Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat Dari Instagram, Dikritik Peminat Ayda

Hiburan

Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat Dari Instagram, Dikritik Peminat Ayda

Kadangkala minat seseorang terhadap selebriti adalah luar dari jangkaan. Dengan wujudnya media sosial peminat dapat berinteraksi secara terus dengan selebriti yang diminati. Maka ramai mengambil peluang menjadi pengikut artis di media sosial dan menyuarakan minat mereka atau apa saja yang mereka tidak puas hati.


 photo 12237181_1650333998567563_297019767_n.jpg

Terbaru, atas sebab tidak diketahui Zul Ariffin telah memadam semua gambarnya bersama Ayda Jebat dari akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, tindakan Zul ini mendapat reaksi negatif dari peminat Ayda Jebat.

Advertisement


 photo Capture1.png

Sesetengah peminat Ayda mendakwa Zul dan Ayda pernah bercinta walaupun perkara ini dinafikan berkali-kali oleh Zul dan Ayda. Justeru, mereka mengeluarkan komen mendoakan Zul dan Ayda akan ‘kembali bersama’. Malah ada peminat Ayda mendakwa Zul menjadi popular kerana Ayda Jebat.


 photo Capture2.png
 photo Capture3.png

Malah ada yang mengatakan Zul memadam semua gambar Ayda kerana permintaan Zahirah.

Nasihat kami, minat selebriti biar ada batasnya. Selebriti mempunyai hak untuk membuat keputusan dan pilihan dalam hidup mereka. Walaupun anda sangat mahu dan suka jika Zul dan Ayda bersama, untuk hidup mereka biarlah mereka yang menentukan kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik.


 photo Capture4.png

Peminat perlu tahu bila masanya untuk pisahkan fantasi dari realiti kerana apa yang mereka lakukan memberikan  cerminan yang tidak baik kepada selebriti pujaan mereka iaitu Ayda Jebat. Apa pendapat anda?

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...