December 29th, 2016

1

Hampir setiap hari apabila keluar dari rumah, Abang Nara akan nampak poster-poster “Ah Long” yang menawarkan pinjaman bertebaran di tiang-tiang elektrik. Secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa sekali kita meminjam dengan Ah Long, selamanya kita akan merana. Namun biasalah manusia, semua benda nak mudah dan cepat, itu yang sanggup membahayakan diri membuat pinjaman dengan badan kewangan tidak berlesen. Bila dah sedar diri kena tipu barulah nak sedih dan buat laporan polis sebagainya.

2

Ada macam-macam tujuan seseorang itu membuat pinjaman. Ada yang nak bayar hutang (tapi buat hutang), ada yang nak pergi bercuti dan ada juga yang nak besarkan perniagaan. Hari ini Abang Nara nak berkongsi kisah 3 rakyat Malaysia yang telah berjaya memajukan lagi perniagaan mereka tanpa membuat sebarang pinjaman dengan Ah Long. Agak-agaknya apa rahsia diorang ye? Jangan risau Abang Nara akan sharekan juga rahsia diorang. Jom kita ushar jom.

1. Sri Ratha Mahalingam, peniaga kedai runcit

3

Mempunyai sebuah kedai runcit di Kuantan, Sri Ratha Mahalingam telah membuat pinjaman menerusi Skim Pembiayaan Mikro BSN untuk mengembangkan perniagaannya. Dengan wang tersebut, Sri Ratha telah membeli stok barangan yang lengkap dan membayar deposit untuk sebuah kedai runcit baru. Kini Sri Ratha sudah pun memiliki 2 buah cawangan kedai runcitnya. Power kan?

Alang-alang dah sebut, Abang Nara nak cerita sedikit tentang Skim Pembiayaan Mikro BSN ini. Telah pun dimulakan sejak tahun 2007, tujuan utama skim ini diwujudkan adalah untuk menyokong dan membantu usahawan/perusahaan mikro mendapatkan akses kewangan. Iyerlah, kalau nak besarkan perniagaan yang ada sekarang mana nak cekau modal kan? Dengan 2 produk utama Skim Pembiayaan Mikro BSN iaitu BSN Micro dan BSN Micro/i (patuh syariah), kita boleh membuat pinjaman RM5,000 sehingga RM50,000. Tempoh pembayaran semula ialah dari 1 sehingga 5 tahun.

2. Haris Idris, perniagaan kenderaan pelancongan air

4

Brader ini memang Abang Nara respek. Melihat potensi pelancongan dan pengangkutan air di sekitar Pulau Gaya, Haris Idris mencuba nasib membuat pinjaman Skim Pembiayaan Mikro BSN. Selepas 2 minggu, ia telah diluluskan. Terus Haris Idris beli bot dan mula membawa pelancong menikmati keindahan pantai-pantai di Pulau Gaya, Sabah. Sekarang brader nie dah ada 8 buah bot dan kontrak dengan resort-resort berdekatan. Semuanya bermula dengan saja-saja tanya tentang Skim Pinjaman Mikro BSN. Respek!!!

Senang je syarat-syarat nak buat pinjaman menerusi Skim Pembiayaan BSN ini. First thing first kenalah warganegara Malaysia. Lepas itu kena ada syarikat yang telah didaftarkan secara sah. Kemudian perniagaan tersebut perlulah diusahakan sepenuh masa. Iyerlah takkan nak bagi pinjam duit kepada mereka yang tak komited kan? Jika diperlukan, kena ada penjamin. Tapi kalau business dah ok plus korang pun tak banyak hutang, tak payah penjamin pun tak apa. Banyak lagi informasi yang boleh dibaca di www.bsnmicro.com .Semua tentang Skim Pembiayaan Mikro ada di situ.

3. Shafei Ghazali, pengusaha batik Terengganu

5

Bermula dengan pengalaman menjual kain, Shafei Ghazali kini telah memiliki 2 buah kilang moden batik sutera Terengganu selepas perniagaannya dipacu dengan bantuan kewangan menerusi Skim Pembiayaan Mikro BSN. Shafei juga turut memenangi Anugerah Usahawan Terengganu 2003 kerana usaha gigihnya. Power tak power lah.

Untuk makluman, sehingga Februari 2016, Skim Pembiayaan Mikro BSN ini telah berjaya membantu lebih daripada 50,000 pelanggan seluruh Malaysia dengan jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah lebih daripada RM1 billion. Malah lebih 18,000 usahawan telah berjaya dibantu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Ramai kan?

6

Jadi sekiranya anda seorang peniaga dan ingin mengembangkan lagi perniagaan anda, jangan pergi pinjam daripada Ah Long. Sebaliknya pergilah ke cawangan BSN berdekatan untuk bertanya tentang Mikro BSN dan juga BSN Mikro/i. Abang Nara pasti pegawai bertugas akan membantu anda dengan gembiranya. Jangan lupa layari BSN Micro dan juga Facebook BSN untuk mendapatkan informasi terkini.


Comments are closed.

Loading...