Written by AbangNara | October 29th, 2014

Berita baik untuk para peminat Adel, Zarif, Nina, Fareez, Wawa, Ziha dan Muna yang telah tersingkir daripada AF2014. Kini salah seorang daripada mereka boleh diserap kembali untuk diberi peluang kedua dalam program realiti ini. Berita baik ini telah diumumkan sebentar tadi menerusi laman Facebook Akademi Fantasia. Tidak diketahui pula mekanism untuk penyerapan kembali ini. Mungkin AFMASUK atau mungkin juga ditentukan oleh pengetua AF2014.

af2014

Daripada pemerhatian Abang Nara, Adel adalah pelajar yang berkemungkinan besar diserap semula. Sememangnya penyingkiran Adel pada minggu ketujuh telah mengejutkan orang ramai. Dahlah berbakat, cun pun cun jugak. Apa pun, Abang Nara tergelak sinis apabila membaca salah satu komen yang tertulis ‘nak serap sapa pun seraplah, asalkan jangan Nina‘. Amboi ramai betul tak suka dengan Nina nampaknya.

adel af2014

Harap-harap penyerapan semula dilakukan oleh pengetua serta juga tenaga pengajar AF2014 dan bukannya menerusi undian AFMASUK. Sekali sekala berikan peluang buat mereka yang profesional untuk membuat keputusan. Apa kata anda? Siapakah yang layak diserap masuk kembali? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

[flowplayer id=”30058″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to AF2014, Seorang Pelajar Akan Diserap Kembali

  1. Leha says:

    untung daripada undi sms menurun…terpaksa buat undi serap masuk, korang ghase?

    0

    0
    • Datin Seri Siti Nurjemahaliza says:

      gimik je lebih af14 neh, tapi realitinya banyak yg xde suara, x boleh menyanyi dan sumbang. k gudbai!!!

      0

      0
      • melati says:

        Oh please la.
        Masih relevan lagi ke wei? Yang terbukti Raja Azura x layak jadi juri. Komen entah haper2.
        Siapa punya idea aku pun x paham la.
        Next?

        0

        0
        • Datin Semah says:

          longgokan artis2 suam2 kuku. selain tak relevan, rancangan ni tak membawa peserta/penonton ke mana2 selain menjadi dj di erra fm. ini makcik2 tipah, odah dan ropeah tak ke surau semata2 nak tgk AF. mak2 menangis air mata berjurai kerana anaknya tersingkir dari AF, padahal anaknya suara layak nyanyi di karaoke je. Gagal PMR, gagal SPM dan gagal masuk UiTM tak pulak ko nangis ye?

          0

          0
        • Marsha Bra Terlondeh says:

          realitinya…..bila keluar besuk jadi pengacara. hahahahah…lawak.

          0

          0
        • Kah kah kah says:

          rating jatuh ler tu….

          0

          0
        • Ramli PMS says:

          ye ke …kesian budak2 dan adik2 yg diluar diperbodohkan astro ni…

          0

          0
        • z says:

          rancangan Af ni bagus sebenarnya untuk melahirkan jiwa seni yang baru..
          cuma sy sndiri tertanya tanya apa sebenarnya matlamat rancangan ni…
          adakah untuk lahirkan orang seni yang tidak berkualiti…
          better undian tu tak diserahkan 100% dkt public… sptutnya juri juga perlu berikan markah…tapi pada masa yang sama…jangan ambik juri yang tk sealiran dengan nyanyian…

          0

          0
      • Olga says:

        Kenaper tunggu sampai si Nina keluar baru nk buat undi serap menyerap kejadah neh? Kenaper awal2 korang tak masukkkan Adel tu semula. Oh, undi Nina tinggi ye? Opsss…

        0

        0
      • pondan sepi says:

        tak koser mak nyah. buang masa. layan k- pop lagi best.

        0

        0
    • Mocha says:

      Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…….

      0

      0
    • Aku ORang says:

      AFSERAP ni cikgu2, pengetua n pihak Astro yang pilih..
      mmg x pakai undi penonton pun..
      so, kite tunggu dan lihat je ape keputusan dorang..
      ape yg aku dpt rase, yg top 5 dlm AF skrg ni akan terus ke final sbb AFSERAP ni dibuat minggu ni..
      x adil kalo ade yang tersingkir minggu ni sbb dia xkan dpt peluang utk diserap..
      betul ke idokkk??

      0

      0
    • MARINA PUKI says:

      ADEL YANG LAYAK

      0

      0
    • Olga says:

      NINA YG LAYAK MASUK SEMULA

      0

      0
  2. Jenab says:

    Nab dah agak dah af ni , af serap la af masuk lah , boleh tak nab nak suggest buat af tendang ? apa apa pun , please la keluarkan si aman tu ..eee tak kose mak tgok

    0

    0
  3. Menguap says:

    Mestilah Adel akan masuk semula. Orang2 Sabah kan gigih mengundi. Itu yg Astro nak sebenarnya. :(

    0

    0
  4. OKLAH TU says:

    oklah ada afserap guru2 y plih dr afmasuk kluarga yang undi..sokong sngat msti dowang plih y bgus..mngkin ADEL OR ZARIF atau dua2lah msuk..hehe

    0

    0
  5. Bekas Mangsa Gimik Asstro says:

    menyerap masuk & duit penonton2 pun diserap keluar.

    lalalalala

    0

    0
  6. bilakakjemahmenulis says:

    lagi gila kalau ada yg undi kan afundi itu

    0

    0
  7. apa daaaa says:

    habis, x perlu la mengundi. last2 yg tersingkir masuk semula.

    0

    0
  8. al amin says:

    sbb raja azura perasan die PRIMADONA sgttttt…

    0

    0
  9. badabase says:

    Nampak x permainan AF tu..rase mcm memperbodohkan penonton je.

    0

    0
  10. al amin says:

    ape kata afundi keluar raja azura..???

    0

    0
    • bedah bedot says:

      Sokong sebab dia tak sesuai berada di kerusi juri tu…. he he. Dahlah AF2014 tu membosankan, raja azura pulak menambahkan lagi kebosanan yang sedia ada… betul!!!

      0

      0
  11. anon says:

    Frankly mmg tak pernah tengok AF ni tapi dari paper adelah tau sikit2. Yg paling tak blh diterima bila mawi tu jadi penyanyi. Mula2 dengar dia nyanyi lagujamal ke sape dah lupa, tapi tergelak besar mcm mana boleh menang. Actually bkn setakat menang, mcm mana blh masuk AF tu. Suara tak sedap langsung. Agaknya pakai bomoh. Mawi ni penyanyi yg paling tak sedap suara dlm dunia….haha. He can’t sing…. Even ade terbaca dlm paper lama dulu, one chinese lady kutuk dia, suara dia.

    0

    0
  12. siang malam says:

    2+ 7 = 9

    nampak sgt nara x tau perkembangn…

    pelajar yg tersingkir akan diserap masuk hasil perbincangan tenaga pengajar dan keputusan astro.. bkn melalui undian..

    p/s :

    lenkali rajin2 tgk meletop…. x letop sgt berita nara ni.. hahah

    0

    0
  13. Penjarakan Anwar says:

    Afundi keluar…Raja Azura…noooooowwwwww!!!!!

    0

    0
  14. LADYKILLER says:

    ASTRO LAPAR DUIT!!!

    0

    0
  15. LADYKILLER says:

    ASTRO LAPAR DUIT JE!!

    0

    0
  16. Simba what the lion says:

    JANGAN2 si ADEL tu jadi macam LINDA NANUWIL sudahh….. penat jer penonton undi dia dulu.

    0

    0