Written by serenity | December 23rd, 2014

Sekiranya anda mengikuti perkembangan bayi Awal Ashaari dengan isterinya Scha Al-Yahya, mungkin ada ialah salah seorang pengikut Instagram Lara Alana. Namun tup-tup baru-baru ini akaun Instagram itu tidak kelihatan lagi. Ke manakah ia menghilang agaknya?

A photo posted by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Buat masa ini saya peribadikan seketika akaun Lara. Ini kerana terlalu banyak orang yang berbalah di ruangan komen. Mereka bergaduh sesama sendiri. Orang tidak menjual barang atau meniaga di situ, sebaliknya bergaduh. Jadi saya ambil pendekatan memadam semua pengikut, menukar nama Instagram Lara dan mahu berehat seketika. Buat masa ini biar saya tunggu dan fikir dahulu sama ada mahu menjadikan Instagram Lara ‘public’ semula atau biarkan ‘private’ sahaja. Itu adalah Instagram seorang anak kecil. Segelintir orang di luar sana begitu cepat menghakimi dan menghukum. Saya suka berkongsi. Bila orang suka dan sayang Lara, perkara itu menyenangkan hati saya. Ada juga sesetengah orang mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang bapa. Jadi buat masa ini biarlah saya dan Scha senyapkan dahulu dan berfikir apa yang mahu dilakukan seterusnya.

Entahlah mengapa pergaduhan antara pengikut sering berlaku di ruangan komen Instagram para artis sehingga ia kini satu lumrah di mana-mana akaun Instagram artis yang popular. Mungkin Awal telah mengambil tindakan yang betul kerana bayi Lara tidak mengerti apa-apa dan tidak perlu menjadi punca perang komen antara pengikut.

Dalam pada itu, sebelum ini Awal pernah disalah erti mengeluarkan komen tentang senario industri hiburan yang lebih mengutamakan pelawak sebagai pengacara anugerah atau program. Menerusi ruangan gosip Berita Harian pada Ahad, khabarnya pasangan suami isteri ini telah disenarai hitam oleh pihak Astro kerana dakwaan telah melanggar kontrak. Awal memberikan penjelasan kepada portal GUA:

Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro.

Dia juga tidak tahu bagaimana cerita itu boleh tercetus:

Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri. Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku.

Sememangnya benar yang artis digam akan mengalami masalah untuk mendapatkan peluang memberikan khidmat kepada industri. Sekiranya terdapat sebarang salah faham mungkin ia perlu diselesaikan antara pihak stesen televisyen dengan Awal Ashaari dalam kadar segera. Mengikut pemerhatian kami, kadang kala stesen televisyen mengambil pendekatan berdiam diri sekiranya menyenarai hitamkan artis, kecuali dalam kes Hanez Suraya di mana Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar secara terbuka menyatakan tidak akan mengambil artis yang menimbulkan kontroversi dan tidak disukai orang ramai.

43 responses to Awal Ashaari Privasikan Akaun Instagram Lara Alana Kerana Komen Negatif, Nafi Digam Oleh Astro

  1. anon says:

    Kesiannya…. Org melayu biasalah, takleh tengok melayu lain lebih sikit, mulalah nak hentam. ….PHD….Takpe Awal, peminat kamu masih ramai & anak kamu mmg super cute…wish you all the best

    0

    0
    • sarabanon says:

      masalahnye sekarang, aku nak cari IG anak victoria bekham yang pompuan tu..dengan IG anak Angelina Jolie Pitt..ada tak acc yang mak bapak dia buat and handle? aku serius ni..

      0

      0
      • nom says:

        Tak hadap pun nak tengok insta lara tu. Kesian tengok anak kecil macam tu dipublisitikan lebih2 oleh mak ayah dia yang kurang akal dan perasan diva. Bagila lara tu privasi sikit. Kecik2 dah jadi tatapan public. Semua sebab mak bapak yang bodoh sombong. Aku dgr mak bapak lara tulis ‘dont teach my parents how to raise me’? Oh my God so obviously bodoh sombong. Harap2 perangai lara dah besar nanti lebih baik dr perangai mak bapak dia yang bodoh sombong ni.

