Written by AbangNara | January 24th, 2017

Sehingga ke hari ini, Pekin Ibrahim tidak pernah memperkenalkan wajah kekasihnya yang bernama Iman. Menurut Pekin, kekasihnya itu adalah seorang model dari London. Kalau dah nama model, sudah tentu cun melecun sehingga boleh menyebabkan kecemburuan orang ramai. Menariknya, ada sesetengah pihak telah menghantar mesej peribadi kepada Pekin di laman sosial Instagram dengan meletakkan artikel sebuah blog mendedahkan identiti Iman yang menipu ramai lelaki sebelum ini.

pekin ibrahim

Abang Nara pernah terdengar kisah penipuan membabitkan seorang wanita yang super duper cantik sehingga ramai artis lelaki tersungkur ditipu olehnya. Namun anda semua tak perlu risau. Kekasih Pekin Ibrahim yang bernama Iman ini bukanlah wanita tersebut. Pekin sebenarnya telah pun bertemu dengan Iman dan membawa kekasihnya itu bertemu dengan ibunya. Jadi ini bermakna Iman memang wujud. Kata Pekin:-

Saya tidak faham kenapa mereka menuduh Iman yang bukan-bukan. Kononnya, Iman pernah menggunakan nama lain seperti Elina, yang juga pernah menipu beberapa aktor lain.

Kemudian, mereka juga kata kekasih yang saya umumkan di media sebelum ini sekadar imaginasi saya. Kalau begitu, siapa pula Iman yang saya bawa berjumpa dengan ibu? Rasa kelakar pun ada dengan dakwaan pelik sebegini.

pekin

Jadi para peminat Pekin Ibrahim tidak perlu risau. Iman memang wujud dan mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi sekiranya tiada aral yang melintang. Kemungkinan besar si penipu yang pernah mengecohkan dunia hiburan satu ketika dahulu adalah orang lain. Semoga hubungan Pekin dan Iman akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | January 23rd, 2017

Desas-desus yang bertiup kencang tentang keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin akhirnya terjawab. Menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Namun begitu Hanez Suraya tidak hadir ke mahkamah sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya.
hanez surayaBerita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini. Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.
hanez uraya

Hanez Suraya dan Romie telah pun berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. Hanez Suraya telah cuba dihubungi oleh pihak media namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Semoga Hanez Suraya akan tampil satu hari nanti untuk membuat penjelasan sekaligus merungkai segala persoalan yang bermain di kepala para peminatnya. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | January 23rd, 2017

Amboi, amboi, amboi. Tersenyum kambing Abang Nara membaca kata-kata Mia Ahmad. Memang pengantin baru sangat-sangat segala ayatnya. Baru sahaja diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari lalu, Mia Ahmad mengakui dia masih menyesuaikan diri sebagai isteri dan kadang-kadang terlupa status ‘halal’ yang telah dimilikinya.

mia ahmad

Abang Nara sebagai seorang lelaki masa baru-baru kahwin dulu rasa seronok apabila hanya “berdua” di rumah. Mia Ahmad ini pula rasa takut. Hehehe. Mungkin itulah perasaan seorang wanita yang baru bergelar isteri. Yang lelaki ini memang rasa teruja je sepanjang masa. Gesel bahu pun tak boleh. Kata Mia Ahmad:-

Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami.

Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa.

mia ahmadComel sungguh kan? Insya Allah lama-lama hilanglah perasaan takut tue. Biasalah awal-awal kahwin ini. Memang kekok dan macam-macam jenis perasaan akan sering menerpa. Semoga Mia Ahmad dan suami akan terus berbahagia di samping diri masing-masing. Sama-sama kita doakan. Amin. Sumber Kosmo.

Written by AbangNara | January 23rd, 2017

Angin tiada ribut tiada, tup-tup desas-desus keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin kini sedang hangat diperkatakan. Desas-desus ini bermula apabila nama pasangan suami isteri ini didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Menurut bacaan Abang Nara, kes Mal ini merangkumi perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

hanez suraya

Sudah tentu desas-desus ini mengejutkan ramai pihak kerana pasangan suami isteri ini tampak amat bahagia, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak sulung mereka, Puteri Aleesya. Pasti ramai yang tertanya-tanya kebenaran berita ini. Hanya Hanez Suraya dan Romie sahaja yang dapat mengesahkannya. Selaku peminat, kita doakan yang terbaik buat mereka.

hanez suraya cerai romie

Sesungguhnya setiap perkahwinan pasti ada ujian, pasang surut dan cabaran tersendiri. Semoga Hanez Suraya dan Romie tabah menghadapinya. Diharap janganlah perkahwinan ini berakhir dengan penceraian, lebih-lebih lagi kerana adanya seorang anak yang masih dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Sumber Forum Cari.

Page 10 of 38« First...89101112...2030...Last »