(VIDEO) : “Lubang Jalan Ini Kami Turap Hanya 3 Minit, Modal RM35”, PBT Dipersoal Lambat Baiki Jalan Rosak

Trending

(VIDEO) : “Lubang Jalan Ini Kami Turap Hanya 3 Minit, Modal RM35”, PBT Dipersoal Lambat Baiki Jalan Rosak

Kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) telah memuatnaik sebuah video mendakwa mereka berjaya untuk menurap lubang jalan yang membahayakan pengguna jalan raya.

Advertisement

Ketuanya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, beliau rasa kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menggunakan alasan peruntukan untuk kerja baik pulih.

“Saya pernah bersemuka dengan pihak PBT. Alasan yang mereka berikan jalan berlubang tidak berturap adalah menunggu peruntukan.

“Turapan yang saya buat ini bernilai RM35 sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa tiga minit, tidak susah, cuma hendak dengan tidak sahaja.”

“Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

“Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT,” kata yang dah 10 tahun terlibat dalam bidang ini.

Beliau juga mendakwa, sewaktu dia dan rakan-rakan menurap jalan di sini menggunakan sepaket tar seberat 25 kg, dia hanya menghabiskan RM35 berbanding berbanding RM100 harga pasaran.

Lando Bagaimanapun menafikan apa yang dilakukannya itu adalah amalan vandalisme.

“Kenapa kami kena conteng tanda nama kami atau letakkan harga RM35? Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

“Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT. Jadi ini sahaja caranya. Kami buat sebegini bukan vandalisme.

Dia turut mendedahkan kos bulanan yang ditanggung mereka hanyalah sekitar RM5,000 sebulan di mana kebanyakkan adalah duit mereka sendiri di sembilan buah negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Sumber : Projek MMO.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...