Written by AbangNara | March 9th, 2015

Januari lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka. Mungkin emosi amarah menguasai diri ketika itu. Namun kini sudah pun masuk bulan Mac 2015, segala peristiwa hitam itu telahpun dilupakan oleh Alyah.
alyahSering dihimpit persoalan tentang cincin perkahwinannya yang tidak nampak dijari, Alyah menjelaskan yang dia memang sengaja tidak mahu memakainya, bukannya kerana bergaduh dengan Datuk Ramli MS Kata Alyah:-

Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab. Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini (pergaduhan), saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah.

alyah

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah bergaduh dalam perkahwinan. Cuma jangan melampau-lampau sampai berakhir dengan perpisahan sudahlah. Bila bergaduh ia akan mengajar kita mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Tak gitu? Semoga Alyah dan Datuk Ramli MS akan terus hidup bahagia. Mana tahu tahun ini ada rezeki nak dikurniakan cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Seni biskut Oreo yang sangat cool

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Alyah Sudah Lupakan Pergaduhan Dengan Suami, Sengaja Tak Pakai Cincin Kahwin

  1. Anonymous says:

    Copy paste jela kerja kau nara

    0

    0
  2. poyos la says:

    sian ko kak Yah..dlu mse gaduh bkn maen bgtu satu dunia..klu da jd mcmtu pkck ramli ko pn da malu..mls nk follow ko kt ig..korg nk gaduh ke nk bbaek ke nk kawen ke xnk kawen..xkish la..abg nara citer psl Diana danielle pakai seksi tnjuk tet** xde ke..panas owhh gmbr tu..farid bg plk dia seksi ala2 bogel

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Bila berkahwin dengan orang panas baran ni kena banyak bersabar. Alyah baru satu atau dua tahun kawin. Banyak yang perlu di biasakan dengan perangai suami. Selalunya bila suami kepala angin, buat de je. Layan dia sebaik mungkin. Nanti dia sendiri akan sedar. Buat apa nak mengalah pada isteri no 2 atau 3. You are no 1. Pertahankan title Datin tu , nanti dikebas orang.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Aku aminkan mana yang baik. Daripada berpisah biarlah berbaik-baik. Sayang hubungan dah lama berkahir macam tu saja.

    0

    0
  5. Linzy Longkang says:

    tu lah ko yah, nak akwen ngan lelaki tak hensem tapi mata keranjang, skang apa dah jadi asik makan hati jer laaa

    0

    0
  6. Anonymous says:

    ceh…yela tu…pas ni tibe2 kuar cite failkan perceraian pulak…tu la lain kali nk baran or marah2 jgn tunjuk kat public…mcm x bole percaya je statement die ni…

    0

    0
  7. mojo says:

    Laki kau tu dah tua,duit ada,harta ada.apa nak baran2.lek lek suda.dah la tak kacak.baran pulak.jgn ingat kau je betul dalam semua hal.timbang rasa sikit.tula muda2 joli katak taknak kawin awal.dah tua nie tak tahu nak camner nak jaga bini.

    0

    0
  8. mak lampir says:

    mak tengok ko suke bebenor provoke laki ko kat media
    tapi laki ko buat dek je…
    kalau ade hal umah tangga bincang dalam umah tutup pintu udah la yah oiii
    toksah tayang la.. malu kek orang yah…

    orang lebih berumur ni diam2 ubi berisi..
    diam2 jangan ko dapat sampul putih satg…
    40x ko provoke2 jadi betul baru ko tau nanti
    hah! masa tu ko sorang2 geget jari

    0

    0