu dia perlu berbuat demikian bagi menggembirakan orang disekelilingnya.

Tegar pernah memberitahu saya dia ingin berhenti menyanyi kerana enggan lagi dipergunakan oleh keluarga dan orang disekelilingnya.

Pelbagai tuduhan dilemparkan Tegar terhadap anda. Apa perasaan sebenar anda terhadap dia sekarang?

Jujur saya kasihan kepada dia kerana saya tahu segala cerita disebalik apa yang berlaku dalam hidupnya. Saya orang paling rapat dengan dia sebelum ini. Ramai yang marahkan saya kerana berasa simpati dan kasihan kepadanya tetapi saya tahu dia juga mangsa dalam hal ini demi kepentingan pihak tertentu.

Tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur bukan sesuatu yang ringan. Apakah impak terhadap anda sehingga hari ini?

Banyak impaknya, kerana 70 peratus yang membaca atau mendengar cerita tersebut mempercayai saya melakukannya dan dari segi profesional ia menutup periuk nasi saya. Saya bukan baru dalam bidang ini tetapi ia kali pertama berlaku terhadap saya.

Jika benarlah saya melakukan perbuatan terkutuk itu kenapa baru sekarang Tegar membuka mulut? Wahal saya sudah bersama dia selama setahun dan dia ada peluang yang cukup banyak untuk mendedahkan perbuatan saya.

Ada satu tuduhan mengatakan Tegar tak selesa apabila anda mengajaknya mandi bersama termasuklah meletakkan kemaluan anda pada badannya. Apa komen anda?

Saya sangkal mengenai dakwaan tersebut. Buktikanlah! Ada juga tuduhan mengatakan saya meliwatnya tetapi kenapa tidak membuat pemeriksaan di hospital?

Kami tidur di hotel bukannya berdua malah turut ditemani oleh pembantu. Mana mungkin saya dapat lakukan perkara itu dengan adanya orang lain di dalam bilik yang sama. Seperti saya katakan, semua tuduhan itu ada niat jahat dan menjadikan saya sebagai kambing hitam!

Anda tahu siapa dalang disebalik semua ini?

Saya tahu tetapi saya mahu lihat terlebih dahulu sejauh mana mereka ingin menjatuhkan saya. Segala bukti ada di tangan saya namun saya tidak akan dedahkan buat masa sekarang.

Tambahan pula saya tidak mahu menggangu siasatan yang sedang berlangsung di Singapura dan tidak memburukkan lagi keadaan tetapi saya akan dedahkan juga nanti.

Itu soal Tegar. Bagaimana pula dengan tuduhan bekas anak tiri anda iaitu Sufie Rashid (penyanyi Singapura) yang dikatakan menjadi mansga liwat anda semasa dia berusia 13 tahun?

Pada saya mudah, Sufie mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan terhadap apa yang menimpa Tegar untuk menaikkan namanya di kalangan peminat di Malaysia memandangkan dia baharu sahaja muncul dengan lagu terbaharunya. Jika benar dakwaan dia, mengapa baharu sekarang dia hendak membuat dakwaan tersebut? Mengapa tidak dari dahulu lagi dia laporkan kepada polis?

Sebenarnya dia ada peluang untuk berbuat demikian pada 2011 apabila bekas isteri saya iaitu ibunya membuat laporan polis terhadap saya apabila menuduh saya memukulnya.

Dia boleh ikut ibunya untuk membuat laporan itu terhadap saya atau mengadu kepada bapa kandungannya, tetapi tidak pula dia berbuat demikian.

Kenyataan bercanggah Sufie kepada media Malaysia dan Singapura agak menggelirukan. Apa sebenarnya hubungan anda dengan ibunya?

Dia menerusi satu kenyataan mengatakan saya rapat dengan ibunya dan meminta jangan persoalkan ikatan sebenar saya dan wanita tersebut. Sebenarnya tujuh tahun kami hidup bersama. Kalau kami tidak berkahwin, itu apa?

Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan anda menerusi dakwaan terkutuk itu?

