Remaja 14 Tahun Penjual Stiker Bakal Bergelar Jutawan, Ditawarkan RM10 Juta Untuk Tapak Pejabatnya

Trending

Remaja 14 Tahun Penjual Stiker Bakal Bergelar Jutawan, Ditawarkan RM10 Juta Untuk Tapak Pejabatnya

Seorang pelajar berusia 14 tahun bakal menjadi jutawan termuda di Britain setelah mendapat tawaran dari sebuah syarikat pengusaha perumahan untuk membeli tanahnya dengan harga £2 juta (RM10.7 juta).

Advertisement

Tanah itu dibeli oleh Harvey Millington dari rakan bisnesnya.

Tahun lepas, Harvey berjaya menjana pendapatan sehingga  £100,000 (RM500,000) dengan hanya menjual stiker untuk memperingatkan pemandu kenderaan tentang tarikh luput roadtax mereka.

Produk itu dikenali sebagai Tax Disc Reminder.

Usahawan muda itu juga merancang  membuka pejabat bagi bisnesnya itu dan membeli tanah tiga ekar dengan harga  £40,000 (RM 200,000).

Namun Harvey terpaksa memikirkan semula rancangan tersebut apabila sebuah syarikat pengusaha perumahan mengetuk pintu rumahnnya dan memberi tawaran RM10.7 juta untuk tanah yang dibelinya itu.

Ianya satu tawaran yang sukar untuk ditolak. Jumlahnya terlalu banyak, lebih-lebih lagi untuk seseorang di umur saya“, kata remaja bertuah itu.

Menurut Harvey, setiap hari dia menerima 400 tempahan untuk stikernya.

Harvey mendapat idea genius itu apabila dia terlihat bapanya asyik terlupa bila untuk membayar cukai jalan pada dua tahun lepas.

Di UK, penggunaan tax disc (kertas cukai jalan) sudah tidak lagi digunakan bermula tahun 2014 dan digantikan dengan sistem elektronik. Disebabkan itu ramai pengguna asyik terlupa bila tarikh luput cukai jalan mereka.

Harvey menjual stiker itu dengan harga £4 (RM 21) sekeping..

Ayah Harvey menyifatkan anaknya itu sebagai seorang ahli perniagaan yang bagus.

Sumber: Metro.co.uk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...