July 15th, 2013

Pengacara yang sinonim dengan rancangan televisyen komedi iaitu Datuk AC Mizal telah meluahkan rasa sedih kepada mStar Online. Menurutnya ini kerana dia tidak pernah diberi peluang untuk membelai dan memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya, hasil perkahwinan dengan bekas isteri Shafnie Zainudin.

Kali terakhir kami bertemu ketika di mahkamah iaitu kes tuntutan nafkah daripada pihak Shafnie.

Saya tahu, dengan apa yang telah berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah), saya percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anak saya itu.

Dan jujurnya, saya sangat merindui mereka berdua. Saya sedih dan kecewa, tetapi nak buat macam mana.

AC menambah bahawa dia bertemu dengan anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, kali terakhir pada tiga tahun lalu dan memahami yang berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya. AC mendakwa bahawa dirinya seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan sentiasa pandang ke hadapan, walaupun sibuk dengan kerja-kerja perniagaan dia tetap akan tunggu dan lihat menantikan anak-anaknya dengan penuh kesabaran dan yakin mereka akan kembali ke pangkuannya.

AC, 42, bercerai dengan Shafnie pada 17 Oktober 2001 dan berkahwin dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002. Melalui perkahwinan dengan Emylia, AC mempunyai dua anak iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.

Untuk makluman anda, Shafnie telah memfailkan tuntutan nafkah terhadap AC pada tahun 2008 dan kes tersebut sehingga kini masih dibicarakan di mahkamah.

Bila membaca berita ini, kami ingatkan anak-anak AC dengan isteri terdahulu berada di luar negara kerana AC tidak dapat berjumpa mereka, rupa-rupanya setelah diselidik mereka tinggal di Lembah Kelang juga. Mungkin AC juga patut mengusahakan untuk berjumpa anaknya dan tidak hanya menunggu? Apa pendapat anda?


Festival Ramadan 2013 yang dijadualkan berlangsung di bulan Ramadan bermula dari 12 Julai sehingga 4 Ogos 2013 bersempena Festival Kuala Lumpur 2013 ini diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti selari dengan tema program Festival Ramadan iaitu “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima”.

Sebanyak lapan (8) komponen pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta rakan-rakan penganjur Festival Ramadan 2013.


Comments are closed.

Loading...