Sudah tentu! Ada tiga pihak yang akan saya ambil tindakan bagi membersihkan bukan sahaja nama saya tetapi keluarga yang turut terjejas dalam hal ini.

Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan secara lanjut tetapi salah seorang yang akan saya ambil tindakan adalah Sufi, bekas anak tiri saya sendiri. Tunggulah masanya nanti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Bekas Pengurus Tegar Akan Heret Pihak Yang Menuduhnya Lakukan Gangguan Seksual Ke Mahkamah

  1. minah jambu terlajak habis says:

    bagos ! u mesti dedahkn sape yg cuba menjatohkn u n heret dorang kt makamah kalau u tk bersalah u bukti kan ok ! dorang jangan ingat u boleh di pijak2 macm lipas ! semoga Allah bersama u Arif Dol..

    0

    0
    • mutiara says:

      ade ke org buat tuduhan atau ngaku kena sexual harasment untuk dapatkan publicity?
      sape sanggup jual maruah melaenkan memang jenis xkesah..
      tengok mangsa2 semua budak2 je..

      0

      0
  2. minah jambuterlajak habis says:

    Heret jangan tk heret !

    0

    0
  3. lin says:

    Betul ke tak si arif ni..setahu saya sufie bkn orng yg desperate sngt sampai nak menggadai maruah ketahap itu.dia budak baik.ada lagi seorang penyanyi perempuan asal singapura namanya nana..dia juga pernah mengeluarkan kenyataan yg arif ini tak ubah seperti binatang agak2 gitulah kenyataan yg saya baca di akbar berita harian singapura..takkanlah ramai sngt buat tuduhan sebegitu.fyi saya pembaca dari singapura.org kalau dah buat salah takkan nak ngaku kan..

    0

    0
    • aniffah says:

      sufie adalah budak yg baik & hormat ibunya serta org tua. kami tinggal berdekatan. arif ni mmg penipu.

      0

      0
  4. lin says:

    Seorang lagi penyanyi singapura bernama nana..juga mengenali arif. Dia juga membenci arif dgn tingkah lakunya..takkan semua orang sengaja nak cari pasal hanya hendak menempah nama utk naikkan nama sebagai penyanyi. Aku tak percaya langsung.takde cara lain ke..kan ini hanya menjatuhkan maruah seseorang. Bukan hanya yg dituduh malah yg mengerluarkan tuduhan kalau benar. Arif kata di bilik hotel ada pembantu.takkanlah pembantu nak tidur bersama dgn yg lain.mesti di bilik lain kalau tak pun tidur di bilik hotel yg sama tapi ada beberapa bilik yg lain.apa arif buat bukan dia tahu atau nampak pun.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      arif ni cakap dia nk heret orang yg terlibat yg nk menjatohkn nama dia kt makamah kite tungu n lihat aje..kalau dia berbohonggg tau la dia punye nasib !

      0

      0
      • lin says:

        Hai..ini aku lagi nak komen. Arif kata kenapa dulu sufie tak mengadu sekali pada polis bila mak dia mengadu di pukul oleh arif.Aku ada terbaca sufie pada waktu tu masih kecil dan tak berani mengadu.so skg bila tegar mengadu serupa yg dialaminya dulu barulah keberanian tu dtg dan mula sedar bahawa keadilan mungkin di pihaknya.dia juga tak mahu arif berterusan melakukan kerja terkutuk ini.dia rasa dia tak kesorangan kini.entahlah fikir2kanlah.tunggu je what comes nx.

        0

        0
        • minah jambu terlajak habis says:

          betol tu kite tungu aje kesudahan Nye cerita si Arif ni ishhh pening pulak bila pikir cerita si Arif ni mana satu yg betol pon tak tau laaa..

          0

          0
        • minah jambu terlajak habis says:

          kalau betol la ape yg di ceritakn oleh sufie n Arif yg bersalah mari kite ramai2 cocok jubur si Arif ni ngan DURIAN ! amcam ?

          0

          0
  5. mak minah says:

    Siapa yang nak diheret tu??? Entah entah dia yg sendiri terseret ke jail.mcm bagus je.tgk muka pun aku geli

    0

    0