Kadang-kadang apabila menyuarakan pendapat kita, lebih-lebih jika sebagai seorang selebriti, kita perlulah berhati-hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Cubalah berbicara secara berhemah.
Walaupun Abang Nara simpati terhadap apa yang terjadi kepada Azhar Sulaiman, tindakannya sebelum ini boleh dikatakan seperti mencurah minyak ke dalam api. Akibatnya, akaun Facebook Azhar Sulaiman digodam dan dirinya menerima cacian dan makian menerusi Facebook. Kata Azhar Sulaiman menerusi Mstar Online:-
Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi. Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah.
Laporan polis sudah pun dilakukan oleh Azhar Sulaiman berkenaan perkara ini. Nasihat Abang Nara kepada semua, tak perlulah poyo sangat update status Facebook berkaitan politik sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain. Rileks je. Yang penting, Ahad ini turun mengundi dan buatlah yang terbaik untuk masa depan kita.