Exclusive: Pendedahan Tentang Kartunis Ujang Oleh Otai dan Orang Industri

Trending

Exclusive: Pendedahan Tentang Kartunis Ujang Oleh Otai dan Orang Industri

Seberapa minggu lalu kecoh dengan kisah Kartunis Ujang diberhentikan oleh sebuah syarikat penerbitan. Kami hairan, tiada seorang pun Kartunis mengeluarkan kenyataan berkaitan isu Ujang tersebut. Masing masing macam buat tidak kisah.

Advertisement

Selepas itu, muncul beberapa cerita yang mendedahkan kisah sebenar tentang Kartunis Ujang. Kisah yang orang dalam industri pa zaman Kharisma dan Moy Sdn Bhd sahaja yang arif. Apabila baca cerita tersebut, kami pun tidak percaya dan menggangap cerita tersebut adalah rekaan. Kami kemudian kongsikan ss tersebut dengan seorang Otai yang merupakan orang lama dari Kharisma untuk pengesahan.

Maklum balas dari beliau sememangnya mengejutkan apabila apa yang dikatakan dalam ss tersebut adalah betul semuanya.

Kita ringkaskan sahaja di sini

– Point yang sangat penting yang diberitahu oleh seorang orang lama dari Kharisma. Ujang tidak pernah tipu bab duit. Dia tidak pernah sampai ke tahap itu. Isu pemberhentian itu adalah benda biasa, benda kecil tapi seolah olah besar dan isu tersebut hanya diperbesarkan oleh Ujang. Menurut beliau, Ujang akan menggunakan serangan unapologetic jika beliau tidak puas hati terhadap musuhnya sama seperti yang digunakan terhadap Dato Moy.

Ujang tidak pernah dikelentong oleh Dato Moy seperti yang kita sedia maklum. Dato Moy tidak pernah menyaman Ujang, beliau hanya menfailkan injunction untuk Ujang tidak menggunakan artwork yang sedia maklum milik Kharisma iaitu syarikat yang mempunyai hak bagi Majalah Ujang. Kharisma adalah syarikat milik Mr Lam, bukannya milik Ujang. Majalah Ujang adalah milik syarikat Kharisma, Ujang hanyalah orang yang memberikan idea dan pengarah kepada majalah tersebut. Cerita ini samalah dengan Upin Ipin, walaupun Nizam Razak yang mencipta Upin Ipin tetapi hak kepada kartun tersebut adalah milik Les Copaque.

– Dato Moy sebenarnya telah dibuang dari Kharisma. Selepas itu, Kharisma jatuh dan menangung hutang yang banyak. Ujang pula hilang entah ke mana dan secara tiba tiba Ujang membawa berita gembira dengan menubuhkan companyy sendiri yang diberi nama Varia Lawak. Dalam masa yang sama, Dato Moy kembali dan membeli Kharisma dengan nilai RM3juta tidak termasuk hutang pencetakkan dan menukarkan Kharisma kepada Moy Sdn Bhd.

Semasa Varia Lawak di pasaran, Ujang telah menggunakan artwork milik Kharisma (yang telah menjadi Moy Sdn Bhd). Dato moy menfailkan injunction supaya Ujang berhenti menggunakan artwork milik Kharisma. Ujang. Ujang berhentikan penggunaan art work tersebut dan kembali dengan majalah yang baru iaitu majalah Lanun.

– Lanun berada di pasaran selama bertahun dan Ujang terus dengan lifestyle dia yang mewah seperti zaman menerima gaji 16k/sebulan di Kharisma dulu. Kalau Moy saman dia, tak akan la dia boleh hidup mewah. Dengan kejayaan Lanun, Ujang boleh beli rumah boat dan macam macam. Di sini la dia mula memancing dan masuk hutan. Pengurusan syarikat diabaikan hingga kewangan syarikat huru hara dan kartunis tidak dibayar serta hutang syarikat dengan company printing mula tertimbun. Cerita ini disahkan sendiri oleh seorang Otai yang mahu dikenali dengan orang lama zaman Kharisma sahaja.

– Selepas Lanun yang menerima kegagalan. Ujang comeback dengan Majalah Arena 2000. Tapi majalah itu juga tak lama bertahun di pasaran. Dan Dato Moy dituduh lagi kerana menyaman beliau atas saman yang tidak wujud.

– Semasa majalah Apo dan Ujang tutup ramai antara yang mengutuk dan mengatakan itu adalah balasan kerana aniaya Ujang termasuk lah penulis (saya) sendiri. Tapi sebenarnya Dato Moy tidak rugi satu sen pun dari penutupan tersebut. Itu kerana pasaran majalah yang memang sangat teruk pada waktu itu, manakan tidak, bila keluar je majalah terus scan masuk internet. Benda ni kalau orang main forum zaman tu tahu lah.

– Menurut orang lama dari Kharisma, Ujang merupakan seorang kartunis yang sangat hebat. Beliau mempunyai skill yang sangat hebat dalam mengcungkil bakat seorang kartunis. Beliau akan mengasah seorang kartunis itu hingga ke tahap maksima seorang kartunis itu boleh kecapi. Bagi penulis, tempat Ujang bukan lah di syarikat penerbitan. Tempat beliau adalah di Universiti untuk mengasah bakat lukisan anak muda sekarang ataupun di sekolah sekolah seni lain. Itu hanya pendapat penulis.

– Selepas mendengar cerita dari pelbagai orang lama dalam industri. Tindakan Ujang yang mengaibkan Nyla dan LCP adalah tidak wajar. Sebagai orang lama dan boleh dikatakan legend dalam industri Komik, beliau sepatutnya memberi sokongan kepada mereka yang masih baru dalam industri.

Di sini saya sertakan sekali attachment yang lebih jelas kepada anda. Berbualan whatsapp ini telah disahkan betul sendiri oleh orang lama dari zaman Kharisma sendiri. Kami juga sertakan sekali SS perbualan kami bersama orang lama dari kharisma serta salah seorang orang lama dalam industri komik.

SS perbualan bersama salah seorang orang dalam industri.

SS perbualan bersama orang lama dari Kharisma

Seperti yang diberitahu oleh mereka sendiri. Isu Ujang dibuang itu tidak sepatutnya dibesarkan dan Ujang tidak sepatutnya kondem Majalah lain kerana Majalah tersebut tidak sehaluan dengan dia. Bila dia kondem jadi lah macam ni. Sales akan drop, industri komik pulak akan tergugat. Umum ni dah la anggap Ujang ni yang teraniaya sejak dulu lagi, padahal isu tu cuma rekaan Ujang sahaja.

Tujuan kami ni bukan lah nak aibkan Ujang. Macam yang saudara dari Kharisma cakap la, Ujang perlu berhenti jadi orang yang memecah belahkan industri Komik. Ujang perlu ubah sikap beliau yang selalu kondem karya kawan kawan kartunis lain. Dah tiba masa untuk berubah dan support karya Kartunis lain yang rata rata pernah menjadi anak didik dia.

*Terima kasih kepada semua individu yang sudi berkongsi cerita dan maklumat dengan amazingnara.com




Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...