        0

        0
      • KATE UPTON says:

        Tu lah rasa star sgt mmglh kne kutuk
        kt Hollywood seboleh bolehnya artis diorg tknk anak diorg
        jadi public figure takut anak kene culik ke jadi mangsa serangan seksual
        tpi teringin nk tgk anak Scarlett Johansson,pandai betul dia sembunyikan ank

        0

        0
      • peminatschawal says:

        alah xyah jauh2, bnyk lagi artis malaysia bukak acc ig utk ank diorang.. xyah nk dengki sgt..

        0

        0
    • AWAL GAYAH meLARA ngn bini KEDING says:

      SCAWATTT GILA BABY !!!
      TERUSKAN KEBONGKAAN UOLLS !!
      ALLAH DH BG TEGURAN SIKIT JE NI ,
      JANGAN TUNGGU SAMPAI ALLAH BETUL2 , TARIK NIKMAT KO , KO BARU NAK SEDAR , AWAL GAYAH !!!
      KAN DAH MELARA LARA !!

      0

      0
  2. LadyLala says:

    tu la awal sebelum nie ko bongkak sgt perasan diva..tgk skrg satu2 jadi kt kau..mula2 sorok muke bby ko acah2 ko ney diva sgt pastu tayang baby ko bg 1 dunia tgk siap buat pesbuk insta bagai..dahtu skrg tutup plak org berniaga la byk komen negative la brgaduh sesama sndiri la..punca ko laki bini jugak..pastu ko pertikai pasal job..wey rezeki kalo tuhan nak bg ko tinggal dalam gua pun dapat job la..bila peminat tegur ko laki bini cakap kami dengki..busuk hati..skrg lantakk ko lah..

    0

    0
    • peminatschawal says:

      eh sukahati die la nak sorok baby, baby dia kan bukan baby kau.. kalau nanti ko ada baby ko tak nak tunjuk kat org tu hak kau jgk kan.. pelik lah org mcm ko nih, kata xsuka tp hadap jugak nk tgk baby lara.. kalau kau ada ig ko suka ke org bg komen nk meniaga kat ig ko? skang mungkin ko tak kesah sbb ig ko sedehhh xde sape nk tgk! bongok! pasal job tu org yg tnye die, die jwb la! bodoh!

      0

      0
  3. akuuuu says:

    lebih baik tutup je la….bdak kecik lg mane tau bnda2 mcm tu
    lebih baik tumpu kpd mendidik anak ke arah kebaikan
    jgn nti dh besar menyesal plak ank2 x di didik sedari awal lg

    0

    0
  4. kikikiki says:

    Sebelum buat pape fikir dulu wal. Bila dah jadi mcm nie baru hg gelabah. Sng tak pyh active laa account si lara tue. Hg sekadar share je pic lara dkt ig hg sendiri. Tak pyh kerap sgt. Just utk tontonan peminat takot ‘rindu’ kat lara hg tue. Aku mmg tak laa nak rindu.

    0

    0
  5. 987654321 says:

    Awal patut baca mengapa segelintir peminat tidak bersetuju pendedahan gambar Lara terlampau meluas;

    http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/12/pedophilia-semua-ibu-bapa-patut-tahu.html

    Buat bacaan dan pengetahuan semua ibu bapa.
    Jaga aib, privacy anak-anak.

    Semoga bermanfaat.
    Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    huhuhuhu

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Sejak awal ada ank byk pula kontroversi yg buruk2 keluar pasal dia,mungkin awl nak protect ank dia n terlalu xcited terima ank sulung kekdg ada perbuatan yg tak menyenangkan org lain tanpa disedari,apa pun Lara tu masih kecil tiada apa2 dosa so jgn la nak compare2kan dgn ank selebriti yg lain atu kritik2,semua bayi2 yg dilahirkan comel n tiada dosa..

    0

    0
  8. Anon says:

    klu di gam pun smua sebab Awal yg poyo n mulutnya yg laser smpai artis lain terasa..dgn org awam lagilah terserlah kepoyooannya super duper poyo n laser, tanpa peminat n rakan artis kau bukan sapa2 la..

