Rasa Tomyam Lazat Seperti Masakan Thai, Ini Resepi Dan Cara Buat Tomyam Yang Padu!

Trending

Rasa Tomyam Lazat Seperti Masakan Thai, Ini Resepi Dan Cara Buat Tomyam Yang Padu!

Post ini panjang sikit sebab ramai yang tanya macam mana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh). Ini saya kongsikan resepi rahsia dan tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain orang lain cara ye.

Advertisement

Untuk tomyam, saya akan pastikan pedas, masam dan pekat. Tekak memang suka yang masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang & tak perlu tunggu lama nak empuk macam daging.

Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye. Kat belah selatan sini tiada yang jual. Kalau ada pun dorang pegi ambil stok kat siam sana.

Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap dan kat belah-belah utara sana dan negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat.

Bahan-bahan wajib

– bawang besar belah 4
– cili api (ketuk)
– daun ketumbar @ corriander leaves
– daun limau purut
– serai – diketuk
– air asam jawa @ pes asam jawa
– cili boh @ cili kisar
– pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! ?? boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
– ayam/daging/udang/sotong
– carrot
– cauliflower
– baby corn
– celery
– buah tomato belah 4
– cendawan

Cara-cara

• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.

**time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua**

• masukkan garam.
• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
• masukkan tomato – kacau sekejap.
• tutup api.
• masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam. Mabeles!!

Tips

~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik!
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.

Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem! ??

Kredit : Dina Amalia Nordin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...