Graduan RMIT Melbourne Ini Jana RM6,000 Sehari, Inspirasi Disebalik Jual Kentang Goreng

Trending

Graduan RMIT Melbourne Ini Jana RM6,000 Sehari, Inspirasi Disebalik Jual Kentang Goreng

Industri makanan dan minuman merupakan antara industri yang masih bertahan sehingga sekarang. Tatkala industri lain bergelut dengan krisis ekonomi yang tidak menentu, industri makanan terus memacu langkah ke hadapan.

Advertisement

Oleh sebab itu, peluang yang ada dilihat oleh seorang pemuda yang menggunakan sebaiknya untuk mencabar dirinya hingga berjaya peroleh pulangan yang lumayan. Hasilnya, beliau jana pendapatan mencecah RM6,000 sehari dengan menjual kentang goreng yang diberi nama “Katoshka”.

Hasif Othman, 26, seorang graduan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne dan berasal dari Singapura. Beliau menamatkan pengajiannya dalam bidang ekonomi dan kewangan namun mempunyai cita-cita untuk membangunkan perniagaan sendiri.

Idea beliau menjual kentang goreng tercetus ketika berborak bersama rakan baiknya. Walaupun Hasif  langsung tiada pengalaman dalam bidang F&B, namum berani memulakan langkah pertamanya.

Beliau  menamakan produk makanannya dengan nama “Katoshka” kerana mahu jenamanya dilihat seperti jenama antarabangsa. Hasif kemudiannya menggunakan wang simpanan yang dianggarkan sebanyak SGD 10,000 (RM31,500) dan sumbangan daripada ibu bapanya. Beliau mengambil masa selama 4 bulan untuk menghasilkan resepi istimewa dan memilih pelan perniagaan yang paling efektif.

“Disebabkan kekurangan sumber dan kentang goreng ini perlu digoreng serta merta sebelum dihidangkan, kami memerlukan masa yang lama, dan pelanggan terpaksa menunggu antara 30 hingga 40 minit. Pada mulanya kami meminta nombor telefon pelanggang dan memberitahu akan menelefon mereka apabila kentang goreng mereka siap,” jelas Hasif.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai fasa awal perniagaanya, Hasif berkata sambutan awal agak perlahan.

Namun di minggu kedua mula mendapat pelanggan hasil dari liputan media dan bantuan keluarga serta rakan-rakan. Menurutnya lagi, mereka mendapat perhatian media kerana menjual makanan lain daripada yang lain dalam pasaran Singapura.

Setelah penduduk Singapura sedia maklum dengan perniagaan Hasif, pulangan hariannya mula membuahkan hasil yang agak lumayan di antara RM4,700 hingga RM6,300 bergantung kepada lokasi, dengan purata jualan sebanyak 300 cawan kentang setiap hari.

Disoal mengenai nasihat kepada mereka yang ingin menjadi usahawan sepertinya, Hasif menjawab :

“Terus mulakan, jangan takut. Kita dapat belajar di sepanjang jalan. Tak kisahlah apa pun hasilnya, pengalaman yang kita dapat itu akan menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.”, jelasnya.

Sumber : Asia One

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...