Written by AbangNara | August 4th, 2017

Aliff Aziz punya pasal, nama Nick Mikhail tiba-tiba popular seantero Malaysia. Ini semua gara-gara video yang telah dimuatnaik oleh pelakon dari Singapura ini yang mempersoalkan ayat yang telah digunakan oleh Zed Zaidi ketika membincangkan isu Aliff Aziz. Keadaan menjadi semakin serius apabila Persatuan Seniman pada Khamis telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick Mikhail kerana didakwa menggugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi dalam rakaman video dibuatnya.

nick mikhailNamun menurut Nick Mikhail, dia hanya menegur tindakan Zed Zaidi yang menggunakan ayat seperti samseng, bukannya menggugut Presiden Seniman tersebut. Kata Nick:-

Siapa yang mula dulu sekarang? Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil ‘pot’ (kisah) tapi bila tiba satu part dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi: Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh,” saya rasa itu sudah melampau. Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama

nick mikhail

Menurut Nick Mikhail, apa yang disampaikan olehnya hanyalah satu teguran, bukannya ugutan seperti yang disalahfaham oleh Seniman. Tambah Nick lagi:-

Saya tak benci orang Malaysia, saya tak benci Seniman malah dalam video saya tidak ada pun kutuk Seniman atau sesiapa dan teguran itu hanya untuk Zed Zaidi. Ada yang sifatkan ia berbaur ugutan, sedangkan pada saya ia hanya satu teguran.

Mungkin penggunaan bahasanya kasar di mana saya menggunakan bahasa-bahasa yang sering digunapakai samseng, ditambah pula dengan imej saya sebegini maka ia disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bertindak begitu pun kerana mengikut cara dan rentak Zed Zaidi menegur Aliff.

nick mikhail

Secara jujurnya, kalau ada perkataan “bunuh”, memang ia kedengaran samseng dan ganas. Kita selaku seorang manusia mana boleh sesuka hati nak “membunuh” orang. Semoga persengkataan ini dapat diselesaikan dengan aman dan damai. Gaduh besar-besar sebab orang lain pun tak ada faedahnya kan? Lebih baik rileks dan setelkan kehidupan sendiri. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | August 4th, 2017

Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang telah pun selamat bergelar isteri kepada  Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 23 Julai lalu. Keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan itu telah dilakukan bagi menghormati permintaan keluarga. Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya bernikah pada 3 Ogos di sebuah hotel di Putrajaya.

ummi nazeera

Ummi dan Izzar telah disatukan dengan sekali lafaz dengan disaksikan kira-kira 20 orang tetamu. Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Jumlah mas kahwin pula dirahsiakan. Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di sini, Sabtu ini, diikuti sebuah lagi majlis di Persiaran KLCC pada 12 Ogos.

ummi nazeera

Kata Ummi Nazeera:-

Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga supaya pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang.

ummi nazeera

Ummi Nazeera turut sama memohon maaf kerana tidak memberitahu tentang pernikahannya di laman Instagram. Kata Ummi:-

Assalamualaikum ! Good morning ? Anyway first of all ummi nak minta maaf pada rakan media Ummi tak sempat nak share gambar hari pernikahan ummi yg sebenarnya diadakan pada 23 July 2017 yg lepas… So today. Ummi share with allll of u termasuklah fans ummi yg dikasihi ??? Sorry tak beritahu awal .. ini ada lah sebab melibatkan hal peribadi keluarga . Alhamdulillah . Dah jadi isteri orang .. eheh

ummi nazeera

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ummi Nazeera dan Mohd Izzar. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat mendapat cahaya mata. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Ummi Nazeera dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 3rd, 2017

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika perlu menjayakan babak intim. Ia adalah satu keputusan berat yang perlu dilakukan. Kehendak pengarah perlu dituruti namun maruah diri dan keluarga juga perlu dijaga.  Abang Nara suka dengan cara Nadia Brian yang meminta izin keluarga sebelum melakukan babak intim. Sekurang-kurangnya keluarga Nadia tidak terkejut apabila menonton adegan tersebut.

nadia brian

Babak intim dilakonkan bersama Amar Asyraf dalam filem Blok 404. Kata Nadia:-

Sebagai pelakon baharu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan hal sebenar dan tuntutan kerja bagi filem ini kepada keluarga. Mereka memahami dan pastinya, saya memohon keizinan keluarga terlebih dulu sebelum melakonkan babak itu.

Lagipun, banyak teknik helah kamera digunakan dalam filem ini, termasuk babak intim saya dengan Amar. Ia dilakukan bagi memberikan hasil meyakinkan dan terbaik kepada penonton

nadia brian

Diharap apabila nama Nadia Brian sudah meningkat dan semakin popular, bolehlah “demand” untuk kurangkan babak sebegini. Awal-awal ini kalau minta lebih-lebih takut kena cop je. Tak pasal-pasal terus tak ada sebarang tawaran berlakon. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | August 3rd, 2017

Ternyata kontroversi beberapa keping gambar bersama Idris Khan telah memberikan impak besar terhadap kehidupan sebagai seorang pelakon kepada Atikah Suhamie. Selama 6 bulan, tiada sebarang tawaran berlakon telah diterima oleh pelakon yang berasal dari Singapura ini. Akibatnya, wang simpanan Atikah berkurangan sekaligus menyebab dia mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura dan bekerja sebagai pegawai pemasaran.

atikah suhaime

Kata Atikah Suhaime:-

Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.
Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.

Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni.

atikah suhaime

Sebelum ini, Atikah Suhaime menerusi satu perkongsian di Instagramnya telah membayangkan “persaraannya” daripada dunia seni. Namun gambar tersebut telah pun dibuang atas permintaan ibunya.

atikah suhaime

Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya


atikah suhaime

Tidak semua orang bertuah untuk mencipta nama di dalam dunia lakonan di Malaysia ini. Setiap orang sudah tertulis rezeki masing-masing. Mungkin rezeki Atikah Suhaime di dalam bidang lain. Tak perlu mengharap kepada benda yang tidak pasti, lebih-lebih lagi jika ia mengorbankan kehidupan peribadi kita. Semoga terus maju jaya diucapkan. Sumber Mstar Online.

Page 24 of 28« First...10...2223242526...Last »