January 26th, 2017

Sebelum ini jika anda perhatikan, tubuh badan pelakon Saharul Ridzwan agak tegap dan kelihatan sedikit “berisi”. Namun, sejak kebelakangan ini,  beliau kelihatan agak kurus. Mula lah timbul beberapa khabar angin mengatakan Saharul terkena buatan orang. Betul ke?

Walaubagaimanapun, Saharul ketika ditemui pada majlis sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2017) semalam menafikan dirinya terkena sihir.

Tak adalah benda-benda macam itu minta dijauhkan, kadang-kadang bila selalu sangat bercakap itu akan jadi satu doa.

Jadi bagi saya apa yang terjadi adalah dugaan Allah dan maknanya kita perlu dekatkan diri pada Allah. Saya ada diet sikit dari 85kg ke 77kg dan sebab kurang rehat.

Tidak semestinya berat badan susut ada berkaitan dengan perkara mistik. Mungkin peminat diluar sana risau dengan keadaan Saharul.  Alhamdullillah Saharul tidak apa-apa dan minta-minta beliau dijauhkan daripada perkara seperti itu.

Sumber Berita : ROTIKAYA


Comments are closed.

Loading...