Akibat Kritikan, Kumpulan Kpop Malaysia 24:7 Tukar Nama Kepada Max 247

Hiburan

Akibat Kritikan, Kumpulan Kpop Malaysia 24:7 Tukar Nama Kepada Max 247

max 247

Pergh. Tak boleh tahan tengok poster pemberitahuan di atas. Kalau korang baca entri “24:7, The 1st Ever Kpop Group In Malaysia, Sedih Abang Nara Melihat” yang pernah dikeluarkan satu ketika dahulu, sememangnya banyak kritikan, cemuhan dan cacian kepada kumpulan 24:7 ini. Paling rage sudah tentu peminat-peminat Kpop yang sejati. Komen di entri tersebut kini mencecah 835 komen dengan lebih 20 ribu share telah dilakukan di Facebook. Memang hebat impak 24:7 ini walaupun tak buat album lagi.

Advertisement

Kini, akur dengan kritikan membina, kumpulan 24:7 tidak lagi memperjuangkan genre Kpop dan terus menukar nama kumpulan mereka. Khabarnya nama baru yang diberi ialah Max247 dan genre yang diperjuangkan ialah Mpop iaitu Malaysia Pop. Ini baru nampak sesuai sedikit dengan industri hiburan negara kita.

Dan baru-baru ini ada yang menghantar video persembahan tarian kumpulan Max 247 ini yang meniru tarian kumpulan Super Junior. Tapi sayangnya video tersebut telah diremove setelah peminat-peminat Super Junior bengang dengan mutu tarian kumpulan Max 247 yang memang nan hado. Kesian la pulak eh ngan kumpulan nie. Semua benda asyik kena kutuk ajer ah.

Apa pun, dengar ceritanya Max 247 sudah pun membuat persembahan di majlis pelancaran Youth Tourism Fair pada 5 Mei yang lepas. Kalau korang ada tertengok persembahan diorang, sila kongsikan mutu persembahan diorang macam mana yek. Apa pun, Abang Nara ucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan Max 247. All the best.

Update: Dah jumpa video persembahan diorang. Layankan di bawah ini. Sila jangan RAGE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...