Pada peminat fanatik Ayda, Zul tida harus buat begitu kerana selama ini beliau dan Ayda tidak mempunyai sebarang masalah dan sering kelihatan mesra bersama. Malah, Zul juga menjadi popular disebabkan Ayda juga.
Ada yang mendakwa Zul melakukan hal tersebut kerana ingin menjaga hati kekasih baharunya Zahirah MacWilson.
Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati apabila fotonya dipadam dan ia adalah hak aktor tersebut.
Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.
Sebenarnya Ayda tidak mahu melayan perkara remeh seperti ini, beliau pun okay sahaja yang menjadi perhatian dan viral apabila ada peminat yang tidak puas hati dengan Zul Ariffin. Peminat tidak seharusnya terbawa-bawa dengan lakonan didalam drama dan ingin mereka bersama di alam realiti.