Beri Seplastik Makanan Pada Remaja Pengutip Tin, Suami Wanita Ini Terbaik!

Trending

Beri Seplastik Makanan Pada Remaja Pengutip Tin, Suami Wanita Ini Terbaik!

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @ynrazak telah memuat naik satu klip video yang menunjukkan suaminya keluar dari kedai serbaguna stesen minyyak dengan satu plastik makanan.

anPada mulanya, wanita itu menyangka makanan itu dibeli oleh suaminya untuk dirinya, rupanya makanan itu sebenarnya hendak diberikan kepada seorang remaja yang mengutip tin di sekitar stesen minyak tersebut.

Advertisement

Setakat ini video itu telah mendapat lebih 13,000 retweets di Twitter dan ditonton hampir satu juta kali di Facebook.

Rata-rata netizen menyuarakan simpati mereka kepada remaja itu yang dilihat menjalani kehidupan yang sukar walaupun belum dewasa.

Ada juga yang menyatakan mereka terinspirasi ingin membantu orang lain setelah melihat klip video itu.

Sekiranya anda merasakan dunia ini semakin dingin dan kejam, melihat video ini kita merasakan yang nilai kemanusiaan sebenarnya belum pudar dalam masyarakat kita.

Syabas diucapkan kepada lelaki tersebut. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...