Suci murninya hati seorang wanita bernama Almy Nadia ini. Mungkin Almy sudah redha dan pasrah serta menerima bahawa Fizz Fairuz adalah jodohnya. Secara jujur, kalau kena kat Abang Nara, memang sukar untuk memaafkan Fizz Fairuz. Respek Abang Nara kepada Almy yang bersikap begitu pemaaf sekali.
Menurut Almy Nadia, baginya Fizz Fairuz sudah banyak berubah dan tidak salah bagi dirinya untuk memaafkan orang yang mahu berubah. Kata Almy:-
Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia. Tentang hubungan antara kami kini, saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya seorang wanita dan biarlah ia menjadi rahsia buat waktu ini. Apa yang boleh saya harapkan adalah masyarakat khususnya peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik sama ada buat saya dan juga Fizz
Untuk makluman anda, Fizz Fairuz sebelum ini telah mengumumkan yang dia bakal berkahwin dengan Almy Nadia pada tahun hadapan. Sama-samalah kita doakan agar Fizz menggunakan peluang kemaafan ini sebaik mungkin dan tidak melukakan hati Almy sekali lagi.