Written by Bella | September 29th, 2016

Perkongsian Fynn Jamal mengenai detik beliau berkahwin dengan suaminya Tri Hadzir yang hanya merupakan seorang “mat despatch”  kira-kira 8 tahun lalu telah menjadi viral.

Ramai yang memuji Tri yang sanggup berkahwin dengan Fynn yang ketika itu merupakan  seorang pensyarah dan berkerjaya tinggi berbanding dirinya.

Namun, disebalik cerita Fynn itu, ada pihak yang mendakwa ia sengaja direka oleh Fynn hanya untuk menarik perhatian ramai.

Menurut beberapa sumber, suaminya pernah bekerja sebagai seorang pramugara MAS. Malah, ketika menjadi “mat despatch” ia adalah untuk restoran milik keluarga beliau sendiri.

Ini membuatkan netizen mempertikaikan kenyataan Fynn yang menunjukkan seolah-olah suaminya itu “hidup susah” dahulu.

Apabila berkahwin pula, Fynn mendapat sebuah kereta jenis Toyota Wish sebagai hantaran perkahwinan beliau.  Di sini pula, ada yang mempersoalkan adakah benar Fynn tidak memandang harta dan wang ringgit ketika ingin berkahwin dengan Tri.

Beberapa netizen juga menganggap Fynn tidak mahu kalah dengan kisah Noh Hujan dan Mizz Nina baru-baru ini dimana Noh hanya mempunyai simpanan sebanyak RM8,000 ketika ingin memperisterikan Mizz Nina.

Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan netizen yang melabelkan Fynn Jamal sebagai seorang pembohong tidak kami ketahui.  Kami harap Fynn tidak hanya mereka cerita.

Written by Bella | September 29th, 2016

Semalam, Elly Mazlein menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak anak itu dilahirkan kira-kira enam bulan lepas.

Malah, menurut Elly, Azmi juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak mereka.  Difahamkan, mahkamah sudah memberi hak lawatan seminggu sekali kepada Azmi.

Meskipun seolah-olah dituduh sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, Azmi bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kenyataan Elly dan meminta agar  perkara itu ditanyakan kepada bekas isterinya sendiri.

Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | September 29th, 2016

Gara-gara kerap bergambar dengan penyanyi Fazli Zainal, ada pihak menuduh Fattah Amin mempunyai hubungan istimewa dengan Fazli.

Fattah akui beliau merasa pelik dengan sebuah blog yang menjadikan foto-fotonya itu dan menyebar berita tidak benar hanya untuk menghangatkan keadaan.

Sebenarnya saya malas hendak melayan gosip sebegini kerana ia akan menyebabkan perkara itu menjadi lebih besar selain tidak mendatangkan faedah. Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh sesetengah blog dan forum yang mengambil gambar selfie kami itu di Instagram dan membuat kesimpulan kononnya kami ada hubungan sudah dikira sebagai fitnah.

Fitnah yang disebarkan dengan tujuan mengaibkan pada saya bukan benda main-main kerana ia boleh buat orang percaya dengan apa yang mereka baca tanpa mengetahui situasi sebenar.

Jelas Fattah, tidak salah untuk bergambar dengan Fazli kerana mereka sememangnya berkawan baik.

Rasanya gambar-gambar kami itu masih ada di Instagram Fazli dan pada saya dia tidak perlu memadam pun foto-foto itu kerana ia sekadar gambar biasa di antara dua orang kawan. Bukannya orang tidak kenal kami dan apa kewajaran kami nak buat perkara tak senonoh jika kami sanggup gambar itu ditatap oleh peminat di laman sosial.

Fazli ketika dihubungi pula berkara, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan tuduhan yang dibuat oleh sesetengah pihak kerana ia adalah fitnah semata-mata.

Selagi perkara yang diperkatakan itu tidak benar buat apa saya hendak takut kerana isu yang ditimbulkan itu adalah fitnah.

Lainlah kalau gambar tersebar itu diambil oleh ‘paparazi’ tetapi ia daripada Instagram saya sendiri yang terang-terangan boleh dilihat oleh semua orang.

Menurut Fazli, pihak beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana blog ataupn forum yang membuat tuduhan berunsur fitnah terhadap beliau dan Fattah.

Bila dua orang lelaki bergambar berdua, tidak semestinya mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa. Janganlah terlalu memikirkan perkara negatif.

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | September 29th, 2016

Satu video menunjukkan perebutan anak antara Datuk SM Faisal Nasimuddin dan bekas isterinya Emilia Hanafi telah menjadi viral di Internet sejak semalam. Video tersebut menunjukkan Faisal bergelut untuk mengambil seorang anak mereka dari Emilia. Bagaimanapun, anak mereka itu tetap memeluk Emilia dan enggan diambil oleh Faisal.
 photo smf1.jpg
Netizen mempertikaikan cara Faisal yang nampak agak ganas semasa cuba mengambil anak itu manakala ada yang menyalahkan Emilia kerana enggan melepaskan anaknya.

 
Page 4 of 39« First...23456...102030...Last »