Susulan pendedahan ekslusif BiPop tentang hubungan serius Jalani Sidek dan Zaleha, Jalani menampilkan diri untuk membuat kenyataan membersihkan namanya. Harian Metro semalam juga melaporkan, Jalani telah memberitahu yang dia dan isteri, Raja Azmi sentiasa menghargai jasa serta nilai persahabatan Zaleha yang juga janda anak empat itu sejak mereka berkenalan setahun lalu. Namun tindakan Zaleha mengeluarkan kenyataan sebegitu amat mengguris hati dia dan isteri.
Kata Jalani:-
Apa yang boleh saya cakap sekarang, segala keputusan ada dalam tangan saya. Biarlah saya memikul tanggung jawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Apa yang penting, saya amat menyayangi keluarga saya dan menghormati perasaan isteri saya.Biarlah saya menyelesaikan perkara ini secara tertutup antara kami. Saya sebenarnya percaya ada dalang di luar sana yang cuba menghancurkan serta mengganggu rumah saya dan Raja Azmi
Bagi Abang Nara, sekali pandang memang nampak ada hubungan yang agak istimewa di antara Jalani dan Zaleha. Tapi siapalah kita untuk menghakimi mereka. Mungkin bagi Jalani, bergambar mesra sebegitu tidak bermaksud apa-apa. Lain orang lain pendapatnya kan? Tak gitu?