Abang Nara akui yang diri ini sudah ingat-ingat lupa siapa itu Amanda Imani. Check punya check, terperasanlah yang sebelum ini ada artikel mengenai Amanda Imani yang menyerupai Megan Fox di dalam majalah WW.
Untuk anda yang tidak tahu, Amanda Imani ialah seorang penyanyi. Secara jujur, Abang Nara tak pernah dengar lagu Amanda di radio. Mungkin ada terdengar tapi tak melekat di kepala. Memang betullah kata Amanda sendiri yang dirinya tidak popular di Malaysia.
Saya akui masih kurang dikenali di negara sendiri. Namun, saya cuba fokus sepenuh daya untuk mengukuhkan nama. Yang peliknya, saya menerima pengiktirafan dan undangan nyanyian yang meluas di luar berbanding di negara sendiri. Setiap orang ada cara dan jalan sendiri. Saya tidak mahu bersaing atau berlumba dengan sesiapa. Biarlah saya melangkah satu demi satu kerana saya seorang yang berprofil rendah dan tiada kontroversi.
Mungkin rezeki Amanda Imani untuk popular di Malaysia belum tiba lagi. Perlahan-perlahan kayuh. Shila Amzah pun ambil masa 10 tahun untuk meletup. Dan kalau boleh, buatlah lagu yang sesuai dengan masyarakat kita. Boleh ambil inspirasi daripada Yuna dan Najwa Latif. Tak salah belajar daripada mereka yang dah popular kan?