Bakal Suami Ajak Duduk Rumah Parent Lepas kahwin, Ibarat Hulur Tengkuk Untuk Dipenggal?

Trending

Bakal Suami Ajak Duduk Rumah Parent Lepas kahwin, Ibarat Hulur Tengkuk Untuk Dipenggal?

Masa BF ajak kahwin then cakap nak tinggal dulu di rumah parents sementara nak kumpul duit menyewa itu, yang setuju dah kenapa?

Advertisement

Sedangkan bukan tak tahu Islam sangatlah menegaskan bila sudah berkahwin, berpisahlah bumbung daripada keluarga. Korang rasa kenapa?

Wanita-wanita, kalau BF ajak duduk rumah parents mereka selepas kahwin. sama macam korang hulur tengkuk korang untuk dipenggal. Faham tak?

Mula-mula okey, lama-lama keruh. Patutlah sebelum jadi keruh itulah bawa diri cepat keluar dari rumah itu.

Selepas berkawan dengan BF aku, setahun kemudian dia ajak kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah nak duduk di mana selepas berkahwin?

Aku tak ada nak bersweet-sweet plan anak berapa orang, nama anak apa, yada-yada-yada. Dok cerita-cerita berangan buat apa? Face the reality.

Untuk membina keluar baru, perkara asas tentunya sebuah rumah untuk tinggal dan bina bersama. Bukan nak suruh mata duitan kena beli rumah dulu ke apa, menyewa dulu pun okey.

Tak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekalipun.

Nak bina keluarga, keluar dari rumah family. Aku sangat bertegas dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai. Aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan.

Mak aku memang bertegas kalau anak-anak dah kahwin, sila pindah keluar untuk adik-adik yang lain dapat bilik sendiri.

Aku faham maksud mak. bukan dia nak menghalau tetapi dia nak kita suami isteri ini ada tanggungjawab. Jadi, dua bulan sebelum majlis kahwin, suami aku dah bayar deposit rumah sewa siap-siap.

Pindahkan sikit-sikit barang aku dari rumah keluarga, cuma tinggalkan sikit-sikit saja pakaian yang nak dipakai.

Ada juga masa beraya di rumah bakal mentua. Bapa dia cakap dengan aku, tak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia sebab ada banyak bilik kosong, kononnyalah.

Memanglah banyak bilik kosng sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negeri yang berbeza. Dua lagi adik dia di asrama. Yang tinggal di rumah itu cuma adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum saja tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tak nak. Sebab apa? Nanti bila time cuti sekolah ke, dah sah-sahlah rumah itu penuh dengan yang dah kahwin itu pun balik jenguk mak dia. Habis kau rasa kau boleh selesa ke?

Terus terang kalau kena menetap rumah mentua selepas kahwin, baik tak payah kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku saja, lagi selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri.

Suami aku pun, gaji pokok hanya tiga angka masa nak kahwin. Maka selepas bertunang, kami tak selalu keluar. Tiga bulan sekali baru jumpa. Dia pulun overtime (OT) banyak-banyak sebab tahu nak ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tak demand rumah itu mesti tersedia semua.

Awal kahwin mesin basuh pun tak ada. Menyentallah aku basuh pakaian menggunakan tangan. Tapi tak apa, asalkan bukan serumah dengan mentua.

Jangan salah faham ye, bukan aku tak suka dengan ibu mentua. Aku rapat dengan mereka dan ipar-ipar semua dan sebab nak menjaga hubungan rapat itulah aku tak nak duduk sebumbung.

Lagipun cara kita dibesarkan memang tidak sama. Dah kalau kau membesar seperti angsa yang cantik serba serbi bersih sempurna, kemudian kau masuk dalam keluarga yang macam ayam jenis berak merata, nak tak nak kau kenalah jadi ayam sama!

Kalau setakat hidup berdua pun tak mampu nak sediakan rumah, nanti anak dah tiga pun belum tentu ada rumah. Maka malam-malam dok berhimpitlah kau lima beranak dalam bilik sama.

Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tak rimas ke? Kalau rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam okeylah, tingkat rumah lagi banyak dari jumlah anak.

Ini tidak, dah tahu jumlah bilik pun tak sebanyak jumlah anak-anak yang ada, kau pula ada hati nak menyempit lagi dalam rumah itu? Itu bukan kata susah senang sama tetapi cari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang hidup derita di rumah mentua. Sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi kenapa nak mengeluh?

Tuk apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah awak dan suami awak yang bimbang untuk bina keluarga dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Konon duduk rumah family sementara tetapi sampai bila? Tunggu apa? Tunggu hujan emas dari langit ke? Last-last kau mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau yang menempah maut.

Aku ada kawan yang nasibnya begitu Orang jauh pantai timur, BF orang Selangor. Puas aku nasihat tetapi nak kahwin juga, kemudian tinggal dengan mentua.

Sekarang? Dah lima tahun mereka berkahwin, kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati, makan tengah hari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal.

Kadang-kadang nasi kosong dengan telur goreng saja. Kadang-kadang sayur kubis semata-mata. Dari raut wajah pun boleh tahulah yang dia tidak gembira sebab zaman anak dara menyewa dengan kawan-kawan lagi gembira aku tengok.

Paling aku kasihan kita ni ada mak. Kadang-kadang mak teringin nak berjalan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang rumah anak tetapi ke rumah besan. Tak ke kasihan?

Sekian confession berserta nasihat daripada akak yang sudah 11 tahun berumahtangga. Alhamdulillah bahagia dan sudah berjaya membeli rumah sendiri. – Lina

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...