    0

    0
  9. kawan baik anak schawal lara alana says:

    dungu betol mererka berdua…mcm kamu berdue sahaje ade anak…x nk org komen + @ – x yh ade ekon kt lmn gram2.. cian kt lara…dapt mama papa seperti mereka berdua yg dungu.sekian terima kasih

    0

    0
  10. M says:

    Awal dengan scha tutup acc ig anak dia sekejap je. Sekarang dia dah publickan balik. ig baru laraalanaa. Sekarang pun dah banyak followers. Heh

    0

    0
    • Kak Nora says:

      Papa & Mama Lara nak glamour taknak ketinggalan zaman. kononnya peminat nak tau perkembangan anak dia.hello dulu2 mak ayah kita besarkan pun takde pun benda2 cam gini. Bukan peminat nak gaduh sangat pun pasal IG Lara tu tapi korang berdua yang carik pasal. Schawal pikirlah pasal ank tu jangan nk kejar sgt glamour.

      0

      0
  11. jamaludin says:

    baguslah itu yg sepatutnya.dlm segala hal jgn terlebih.biar sederhana.

    0

    0
  12. aihh says:

    ini la bahana jadi retis bila ada anak…. sian tgk anak.. mana2 pegi mesti jadi perbualan orang.. kalau orang cakap baik tak per la,, kalau asyik nak kutuk jer mmg sian baby tu…

    0

    0
  13. queen_bee says:

    X kisah la anak ko ada fb ke instagram ke tapi biarla anak ko membesar mcm anak org lain gak. biar la dia merasa zmn kanak2 selari dgn perkembangan usia nya. Even Prince Will pn galakkan anak nya membesar mcm anak org lain wpn anak dia pewaris takhta krjn suatu hari nanti. nie la susah kalo dh terjun ke bidang glamor semua nak tunjuk poyo!

    0

    0
  14. peminatschawal says:

    kenapa la korang ni dengki sangat dengan scha and awal. diorang nak show off ke nak apa ke kan hak scha and awal. korang pon kalau ada harta suka show off kan? kalau ada anak comel pon suka show off kan? kesian la kat scha and awal. scha and awal ada buat salah ngan korang ke nak dengki sgt? dasar melayu penuh hasad dengki!

    0

    0
    • Excuse Me says:

      Hello!! Org bkn dengki la wahai c “peminatschawal”. kita nie hdp dlm komuniti yg menekankan konsep besederhana dlm segala aspek. Sape2 pn kurang senang kalau lihat benda biasa tp diwar2kan. Ibarat mcm ayam bertelor riuh 1 kampung! Nak2 lagi skrg nie org suka berkampung di laman sosial. x ke kesian nengok c bdk tue dijadikan bahan jenaka netizen yg x puas ati ngan mak bapak dia. Blm lg msk bab keselamatan. X yah la bajet bagus sgt la kata org dengki itu ini.

      0

      0
  15. Deedee says:

    Unfit parents! These stupid parents have exposed their innocent baby to the social media that is stained with negativity. And then, they claimed to protect their baby by making their baby’s IG acc as ‘private’.

    0

    0
  16. PEMINAT JOHN CENA says:

    kenapa kau, kau, kau mcm TIDAK PUASHATI JERRRR dgn AWAL & SCHA. PELIKNYA mentaliti orang skang, 24jam mengkutuk org lain.

    Tidak suka TETAPI tgk ig mereka 1family then mulalah mengutuk. Jahatnya kamuuu…

    TAK SUKA buat cara CARA TAK SUKA, bagi aku je yg tgk ig lara alana sbb mmg aku suka..peduli apa akuu.. ada aku kesah

    0

    0
  17. KELOLO says:

    Lara is so cuteeeeeeeeee!!!!!
    I just want to enjoy the product of good genes.. Please jgn gaduh kat IG lara…
    May be lara patut tulis caption2 comel seperti, “please jangan gaduh kat ig rara.. nanti rara nangis nanti…..”

    0

    0
  18. sian lara says:

    Harap harap la gambar2 anak schawal ni x di salah guna kan oleh pervert molester. Ramai je org luar sana yang ‘suka’ budak budak…minta jaukan..suka Cara Johan Dan isteri..anak spatutnya di lindungi Dari segala Mata kejahatan…..amik iktibar untuk semua lah…

    0

    0
  19. bedah bedot says:

    Kesian Awal … dan jugak isterinya.

