Written by Bella | November 1st, 2016

Hari Ahad lalu, penyanyi Azharina telah menggayakan busana yang cukup menarik sesuai dengan lagu tugasan No Woman No Cry yang bergenre Reggae nyayian asal Bob Marley.

Namun, siapa sangka busana yang ditempah khas itu aksesorinya ialah berlian yang berjumlah kira-kira RM300,000. Menurut Azharina, beberapa pihak telah bermurah hati untuk menaja busana berkenaan.

Alhamdulillah, sejak memasuki pertandingan ini banyak pihak terutama yang saya kenali ingin memberi tajaan untuk setiap persembahan saya.

Seperti malam ini baju yang saya gayakan ini dibuat oleh pereka fesyen Razman Razmi yang dibuat ni Bangkok, Thailand dengan kos kira-kira RM30,000. Manakala anting-anting berlian ini nilainya RM100,000 termasuk rantai yang sepatutnya saya pakai tapi tidak dibenarkan produksi yang kesemuanya bernilai RM300,000.

Azharina sering ingin kelihatan berbeza dalam persembahannya dan tidak mahu terlalu bergantung kepada produksi untuk mengaturkan penampilan beliau.

Saya berterima kasih dengan platform yang diberikan dan peluang ini saya gunakan sebaik mungkin dan disebabkan itu saya sentiasa cari alterbatif lain untuk tampil di atas pentas. Saya tidak mahu perkara itu bergantung kepada pihak produksi sahaja. Mereka sudah beri peluang itu sudah cukup baik.

Selain itu, Azharina mengakui, beliau berkerja keras dalam memberi persembahan dan penyampaian lagu-lagu yang ditugaskan kepadanya dengan baik.  Azharina katanya mendengar 100 buah versi  lagu No Women No Cry untuk mendapatkan hasil terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 1st, 2016

Bila melihat foto-foto Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir di Instagram, pasangan ini kelihatan cukup bahagia sekali menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Sekejap sahaja masa berlalu, bernikah pada 16 September lepas, kini mereka sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Malah, menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, Saharul bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Deena dikatakan sudah hamil. Baru sebulan usia kandungannya itu.

Walaubagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.

Jika benar Deena sudah sebulan hamil, kiranya bunting pelamin bukan?  Hehe.. Harapnya ibu dan anak didalam kandungan akan sentiasa sihat. Kena rehat secukupnya dan jangan melakukan pekerjaan yang berat-berat.

Sumber Berita : Utusan Online

Page 45 of 45« First...102030...4142434445