Written by Bella | March 31st, 2017

Semalam, Nora Danish sudah sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri. Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Malah, ada yang memuji betapa cantiknya Nora mengenakan busana rona putih.

Walaubagaimanapun,  ada juga netizen yang mengkritik baju pernikahannya itu. Mereka menyifatkan ia tidak sopan.

Berikut antara komen netizen :-

Hmmph, isu ini bergantung kepada pandangan masing-masing. Kadang-kadang kita mengkritik cara seseorang itu berpakaian tetapi adakah kita sudah cukup sempurna?

Written by Bella | March 31st, 2017

Umum mengetahui Adi Putra menyatakan beliau sudah tidak ada kena mengena dengan kedua-dua isterinya lagi. Kenyataan itu dibuat susulan berita dimana Adi dikatakan sudah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya Aida Yusof pada  3 Mac lepas.

Sepatutnya hari ini merupakan sebutan kali kedua bagi permohonan cerai terhadap isteri pertamanya. Namun, Adi gagal untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.

Berikutan kegagalan itu, sebutan kes tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian. Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.

Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak. Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Plaintiff ditangguhkan sekitar Mac lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | March 31st, 2017

Hari ini, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal mengadakan majlis pernikahan mereka selepas dua tahun bercinta.  Terdahulu, Sharnaaz pada 18 Disember 2016 telah mengambil keputusan untuk merisik Noor Nabila.

Difahamkan, majlis akad nikah  akan diadakan pada sebelah malam di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur secara tertutup.

Bersempena dengan majlis raja seharinya hari ini, Noor Nabila semalam telah mengadakan acara malam berinai yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Berikut beberapa foto sekitar malam berinai Noor Nabila dengan membaca entir ini sepenuhnya.

Kredit Foto : WEDLOCX

 
Written by Bella | March 31st, 2017

Terus-terang, dalam masyarakat kita, agak susah untuk melihat bekas suami dan bekas isteri boleh ada hubungan yang agak baik selepas penceraian berlaku. Namun, buat Jejai dan Nora, mereka enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi di masa lalu. Tindakan Jejai yang hadir pada majlis perkahwinan Nora dan Nedim semalam nyata menunjukkan bekas suami dan bekas isteri mampu untuk menjadi kawan.

Bukan itu sahaja, Jejai turut memuat naik ucapan mendoakan kebahagiaan Nora dan Nedim.  Rata-rata netizen yang membaca ucapan tersebut memuji Jejai sebagai seorang “gentleman” dan agak “sporting”.

Berikut antara komen netizen:-

Malah, Nedim juga mengucapkan terima kasih kepada Jejai atas doa agar rumah tangga yang dibina dengan Nora akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Wah! Kami harus akui, kami juga begitu respek dengan sikap Jejai. Semoga selepas ini, Jejai pula bertemu dengan wanita yang tepat buat dirinya dan mampu untuk menikmati kebahagiaan bersama sehingga akhir hayat.

Page 2 of 4112345...102030...Last »