Amanda Imani sering dilihat menampilkan gaya tersendiri di majlis-majlis yang dihadirinya, menyebabkan penampilannya diingati. Menurut laporan portal Murai, Untuk majalah WW (Wanita & Wawasan), Amanda muncul untuk edisi April 2012 dengan gaya ala Megan Fox.
Bagi kami gambar Amanda cantik sekali, dengan rona biru dan bibir merah ros metalik menyerlahkan kecantikan Amanda.
Majalah tersebut akan menampilkan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai penghias muka hadapan. Jadi jika anda berminat untuk melihat gaya Amanda denga lebih lanjut, bolehlah mendapatkan majalah WW edisi April ini. Konsep yang begitu menarik sekali. Kredit gambar, Facebook Amanda Imani.
***
Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah bakal diadakan pada 31 Mac 2012 (esok). Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan Tasik, KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.
Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ’shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 088 237052/057 atau 03 2052 3600 / 3702 / 3703 atau melayari http://www.jkkn.gov.my
Tina turner
April 4, 2012 at 3:17 am
Amanda nampak sama dgn meganfox.. Dua2 x cantik. Wan sharmila lg cantik
tukang ajar budak
April 2, 2012 at 9:09 pm
sapekah make up artis dia? siapakah tukang edit dia? owh, dua org ini sgt berbakat..hebat btol ler..cantek…
jenab kg pisang
April 2, 2012 at 9:28 am
ape la korang ni gadoh kt sini..yg untung abg nara….hahah
akak celah bedah
April 2, 2012 at 9:19 am
byk sgt edit shot ni sampai buat rupe mcm megan fox…make up pun buat lebey kurang…padahal muke die jauh lari dari megan fox…tuh laa kehebatan teknologi skrg…aku rase muke aku kalau edit ngn makeup lebey kurang bole je rupe mcm ala ala megan fox…tapi taknak laa…tak ori.
12345678910
April 1, 2012 at 3:21 pm
eloklah tu, dok nak tiru barat je..pasni orang barat tayang tetek, ko pon nak tayang tetek lah kan!. Serabut jeee..kan bagus lau ikut wardina ke..apa pon tak boleh! haahahaha