Written by AbangNara | March 17th, 2017

Berjalan-jalan dengan anak walaupun sekadar keluar ke shopping kompleks bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum kita melangkah keluar dari rumah, lebih-lebih lagi kalau anak dah 3 orang macam Abang Nara dan isteri.

dr seroi

budak 3 orang nie tau bergelak ketawa dan bergembira je lah dapat jalan-jalan

Bab-bab menyiapkan anak-anak dan memastikan semua keperluan Aariz, Arissa dan Alara tersedia di dalam beg adalah tugas wife Abang Nara. Memang dia tersangat-sangat cekap, pantas dan tuntas. Sepanjang pemerhatian Abang Nara, ada 5 benda yang wife tercinta wajib bawa untuk anak-anak apabila kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Benda-bendanya ialah:-

1.Nursing cover

dr seroi

selain suka makan aiskrim, Alara juga Alhamdulillah masih breastfeed di kala usia setahun setengah

Anak ketiga Abang Nara iaitu Alara masih lagi “breastfeed” di usia setahun setengah. Alhamdulillah rezeki dia dapat susu ibu lama sikit. Insya Allah badan lebih kuat dan lebih sihat. Kalau menyusu badan ini memang tak kira time. Time dia nak, memang sampai menangis dibuatnya. Jadi wife Abang Nara akan pastikan nursing cover sentiasa berada di dalam beg. Menyusu badan menyusu badan juga, tetapi etika dan kesopanan haruslah dijaga terutama ketika berada di tempat awam. Tak gitu?

2. Susu, botol dan air

dr seroi

air panas dan botol-botol budak 3 orang itu

Sementara itu untuk Aariz dan Arissa, wife Abang Nara akan muatkan botol susu, susu formula dan juga air panas serta air suam untuk mereka. Budak 2 orang ini pun bila sampai mood nak minum susu memang tak boleh tunggu sampai rumah. Mesti nak minum masa itu jugak.

3. Diaper

diaper

yang baju kuning tue dah pandai dah gi tandas sendiri. Tinggal 2 orang je lagi kena toilet train

Fuh. Ini benda yang kalau terlupa bawak, Abang Nara sanggup patah balik rumah untuk ambil. Jangan main-main kalau terlupa bawak diaper. Memang boleh menangis dibuatnya. Ada sekali tue pengalaman pahit sampai berbau seluruh kereta akibat tak bawak diaper. Sampai seminggu tak hilang-hilang baunya. Terus trauma sampai ke hari ini. Hehehe.

4. Wet tissue

dr seroi

wet tissue mesti wajib diselit di beg untuk digunakan ketika keluar berjalan

Wet tissue atau dalam bahasa Melayunya, tisu basah ini wajib dibawa sebab macam-macam kegunaannya. Bukan sahaja untuk basuh kencing dan berak sebelum tukar diaper, namun ia juga boleh digunakan untuk membersihkan botol susu, bersihkan kotoran pada baju, bersihkan mulut anak lepas makan dan macam-macam lagi. Sekarang ini wife Abang Nara menggunakan Dr Seroi Baby Rice Tissue yang bebas 100% daripada penggunaan bahan kimia.

dr seroi wet tissueBerasal dari Korea, Dr Seroi Baby Rice Tissue diperbuat hanya daripada 2 bahan iaitu air suling dan ekstrak beras dan kacang yang telah di”fermented”kan. Kalau sebelum ini kadang-kadang Arissa dan Alara akan ada gatal-gatal, kemerahan dan masalah kulit, namun selepas menggunakan Dr Seroi Baby Rice Tissue ini, tak ada dah masalah macam tue. Memang wife Abang Nara tak ragu-ragu nak bersihkan botol, bersihkan mulut, bersihkan badan anak-anak dengan , Dr Seroi Baby Rice Tissue ini.

dr seroi

tak ada ragu-ragu nak bersihkan mulut anak dengan wet tissue Dr Seroi

Paling penting, teknologi Dr Seroi Baby Rice Tissue ini telah dipatenkan di Korea dan mendapat kelulusan Kementerian Makanan dan Keselamatan Korea dan juga USA OMRI. Sebab apa dapat kelulusan makanan? Sebab ia disahkan sebagus “makanan” bukannya produk kosmetik. Tahap kebersihannya ialah sampai kita boleh minum air yang diperah dari wet tissue ini lah. Hebat tak hebat.

