Written by AbangNara | January 13th, 2017

Amboi, amboi, amboi. Ramai betul yang hantar email bertanya lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan Mikro BSN selepas Abang Nara kongsikan kisah kejayaan 3 usahawan (klik sini untuk baca) yang menggunakan produk tersebut untuk memajukan lagi perniagaan korang. Kalau nak balas satu persatu email, sampai minggu depan pun tak habis. Jadi Abang Nara dengan baik hatinya akan berkongsikan segala maklumat tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini di sini untuk tatapan anda semua.

bsn mikro

Baiklah. Mari kita bermula dengan sejarah skim ini terlebih dahulu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak tahu maka tak buat pinjaman. Skim Pembiayaan Mikro BSN telah bermula pada 15 Mac 2007 dengan nama Skim Mikro Kewangan dan kemudiannya dijenamakan semula kepada BSN Micro/i pada tahun 2016. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantu usahawan-usahawan mikro mendapatkan akses kewangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Contohnya kalau Abang Nara ada kedai runcit “NARA RUNCIT” dan nak buka satu lagi cawangan tapi tak ada modal, maka bolehlah buat pinjaman di bawah skim ini untuk buat modal.

bsn3

Saiz pembiayaan adalah daripada RM5,000 hingga RM50,000 untuk tempoh 1 sehingga 5 tahun. Untuk makluman, ada dua jenis Skim Pembiayaan Mikro iaitu BSN Micro dan juga BSN Micro-i iaitu untuk pembiayaan patuh shariah. Bidang-bidang yang layak untuk mendapat pembiayaan pula ialah pembuatan, perkhidmatan, peruncitan dan pemborongan. Selain daripada dijadikan modal dan untuk pembelian aset, pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk:-

1.Kembangkan lagi perniagaan korang ke tahap seterusnya
2.Mantap dan mampamkan lagi business korang. Contoh daripada 100 produk di kedai runcit, dengan pembiayaan ini produk jadi 300 terus.
3.Upgrade daripada domestik kepada eksport. Contoh kalau selama ini korang jual kain batik hanya untuk pasaran Malaysia, dengan Skim Pembiayaan Mikro BSN, korang leh terjun ke pasaran antarabangsa.
4.Melakukan penjenamaan untuk produk korang agar lebih femes, popular dan dikenali seantero dunia.

Amboi terasa macam buat karangan Bahasa Melayu pulak. Mesti korang dah lebih faham kan sekarang tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i nie. Mesti ada yang dah excited tak sabar nak pergi BSN untuk nak apply. Rileks dulu jangan over excited pulak. Baca dulu syarat-syarat di bawah nie. Kalau semua ok, baru leh gi cuba apply:-

1.Warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas (kalau tak ramai sangat Bangladesh dan Indonesia yang apply jugak)
2.Ada lesen perniagaan yang sah (ini kalau tak ada tak tahu la Abang Nara nak cakap apa)
3.Perniagaan dah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun (kalau baru 2 bulan harap bersabar sikit lagi ye)
4.Perniagaan diusahakan sepenuh masa (ini sebagai tanda anda seorang yang komited)
5.Penjamin (sekiranya diperlukan sahaja)

bsn

Maka bergegaslah ke cawangan BSN berdekatan untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini kepada pegawai bertugas. Insya Allah diorang akan tolong punya. Jangan lupa layari www.bsnmicro.com dan juga Facebook MyBSN untuk mendapatkan informasi terkini. Selamat mencuba dan selamat berniaga!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Along-Along Satu Malaysia Kini Dah Tak Boleh Cari Makan Sebab…

  1. Anonymous says:

    ingt senang ke nk lulus…

    1

    0
  2. Along boleh tutup kedai? tolong lah kalau nak lulus skim nie senang.. huhuhu

    0

    0

Leave a Comment

Optional