Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Fazura Tidak Kisah Dibandingkan Dengan Neelofa

Gandingan Neelofa dan Fattah Amin menerusi drama Suri Hati Mr Pilot mencetuskan fenomena luar biasa sehingga meraih populariti serta peminat yang ramai. Ramai peminat yang menginginkan agar mereka berdua kembali berlakon bersama di dalam drama terbaru, Hero Seorang Cinderella, namun  Neelofa dan Fattah tidak mahu bekerjasama lagi. Oleh itu, pelakon Nur Fazura pula di pilih sebagai heroin HSC.

Advertisement

Sedar dengan kemungkinan beliau akan dibandingkan dengan Neelofa, Fazura bagaimanapun mengakui beliau tidak kisah. Buat Fazura, ia perkara biasa yang terjadi kepada semua pelakon.

Bagi saya perkara itu adalah biasa kerana kami sendiri mempunyai peminat masing-masing yang menyokong kerjaya seni kami. Saya juga telah bersedia jika dibandingkan dengan Neelofa kerana ia bergantung kepada ‘selera’ masing-masing.

Apa yang penting saya sudah melakukan yang terbaik dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah Michael Ang.

Fazura dan Neelofa, kedua-duanya mempunyai cara tersendiri ketika berlakon. Siapa tahu Fazura juga mampu mencetuskan fenomena juga? Sama-sama kita saksikan gandingan Fazura dan Fattah apabila HSC ditayangkan nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top