    0

    0
  20. tak kelako says:

    private kan je lah. biar ahli keluarga, saudara mara terdekat je yang follow. takde la orang luar nak komen, bergaduh bagai. cukup lah dah kenalkan lara alana ni kat media. rata2 orang dah kenal anak scha ngan awal nie. bila besar nanti, biar lara handle sendiri insta dia tu. biar dia cari populariti dia sendiri.

    0

    0
  21. koko says:

    sampai terpaksa berehat seketika daripada merosakkan keluarga sendiri…dukalara sungguh, kesian jugak ye.. rajin2 lah ikut kursus keibubapaan ok

    0

    0
  22. peminatschawal says:

    alah banyak lagi baby artis2 seperti diana danielle, yasmin hani, fynn jamal, xde pon private molester ke hape ke.. nape lara alana yang perlu korang fokus kan sgt. EXCUSE ME!! mmg ko dengki kan sebenarnya, sederhana la konon.. pui!

    0

    0
    • Excuse Me says:

      Ko sendiri baca tajuk artikel di atas nie. Ko rase2 wajar tak c bapa buka acc insta / fb utk anak yg msh kecik?? awal sendiri ckp dia privatekn acc insta anak dia sbb byk komen negatif. Mksdnya, dia dh sedar benda tu mdatangkan byk keburukan dpd sebaliknya. malah sblm nie pn scha ada ckp risaukn keselamatan baby lara. Ko pn sedar sbnrnya. Artis2 lain yg ko senaraikan di ats tu xde la nk tayang anak bagai sampai buka insta / fb. anak dorg pn comey2 gak. Nak dengki apenye..x rugi 1 sen pn akak oi.

      0

      0
  23. abc says:

    baby is innocent…gayanya mcm awal yg immature dan x profesional.dari dulu smpai skrg menyampah btl tgk dia tu.kalo profesional xkan timbul isu2 mcm ni.tgk mcm misha, siti, ziana…celebrities ni bersederhana dlm kehidupan seharian diorg.kalo lah awal berterusan berperangai mcm ni, mmg slowly ko hilang peminat n job.jgn slhkan org masa tu.renung2kan lah apa yg xkena.

    nk sgt tgk melodi n muzik2 tukar pengacara.bcoz of them hilang selera tgk program2 tu

    0

    0
  24. peminatschawal says:

    excuse me! diana danielle ada je bukak ig utk ank die muhammadfkdd yasmin hani ada ig ank dia noahismailwong ning baizura bukak ig ank dia ryanskydalton, aku rasa scha and awal ni pon sama je mcm artis lain, yang korang nk dengki sgt ngan schawal da kenapa? dengki sbb diorg bnyk duit? tu lah org melayu, usaha sendiri cari duit xnk, ari2 dok baca blog gosip mmg tak kemana la melayu oii…

    0

    0
    • Perasannye peminat schaawal says:

      Byk ke duit schaawal ni woi? Serius, bg pendapat aku tang mana dia byk duitnye? Adakah schaawal beli kereta mewah cash? Rumah mahal cash? Stroller anak dia pun aku rasa biasa aje . Klu setakat selAlu pegi oversea menunjukkan dia kaya, tolonglah, ramai lagi rakyat Malaysia yg lain Lebih kaya dari psgn ni! Xde pun org Lain nak jeleS! Ehem! Ke peminat schaawal ni mmg real awal xpun Sedara Mara dia!!gigih sgt nak balas komen2 negatif kat sini!!

      0

      0
  25. anti jual anak says:

    kalau kat hollywood, “jual” publicity anak mmg kene kutuk sbb nampak over sgt. tgk mcm kimora tu, masukkan anak dlm reality tv pun kena.

    0

    0
  26. vee says:

    aku suka Lara! jgn private ig dia pleaseeeee, setiap hari tgk ig dia. ignore ja apa org kata. jgn disebabkan dia artis semua boleh hentam diaa. aku pandang positif ja. go scha dan awal!

    0

    0
  27. hahihu says:

    Xkn la private dh 2x anugerah dh guna ig anak promote diri suro org vote..n honestly di mata ak lara tu besa je..xla comel sgt2..stakat buat mata terbeliak..air liur meleleh..muka blur..xpyh nak puji comel sgt la..

    0

    0