Written by Bella | October 26th, 2016

Sejak kebelakangan ini, gosip percintaan Neelofa dan Fattah Amin memang menjadi bualan ramai bukan? Malah, ia mendapat perhatian bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana ketika menghadiri program MeleTOP semalam.

Fafau ada mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya kenal Neelofa dan Fattah bukan taste dia” dan kemudian berpelukan dengan Neelofa.

Rata-rata netizen yang menonton rancangan itu semalam merasa kurang senang dengan kenyataan Fafau apatah lagi ia menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Menurut netizen, Fafau seakan memalukan dan mempersendakan Fattah.

Ada juga yang menyarankan agar Fafau membuat permohonan maaf terhadap Fattah.

Mungkin Fafau tidak berniat untuk memalukan Fattah Amin. Apa-apa pun, harap ini dapat memberikan pengajaran buat Fafau di masa hadapan agar tidak menimbulkan salah faham.

Written by Bella | October 26th, 2016

Pasangan Bella Dally dan Nazim Othman sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga. Walaupun usia perkahwinan mereka masih lagi baru, ada peminat yang sudah bertanya soal cahaya mata.

Menurut Bella, beliau menyerahkan soal anak kepada Allah SWT dan tidak pernah merancang apa-apa tentang perkara itu.

Bella percaya cepat ataupun lambat, segalanya telah tertulis dan beliau akan sentiasa berdoa agar diberikan rezeki untuk bergelar ibu.

Memandangkan usia perkahwinan masih baru, saya belum terlalu memikirkan perkara itu. Cuma saya dan suami tak pernah merancang. Kami bersedia bila-bila masa saja. Bagi saya rezeki yang paling berharga.

Saya tetap percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat itu sudah tertulis. Saya sentiasa berdoa semoga kami segera dikurniakan anak. Pada masa sama saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang.

Berbicara mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri, Bella akui seronok hidup bersama Nazim dan menjalankan tanggungjawab seorang isteri.

Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja.

Buat masa ini, Bella dan Nazim belum berkesempatan untuk berbulan madu kerana Nazim masih lagi menjalani penggambaran drama Lara Aishah yang dijangka tamat sekitar bulan Disember nanti.

Kami berdoa agar satu hari nanti hasrat Bella Dally untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 26th, 2016

Mengenali pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta, beliau sememangnya seronok bercuti ke luar negara. Lebih menarik lagi, setiap kali bercuti pasti Che Ta sekeluarga akan mengenakan pakaian cantik dan sedondon.

Ingin tahu bagaimana mereka sekeluarga setiap hari berpakaian sedondon? Che Ta mendedahkan beliau akan membawa 20 bagasi setiap kali bercuti ke luar negara dan jumlah itu adalah normal untuk pakaian suami dan anak-anaknya.

Biasanya saya yang akan siapkan atau pack sendiri semua baju suami dan anak-anak kerana saya mahu kami anak beranak pakai sedondon setiap hari.

Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari. Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama. Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula.

Menurut Che Ta bukan mudah untuk mengemas kesemua 20 bagasi dan ia mengambil masa sehingga satu hari untuk menyusun barang didalam bagasi yang perlu dibawa.

Penat juga bila perlu kemas semua bagasi sendiri. Meskipun saya sudah mengasingkan lebih awal apa yang mahu dibawa tetapi untuk siapkan semua, ambil masa hingga satu hari juga.

Dalam masa satu hari itu saya akan fokus dengan bagasi dan pakaian sehingga ia selesai.

Gigih betul Che Ta mengemas 20 bagasi untuk dibawa ke luar negara, kebanyakkan orang 1 bagasi pun dah malas. Namun, Che Ta kan hendak semua foto beliau sekeluarga nampak cantik dan kemas, jadi perlulah penat dahulu untuk mendapatkan hasil seperti yang beliau mahu.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Bella | October 26th, 2016

Baru-baru ini, ada sesetengah pihak mengkritik watak Fattah Amin sebagai juruterbang didalam drama Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.

Mereka tidak boleh menerima babak apabila Fattah sebagai juruterbang yang bekerja seperti waktu pejabat didalam drama berkenaan.

Membidas komen netizen, Michael yang sudah membuat kajian sebelum mengarahkan drama berkenaan berkata, beliau tahu jadual seorang juruterbang yang bukannya sepanjang masa tidak pulang ke rumah.

Saya mengkaji setiap watak yang saya berikan kepada pelakon. Sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa jika mereka pulang ke rumah setiap hari.

Ada juga babak yang saya tonjolkan Fattah tidak pulang ke rumah dan Neelofa pulang ke rumah ibu bapanya. Sepupu saya juga seorang juruterbang dan saya tahu jadual kerjanya bagaimana.

Buat Michael, ada penonton yang terlalu taksub sehingga mereka ingin mengambil tahu setiap perkara didalam drama.

Drama ini hanya 16 episod dan saya tidak boleh bercerita terlalu teliti mengenai kerjaya seorang juruterbang. Drama ini lebih kepada kisah hidup Ejaz dan Warda. Kalau hendak cerita keseluruhan kisah juruterbang baik saya buat tajuk cerita Kisah Hidup Seorang Juruterbang saja.

Walaubagaimanapun, Michael sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan baik yang positif mahupun negatif agar beliau boleh memberikan yang terbaik untuk drama-drama arahannya pada masa hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro