Written by Bella | May 1st, 2017

Baru berusia tiga tahun, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana sudah mempunyai program beliau sendiri, menerima pelbagai tawaran iklan dan lain-lain. Pendek kata, Lara sebenarnya sudah menjana pendapatan sendiri.

Susulan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN,  menurut Scha beliau dan Awal sudah melantik ejen untuk menguruskan pendapatan Lara. Malah, Lara sudah ada fail cukai pendapatan beliau di LHDN.

Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.

Nampaknya kini bukan sahaja artis yang perlu membayar cukai tetapi anak artis yang juga sama popular seperti ibu dan bapa mereka.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | May 1st, 2017

Bakal berdepan saman RM 1.5 juta gara-gara didakwa melanggar kontrak perjanjian dan membuatkan produksi drama Yes Sir Nak Pergi Mana iaitu JNI Creative Sdn Bhd mengalami kerugian, pelakon Azrel Ismail nampaknya enggan berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya.

Azrel pada awalnya sudah pun memberitahu jadual beliau agak padat namun pihak JNI Creative tetap ingin beliau berlakon di dalam drama tersebut.  Sebenarnya, drama tersebut tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana pihak produksi sering menukar kru penggambaran.

Sejak awal lagi, saya sudah memaklumkan kepada pihak produksi mengenai jadul kerana saya mempunyai komitmen lain. Saya juga ada bukti mengenai perkara itu.. Mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan? Secara jujur, kami semua tidak sempat menyiapkan penggambaran 13 episod seperti yang didakwa. Ada beberapa episod yang belum siap sepenuhnya disebabkan jadual penggambaran kucar-kacir apabla produksi kerap menukar kru penggambaran.

Azrel juga menjelaskan beliau bukan mendesak pihak produksi untuk menjelaskan baki bayaran tetapi hanya mahu mendapatkan kepastian.

Memang dalam kontrak ada menyatakan bayaran kedua diterima selepas tamat penggambaran 15 episod. Tetapi dalam hal ini, mereka seperti melengah-lengahkan proses penggambaran. Selepas dua bulan, tidak nampak langsung bayangan 15 episod drama ini akan siap. Jadi, tidak salah rasanya kalau saya bertanya soal bayaran kerana saya tidak pernah melalui situasi begini dengan mana-mana produksi sebelum ini.

Harapnya perkara ini masih dapat dibincangkan secara baik. Mungkin ada salah faham yang berlaku dan adalah lebih baik sekiranya pelakon dan produksi bertemu empat mata untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | May 1st, 2017

Ini satu berita tergempar yang baru kami terima, khabarnya pelakon kacak Remy Ishak kini sudah bergelar tunang kepada, Ezza Yusof pengasas kepada 2morrowbridestory yang popular dengan produk kasut pengantin yang mempunyai rekaan cukup unik. Difahamkan majlis pertunangan tersebut berlangsung di Pahang.

Menguatkan lagi berita tersebut, Insta Stories di Instagram milik Ezza juga ada menunjukkan dirinya dan Remy seakan duduk bersama di atas pelamin.

Malah, pelakon Nad Zainal juga turut mengucapkan tahniah di ruangan komen. Jurugambar rasmi untuk majlis berkenaan juga mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk merakam momen indah Ezza dan Remy.

Tahniah kami ucapkan kepada Remy Ishak dan pasangan. Harapnya segala perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin pula akan dipermudahkan. Akhirnya Remy bertemu dengan seseorang yang tepat buat dirinya.

Page 46 of 46« First...102030...4243444546