dr seroi

sebelum bagi air tin, kita bersihkan dulu dengan wet tissue

Dr Seroi Baby Rice Tissue didatangkan dalam 2 packaging iaitu 60 helai dan juga 20 helai yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sekarang ini tengah ada promosi 10% apabila anda membuat pembelian sekiranya anda LIKE Facebook Dr Seroi Baby Rice Tissue. Tapi kalau nak beli di Lazada dan Shopee pun boleh. Mana-mana yang mudah dan senang untuk anda.

dr seroiWife Abang Nara memang jarang recommendkan produk-produk baby namun Dr Seroi Baby Rice Tissue ini memang dia suka sangat-sangat. Memang berbaloi-baloi untuk kegunaan anak-anak, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang prihatin terhadap penggunaan bahan kimia di dalam produk bayi. Maklumat lanjut tentang produk ini boleh tengok di Facebook Dr Seroi Baby Rice Tissue atau follow Instagram @dr_seroi.

5. Makanan ringan

dr seroi

aiskrim pun kadang-kadang Alara jadikan “baby food”nya. Kuat makan yang sorang nie

Kalau kami sekeluarga pergi jalan jauh-jauh seperti balik kampung ke Melaka atau Kelantan, memang wife Abang Nara akan sediakan satu beg berisi makanan untuk anak-anak. Budak-budak kalau lapar memang cepat meragam di dalam kereta. Jadi dengan adanya makanan untuk mereka, perut sentiasa penuh dan tiada tangisan akan kedengaran. Jadi Abang Nara pun tak stress sangat nak memandu. Hehehe.

Itu sahaja 5 benda wajib yang wife Abang Nara bawa setiap kali kami berjalan dengan anak-anak. Korang pula macam mana? Mesti korang pun ada barang tersendiri kan? Meh la sharekan di ruangan komen. Mana tahu ada yang wife Abang Nara terlupa nak bawak selama ini.

Written by Bella | March 16th, 2017

Selepas dihimpit pelbagai persoalan tentang suaminya yang tidak pernah lagi bersama beliau, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengesahkan beliau sudah berpisah dengan Pengiran Mohd Ilham Syazwan seorang warganegara Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.

Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.

Walaupun mahligai yang dibina tidak kekal lama, Zarina akui beliau tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.

Zarina dan bekas suaminya mula berkenalan sekitar tahun 2014 menerusi laman Instagram sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada 8 Februari 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martrin Ezra yang kini berusia enam bulan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 16th, 2017

Sebut sahaja nama Fynn Jamal, pasti anda semua kenal bukan? Nampaknya Fynn kini sudah berubah penampilannya dengan memakai niqab dan sering aktif berdakwah. Beberapa hari lepas, Fynn ada memuat naik video dimana beliau menerangkan cara solat wanita dan solat lelaki itu sama.

Kami pun tidak tahu daripada mana Fynn mendapatkan sumber tentang cara solat itu dan video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan Fynn yang seakan memandai-mandai mengeluarkan fatwanya sendiri.

Berikut video hangat tersebut :-

Isu ini turut mendapat perhatian semua ahli agama, namun seorang ahli ulama menerusi akaun Facebooknya, Abdul Rahman Dan Zaujah telah terpanggil untuk memberikan komen dan pandangannya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Fynn.

Ikuti pandangan ahli ulama tersebut di bawah :-

Hukum hakam tentang agama ini tidak boleh dibawa main-main dan sebelum berkongsi sesuatu mengenai agama, seseorang itu harus memastikan ia daripada sumber yang betul kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Sumber Berita : Abdul Rahman Dan Zaujah / Mohammad Muzani

Written by Bella | March 16th, 2017

Dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Redza Rosli, Ayda Jebat nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mereka benar-benar ditakdirkan untuk menjadi pasangan kekasih. Padanya, hubungan rapat beliau dan Redza bukanlah satu isu besar kerana kedua-duanya masih lagi solo.

Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’ (sama perangai) dengan saya. Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami.

Ayda merasa selese berkawan dengan Redza dan faktor usia mereka yang sebaya menguatkan lagi keserasian antara mereka berdua.

Pada masa yang sama, Ayda tidak menafikan bahawa foto mesra mereka yang dimuat naik di akaun Instagram menimbulkan salah faham tentang hubungan mereka.

Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama. Mungkin sebab itu juga ketika di set (penggambaran) kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham.

Bak kata orang tua-tua, daripada kawan boleh jadi kekasih. Kalau keserasian dah ada, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa lebih serius.

Sumber Berita : mStar Online

Page 20 of 41« First...10...1819202122...3040...Last »