Buang 1,500 Mangkuk Laksa Sarawak, Pusat Beli Belah Dikritik

Trending

Buang 1,500 Mangkuk Laksa Sarawak, Pusat Beli Belah Dikritik

Usaha sebuah pusat membeli belah untuk memecah rekod dunia ‘Laksa Sarawak Dalam Mangkuk Terbesar’ dikritik orang ramai kerana laksa yang dihasilkan dibuang begitu saja.

lsarawakLapor The Borneo Post, Laksa Sarawak itu dimasak dan diletakkan dalam mangkuk yang dibuat khas sedalam dan seluas 1.3 meter, menggunakan 100kg pes laksa, 225 kg bihun, 90kg udang, 90kg taugeh dan 80kg ayam, semuanya dibazirkan.

Advertisement


Khabarnya, 18 orang tukang masak bekerja keras menghasilkan Laksa Sarawak itu. Penganjur, Debra Sim, memberitahu:

Semuanya akan dibuang kerana tidak elok untuk dihadam manusia.

Ironinya, laksa itu dihasilkan sebagai satu usaha Plaza Merdeka di Kuching untuk memperkenalkan Laksa Sarawak sebagai satu sajian tempatan ke mata dunia. Rekod itu diberi sijil oleh Mohamed Alex Edwards, Timbalan Pengarah Urusan Malaysia Book of Records dan disaksikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian beserta Chef Selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.


 photo Cv6HHelWEAAKKKL.jpg.jpg
 photo 14601083_623410081172102_7819659106042926815_n.jpg
 photo Cv2ZneZVYAAIskB.jpg.jpg

Netizen melahirkan rasa kesal mereka, apa lagi dalam keadaan ekonomi semasa, makanan sebegitu banyak dibuang hanya untuk menghasilkan rekod dunia.


 photo ls1.jpg


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Debra maksudkan Laksa Sarawak ialah hidangan yang tidak sihat untuk manusia ataupun dia maksudkan makanan itu basi sebelum sempat diedarkan, menyebabkan ia terpaksa dibuang.-amazingnara.com

Sumber: The Borneo Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Asdayanty

    October 30, 2016 at 2:44 am

    Pembaziran. Daripada pecah rekod dan akhirnya bukan boleh edar pada orang ramai, baiklah sedekah pada mereka yang memerlukan.