Biasanya di Hari Raya, semua orang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung. Namun buat Datuk AC Mizal, tahun ini ada sedikit kelainan buat dirinya sekeluarga. Mereka akan berhari raya di Hong Kong. Menarik juga tue. Di Hong Kong ada Disneyland.
Sebelum ini, kebiasaannya AC Mizal sekeluarga akan berhari raya di rumah isterinya Emylia Rosnaida di Ipoh, Perak. Kata AC Mizal:-
Tak pernah rasa raya di perantauan. Kami tak pernah merasa raya di luar negara. Jadi saya cadang nak bawa mereka beraya di luar negara. Allhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang.
Sebetulnya pada hari raya ke lima saya ada urusan perniagaan di Jakarta. Selepas tu saya akan ke Hong Kong. Saya diberitaka Mface berjaya menembusi bursa saham Hong Kong.
Alang-alang ke sana, saya bawa sekali keluarga dan kami ambil peluang bercuti sekali dengan beraya lah di sana. Saya akan berada di Hong Kong selama lima hari
Cadangan Abang Nara, apa kata Datuk AC Mizal bawa sekali anak-anak hasil perkahwinannya dengan Shafnie. Kalau anda masih ingat, AC Mizal sendiri melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat memberi kasih sayang kepada anak-anaknya itu. Inilah peluang AC untuk berbuat demikian. Pasti anak-anaknya itu gembira dapat bercuti di Hari Raya di Hong Kong. Tak gitu?