Viral Ibu Kecewa Anak Pelatih Pulapol Dipulangkan Sebagai Mayat: Doktor Beri Penjelasan

Trending

Viral Ibu Kecewa Anak Pelatih Pulapol Dipulangkan Sebagai Mayat: Doktor Beri Penjelasan

Semalam, seorang wanita melalui akaun Facebook telah meluahkan rasa kecewa setelah anaknya, Mohd Anuris Ilham Anuar, 22, yang sedang menjalani latihan di PULAPOL Ayer Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, dipulangkan kepadanya sebagai mayat. Hasil bedah siasat menunjukkan Anuris meninggal dunia  kerana serangan jantung.
untitled-1
Wanita itu, yang menggunakan nama Facebook, Che Suhaimah, mempersoalkan mengapa anaknya mengalami paru-paru berair dan jantung bengkak sedangkan dia sihat dan cergas sewaktu memulakan latihan September lepas.

Advertisement


Che Suhaimah menulis:

1

2

3

4
Che Suhaimah turut menyertakan borang daftar kematian dan laporan polis mengenai kejadian yang menimpa Anuris melalui status Facebooknya.
16179100_129257744249871_4195907182499618552_o

16299800_129257800916532_6293985413144535424_o

Bagaimanapun, seorang doktor telah memberi penerangan bahawa serangan jantung sebenarnya tidak mengira tahap kecergasan dan kedaaan fizikal seseorang. Doktor itu, Abdul Rahman Abdul Kadir,  telah menulis di Facebook bagi menjawab persoalan Che Suhaimah. Ikuti tulisan Dr. Abdul Rahman:

Saya terpanggil untuk menjawab sebuah posting yang sedang viral di media sosial.

Ia berkenaan rintihan seorang ibu yang kehilangan anaknya yang sedang menjalani latihan polis di PULAPOL Ayer Hitam.

Saya amat bersimpati atas kehilangan anak tersayang dan mengucapkan takziah kepada ibu tersebut dan keluarganya.

Ibu Dalam Fasa Kemurungan (Stage of Bereavement)

Adalah lumrah untuk seseorang yang sedang kemurungan (bereavement) untuk keliru, tidak dapat menerima hakikat dan berasa marah pada orang lain. Ia memang sebahagian dari stages of bereavement  bagi kebanyakan orang, apatah lagi dengan kematian mengejut seperti ini.

Menyalahkan Pihak PDRM

Ibu ini berasa kecewa dan cuba untuk menyalahkan pihak PDRM dalam soal ini.

Apatah lagi bagi ibu tersebut, anaknya seorang yang sado (seperti dikatakan ibu itu sendiri), sihat walafiat dan sudah semestinya lulus ujian kesihatan sebelum diterima masuk untuk latihan polis.

Mujurlah dalam kes ini, post mortem telah dilakukan bagi mengetahui sebab kematian tersebut.

Punca Kematian Mohd Anuris Ilham

Sebab kematian yang ditemui oleh doktor adalah Acute Pulmonary Oedema secondary to Acute Coronary Syndrome.

Dalam bahasa mudahnya, sebab kematian mangsa adalah serangan jantung yang menyebabkan kegagalan jantung.

Sebab kematian ini ditemui sendiri oleh doktor yang membedah mayat dan perlu dibuktikan dengan melihat sumbatan pada saluran darah koronari dan kematian (infarction) otot jantung.

Ia adalah punca kematian mangsa yang sebenar-benarnya.

Apabila berlaku sumbatan pada saluran darah jantung terutamanya pada left coronary artery, ia akan menyebabkan kegagalan jantung sebelah kiri mengepam darah. Seterusnya ini akan menyebabkan paru-paru berair yang dikenali sebagai pulmonary edema.

Sebab kematian ini adalah sebab kematian akibat penyakit yang tulen dan tidak ada kaitan dengan latihan seni bela diri dan juga latihan pertempuran yang lain.

Simptom luar biasa tidak menjadi indikator serangan jantung

Si ibu agak terkilan kerana anaknya ada mengadu sakit dada sebelah kanan dan sudah dua kali dirawat di klinik Jempol namun tidak dirujuk kepada pakar.

Inilah masalahnya dengan penyakit jantung.

Walau pemeriksaan kesihatan adalah normal, pesakit aktif dan sado, bacaan ECG normal, ujian stress test normal, ia tetap tidak boleh menjamin bahawa pesakit tidak mempunyai serangan jantung.

Apatah lagi jika pesakit tersebut mengalami simptom-simptom atypical (luar biasa) yang tidak menjadi indikator bahawa mereka sedang mengalami serangan jantung.

Jika simptom atau gejala itu dapat dikenalpasti oleh doktor/ MA pada peringkat awal sudah pasti pesakit akan dirujuk kepada pakar dan tidak ada sebab pesakit gagal dirujuk. Saya kira pesakit ini merupakan pesakit dalam kategori atypical ini memandangkan simptomnya adalah pada dada sebelah kanan dan tidak klasikal di sebelah kiri atau tengah dada.

Satu tragedi

Adalah merupakan satu tragedi bagi kita semua kerana kehilangan seorang warganegara muda yang jika panjang umurnya sudah pasti menjadi perwira yang akan berkhidmat demi negara.

Kehilangan nyawa pesakit terutamanya yang berusia muda memang amat menyedihkan saya setiap kali ia berlaku.

Serangan jantung tidak boleh diramal

Namun itulah penyakit jantung. Siapa berisiko mengalaminya tidak boleh diramal kerana ia tidak mengira usia, bangsa dan jantina. Hatta seorang atlet sekalipun boleh meninggal dunia dek serangan jantung. Kebanyakannya kes-kes tanpa risiko seperti ini adalah disebabkan masalah penyakit warisan genetik seperti familial hypercholestrolemia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan memberikan kekuatan kepada ahli keluarganya mengharungi ujian besar ini dan diberikan ganjaran yang besar atas kesabaran mereka.

Nota: Saya mengulas isu ini demi memperjelaskan keadaan supaya masyarakat faham dan tidak menyalahkan pihak-pihak yang terlibat.

Apa yang diperkatakan oleh Dr. Abdul Rahman mempunyai asas yang kukuh, memandangkan sebelum ini, seorang doktor perubatan, Raymond Sum, yang juga merupakan seorang atlet maraton, telah mendapat serangan jantung walaupun dia tidak merokok, masih muda, tiada faktor berisiko dan aktif secara fizikal.

Terdapat juga kes-kes di mana atlet seperti pemain bola tiba-tiba mengalami serangan jantung di sewaktu bermain di padang, rebah dan meninggal dunia. Tinjauan penulis di Internet mendapati tiada sebab-sebab yang konkrit mengapa ia berlaku, walaupun individu terbabit mempunyai paras kolesterol yang normal dan cergas dari segi fizikal.

Tinjauan penulis juga mendapari Che Suhaimah telah memadam status asal yang diviralkan itu dan menyahaktifkan akaun Facebook beliau.-amazingnara.com

Sumber: Abdul Rahman Abdul Kadir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...